BAB 22🍂

36 3 0
                                    

Kakinya melangkah masuk ke dalam kelas. Dia melihat sekujur tubuh di kerusi Wawa. Dia duduk di kerusinya.

"Wa, kau dah sihat ker?"

Wawa mengalihkan pandangan ke arah Zul. Tapi kepalanya tetap kemas di atas meja. Tangan lelaki itu menekap tangannya di atas dahi gadis itu. Panas.

"Kau tak sihat lagi nih mengada nak pergi sekolah buat apa"

"Aku bosan duk sorang dekat rumah. Lagipun tak ada orang nak jaga aku dekat rumah"

Dia mengeluh. Ada sahaja alasan gadis itu.

"Kalau dah tak larat betul2 bagitahu Aku, jangan diam jer. Tau?"

Gadis itu mengangguk. Sudah tidak larat membuka mulutnya. Sepanjang pembelajaran, gadis itu tersengguk-sengguk di sisinya. Sampai ada guru yang memarahi Wawa tetapi bila tahu gadis itu tidak sihat, mereka membiarkan sahaja.

"Wa bangun, makan sikit. "

Dia membeli nasi goreng cina sahaja untuk gadis itu. Mahu membeli roti takut perut gadis itu masuk angin pula.

"Aku tak ada selera"

Dia berdecit. Geram dengan sikap Wawa. Itulah degil sangat.

"Tak ada maknanya tak ada selera. Makan nasi nih sikit, nanti kau nak makan ubat pulak."

"Zulll, aku betul2 tak ada selera ini"

"Kau nak Aku call Mak Una ke untuk ambil kau balik herm?"

Dia terus meneggakkan badannya dan menggeleng. Sudah dijangka pasti Mak Una tidak tahu gadis ini sakit.

"Kalau kau tak nak Aku call Mak Una, kau makan nasi nih sekarang "

"Suappp"

Terkebil-kebil dia memandang Wawa. Dia tidak kisah mahu menyuap gadis itu tapi melihat kelas yang masih ramai penghuni ini, buat dia ragu2. Bukan apa takut mereka ini disakat pula, nanti ada pula gosip2 yang tidak bertauliah tentang diri mereka.

"Zullll... Suapppp" renggek Wawa

Dia memandang Wawa. Ahhh Lantaklah! Orang nak menyakat mereka ikut suka diorang. Dia terus mencedok nasi goreng dengan sudu plastik dan menyuakan ke mulut Wawa. Tanpa banyak bicara Wawa hanya makan tanpa bicara.

Dia perasan mata dalam kelas itu sudah memandang mereka. Ada yang pandang mereka meluat, ada yang menyakat mereka dan ada yang pandang cemburu.

Dia mengaku bahawa gadis kecil molek ini memang menjadi kegilaan budak sekolah ini. Bahkan ada sahaja senior2 team bola ingin dia memperkenalkan mereka pada Wawa. Tapi dia tetap pendiriannya bahawa dia tidak mahu masuk campur urusan percintaan gadis itu.

"Zulll, dah kenyang"

Zul melihat bekas nasi goreng yang berbaki separuh itu. Dia akhirnya mengangguk dan menyuruh gadis itu untuk makan ubat.

"Zul"

"Erm"

"Zulllll"

"Yaaa, ada apa Wa?" Dia mengalihkan pandangannya ke arah Wawa.

"Petang nanti ada training bola?"

Dia mengangguk.

"Nak ikut"

"No"

"Please nak ikuttt"

"No Wa. Habis jer sekolah aku hantar kau balik rumah. Then baru Aku pergi training"

MY BOY MY LOVEWhere stories live. Discover now