Sesekali aku memandang cikgu di sebelah yang sedang membawa kereta. Dapat aku lihat mukanya yang masih tegang dan terdapat urat2 di sekitar tengkuknya. Aduh! Apa aku nak buat ni. Mesti cikgu akan tanya apa sebenarnya yang berlaku. Mampus aku kali ni. Tapi.. Cikgu Furqan ni nak bawak aku ke mana?
"Errr.. Cikgu. Kita nak ke mana ni?"
" Rumah I lah"
"Hah?!"" I mean rumah mama I"
" Tapi kita nak buat apa pergi rumah Cikgu? Cikgu hantar lah saya balik rumah saya semula"
" Kamu nak balik rumah kamu? Series? Kamu tak takut kalau kamu kene..."
" Ok stop Cikgu! Saya tak nak dengar"
Ahhh! Kenapa! Kenapa! Kenapa! Times macam ni benda ni berlaku. Lagi2 depan Cikgu Furqan. Malu aku rasa sekarang nih. Dalam sehari macam whole story aku ada dekat dia. Macam aku tak boleh rahsiakan apa2 dah.
" Cikgu"
"Herm"
" Cikgu ada isteri?"
"Ada kenapa? "
What! Cikgu dah kawin? Herm baru kita nak try dia, dia dah kecewakan kita. Sampai hati.
"Owh, dah ada herm tapi cikgu... "
"Tapi apa? "
"Tapi... Lelaki boleh kahwin 4 an?"
"Huh?"
"Cikgu tak nak tambah lagi satu?"
"Ehemm macam2lah kamu nih Elis"
Cikgu mula mengawal kembali riak mukanya yang sedikit gelabah sebentar tadi.
" comel betul bila Cikgu gelabah macam ni"
" eherm2! "
"Hahaha lawaklah cikgu ni. "
Herm.. Boleh ke aku buat Cikgu ni jatuh cinta dekat aku? Sanggup ke aku runtuhkan masjid orang? Jahat sangat ke aku ni sampai boleh terfikir macam ni? Entahlah.
"Elis jom"
"Dah sampai ke? "
Aku lihat sekeliling rumah ni. Wait a minute! Ni bukan ke rumah Syahirah? Ni rumah Cikgu? Siapa Cikgu ni sebenarnya? Jangan kata Syahirah tu isteri dia, mahu aku pengsan kat sini juga.
"Elis? Temenung apa? Jomlah masuk, takkan nak berdiri kat luar je"
Aku terus berlari ke arah Cikgu Furqan.
"Assalamualaikum"
Kelihatan seorang gadis manis membuka pintu. Aissh siapa pulak ni? Aku tak pernah nampak pun perempuan ni sebelum ni. Jangan-jangan ni isteri Cikgu tak? Haish melepaslah aku gamaknya.
"Siapa tu bang? " perempuan dalam lingkunga 20an itu bertanya.
"Oh ni! Anak murid abang. Elis masuklah, jangan malu2"
Aku hanya menurut.
"Elis, kenalkan ini, Nur Irsyika Ayani jus call her kak Yani. Kak Yani ni isteri Cikgu "
" hah! "
Apahal minah ni yang terkejut patutnya aku yang terkejutlah! Rasa nak nangis je tenggok pasangan sejoli ni. Sakit hati cek.
"Elis kamu duduklah dulu, saya nak pergi mandi kejap"
Aku hanya mengganguk tanpa langsung memandang muka Cikgu furqan. Aku dapat mendengar derapan kaki daripada Cikgu furqan.
"Kak boleh saya pinjam tandas"
"Boleh. Tandas dekat.. "
"Tak apa saya tahu"
Aku terus berlalu. Mesti kakak tu curious macam mana aku boleh tahu selok belok rumah ni. Of course aku tahu, banyak kali kot aku datang rumah ni.
Masuk je dalam tandas, aku terus menukar baju. Baju sekolah ku masukkan di dalam beg sekolah. Aku berlalu masuk ke dapur. Ku tujui ke pintu belakang. Aku mencuba membuka, nasib tak kunci. Terus aku keluar. Malas aku nak duduk rumah ni lama2.
Makin lama aku kat sini, makin sakit hati. Aku berjalan melepasi beberapa buah rumah mewah disitu. Sampai di hujung rumah terakhir aku melangkah masuk. Aku menekan butang loceng rumah. Terjengul seorang lelaki yang tak berbaju. Astaghfirullahalazim. Hish suka sangat dia macam ni.
Kenalkan ini Nik Arayan Malik aka bos muda aku. Untuk aku menampung hidup so terpaksalah aku kerja actually tak lah aku nak sangat kerja ni but terpaksa, gaji dia pun lumayan. Mana nak dapat RM 5000 wei, kerja maid pulak tu. Walaupun agak penat sebenarnya kerja ni tapi sekurang-kurangnya diorang baik dengan aku. Walaupun tak cukup tidur tapi aku sanggup.
" masuklah. Mama kata you tak datang, kenapa tiba-tiba datang? "
"Oh kebetulan Elis ada berdekatan so Elis ingat nak masak makan malam kat sini"
"Tak payah masaklah, lagipun I sorang je ada dekat rumah"
"Hah! Err kalau macam tu Elis keluar dululah"
Bahaya. Bahaya. Duk berdua-duaan macam ni. Nanti ada orang ketiga, keempat, kelima.
"Elis! Makan kat luar dengan I. I bersiap kejap"
"Oh ok! Elis tungu dekat luar"
Nik hanya mengangguk. Terus dia berlalu pergi.
"Jom"
"Naik motor ni? "
"Ya. Kenapa? Takut ke naik motor bike besar? ""Errr sikit"
" dah jom, I janji I bawa slow2, okey? "
Aku hanya mengangguk dan menaiki motor bike tersebut.Rumah Cikgu furqan.
Aku turun ke bawah dan mula memandang sekeliling.
"Yani, Elis mana? "
" Tadi dia kata nak pergi tandas tapi dah lama dia pergi tapi entahlah"
"Issh tak boleh diharaplah kamu ni"
"Abang, apa hubungan abang dengan budak tu? "
"Jeles? "
"No! Perasan"
Sebenarnya Yani nih bukan isterinya tetapi adiknya yang baru pulang dari London. Sahaja dia ingin menyakat.
YOU ARE READING
MY BOY MY LOVE
RomansaSelepas herdikan dari crushnya. Elisya Wardah membawa diri. Dia bencikan lelaki itu. Dia berjanji dia takkan mudah jatuh cinta lagi atau mencrushkan mana-mana lelaki lagi. Syed Zulhilmi, budak pang di kelasnya. Pang bukan sebarang pang ya, Lelaki it...