BAB 2🍂

73 4 0
                                    

" Wei kau nak tuntut ke makanan tu dekat Cikgu?" Syahirah bertanya.

Dia hanya menggeleng. Dia tidak hamak untuk meraih simpati orang lain.

" Kau macam tak kenal aku pula kan?"

" Sebab aku kenal kau lah aku tanya. Kenapa taknak tuntut? Untung2 kita dapat makanan free"

" Ish kau ni! Aku malu lah. Nanti Cikgu Furqan tu ingat aku terdesak sangat nak dia belanja. Tak pasal2 tercalar maruah aku Sya. Dah lah dia panggil aku budak miang kan tak pasal2 aku dapat tittle lain pulak hari Ni. Budak desperate. Tak sanggup aku nak hadam tittle tu pula"

" Kan dia dah minta maaf beb? Kau tak nak maafkan ke?"

" Bukan aku tak maafkan tapi entahlah Cikgu tuh beri Aku tamparan yang mendalam kau tahu. First dia masuk tu aku rasa dia macam wow Prince charming sampai lah dia panggil aku budak miang. Angan aku tu macam berkecai habis. Sakit wei."

" Sabarlah okey? Cikgu tu tak tahu apa2 yang penting aku tahu kau, orang yang macam mana."

" Thanks Sya. Kau memang sahabat aku dunia akhirat. Sayang kau sangat2"

" Hei Les! Apa cayang2 Ni? "

" Kau panggil kitaorang apa tadi?"

" Les"

" Lesbian kau panggil kitaorang! Jahanam punya Farid!" Selesai sahaja berkata begitu dan bermulalah aksi maraton antara aku, syahirah Dan Farid.

" Wei! Dah lah kejar aku! Aku dah tak larat dah Ni!"

" Banyak lah kau tak larat!"

" Betul lah aku tak larat ni!"

Dia kata dia tak larat,dah apasal larian dia stady lagi tu.

" Kau jangan nak kelentong kitaorang lah!"

Farid dah Makin jauh ke hadapan and sama juga dengan syahirah. Mentang-mentang diorang Ni atlet sekolah. Aku yang termengah- mengah sekarang Ni tapi lari tetap lari!

Buk!!

" Aduh! Duh! Duh! Sakitnya pinggang aku!"

" Sorry, Cikgu tak perasan"

Erk! Cikgu? Mampos. Aku terus pandang ke hadapan dan mata kami bertembung antara satu sama lain. Dup! Dap! Dup! Dap! Mata aku terus aku pandang ke lain. Huhu cantik gila mata Cikgu Furqan ni. Matanya yang berwarna kecoklatan itu bagaikan menusuk sangat. Aku terperasan ada kertas di sekeliling aku. Kertas Cikgu kot. Tangan aku lincah mengutip.

" Nah Cikgu. Saya minta maaf Cikgu. Saya tadi kejar orang,tak perasan yang Cikgu ada dekat depan " aku menunduk sedikit tubuh badan tanda aku benar-benar minta maaf.

" Kejar siapa? Boyfriend?"

" Tak mana ada"

" Tak ada apa?"

"Boyfriend" aku Mula memintal-mintal hujung jari.

" seriusly? Kalau tak ada boyfriend,macam mana ada... Erkh! Nevermind. Nah!"

Cikgu Furqan menghulurkan 2 note RM 10. Tebeliak biji mata aku.

" Errr. Duit apa ni Cikgu?"

" Kan dalam kelas Cikgu janji nak belanja. Ni ambil"

" Err takpela Cikgu. Saya dah maafkan"

" Takpe ambil je. Hish degil betul"

Cikgu Furqan terus menarik tangan aku. Tangan kami bersentuhan. Selepas meletakkan duit atas tangan aku terus Cikgu Furqan berlalu.

MY BOY MY LOVEWhere stories live. Discover now