Dia memandang Zul yang sedang berlatih. Dia tersenyum melihat lelaki itu bermain. Lelaki itu sungguh tangkas dalam mengendalikan bola. Tidak hairanlah jika dia dinobatkan sebagai kapten pasukan bola tersebut.
Dia terus bangun berlalu pergi dari situ apabila latihan itu telah tamat. Dia tidak mahu Zul tahu yang dia datang melihat dirinya bermain. Kakinya melangkah laju. Dia tidak mahu terserempak dengan Zul di atas jalan itu.
Kepalanya sedikit pusing apabila dia berjalan terlalu pantas. Dia memeluk tubuhnya. Air matanya berjurai. Kepalanya terasa mencocok-cocok. Dia demam, sudah 3 hari. Ubat tidak dimakan, makanan juga tidak menyapa dirinya selama 4 hari itu.
Dia bangun kembali apabila kepalanya terasa membaik. Deruan moto yang kuat buat dirinya cepat2 bersembunyi di balik pokok besar. Dia melihat Zul dan geng2nya berlalu. Dia menarik nafas lega, apabila dirinya tidak terlihat oleh mereka. Dia terus meneruskan jalannya.
**********
Zul dan geng2nya terus singgah kedai makan. Mereka ingin melepak dahulu bagi melepaskan lelah bermain bola tadi.
"Zul"
Dia terus memandang Syed.
"Tadikan masa kita balik, kau perasan tak ada perempuan dekat belakang pokok besar tepi sekolah tuh?"
"Engkau kalau nampak something, tak yah lah tegur. Tak pasal2 dia ikut engkau nanti"
"Wehhh aku pun nampak dooo. Dia pakai baju sekolah an an" kata Ikram.
Beberapa orang kawannya pula hanya mendengar. Tidak pula dia melihat sosok perempuan tersebut.
"Issh kau nih Zul, Bukanlah. Masa mula2 tuh Aku tak perasan pun tapi bila Aku pandang side mirror Aku, baru Aku nampak. Aku rasa tuh Wawa lah"
Aku tersentak mendengar nama Wawa muncul. Matanya berkalih ke jam tangannya. Dia berkerut.
"Kau biar betul. Sekarang dah 5.20 tau. Tadi kita sendiri tenggok dia dah balikkan"
"Oh! Pasal tuhkan tadi Aku rasa Aku ada nampak awek kau tuh kat kerusi penonton tuh" kata Mikael. Mikael adalah penjaga gol team bola mereka.
Kalau Mika sendiri telah nampak gadis itu mungkin apa yang Syed bicarakan juga benar. Dia terus berdiri.
"Assalamualaikum " suara lembut seorang gadis menyapa mereka.
Mereka semua terus memandang gadis bertudung litup labuh berwarna pink itu.
Mereka hanya menjawab salam gadis itu.
"Erm maaf menganggu masa korang"
"Minta maaf cik, kitaorg tau kitaorang nih stok lelaki-lelaki mithali macam tuh tapi kitaorang punya nombor telefon limited ya " kata Saidi. Kawan2 yang lain seakan tak percaya dengan kata2 Saidi. Saidi memang agak lurus tapi dalam bola dia adalah pertahanan kuat mereka. Mereka menggaru kepala yang tidak gatal. Malu pula dengan gadis dihadapan mereka ini.
YOU ARE READING
MY BOY MY LOVE
RomansaSelepas herdikan dari crushnya. Elisya Wardah membawa diri. Dia bencikan lelaki itu. Dia berjanji dia takkan mudah jatuh cinta lagi atau mencrushkan mana-mana lelaki lagi. Syed Zulhilmi, budak pang di kelasnya. Pang bukan sebarang pang ya, Lelaki it...