"Wawa bukan perempuan murahlah gila! Yang murah tuh kau! Cemburu buta kau, buat kau telan kebaikan dia! Buat kau tak nampak siapa sebenarnya dia! Kau sukakan dia! tapi suka kau hanya buat dia makin sakit!"
Di matanya sekarang dapat dia lihat lelaki itu suka kepada Wawa. Tetapi suka dia, adalah perasaan suka yang salah. He psycho.
"Kau kalau tak tahu apa2, jangan ikut sedap mulut jer cakap"
Wawa berlari di atas padang. Melihat kerumunan pemain bola sepak itu membuat andaian yang di fikirannya itu benar.
"Zul" Wawa memanggil.
Zul berlari mendekati Wawa. Dia terus menarik tangan Wawa untuk pergi dari situ. Dia tak mahu Wawa berlama-lamaan di situ. Pasal Guru itu biarlah jurulatihnya yang membuat keputusan.
"Zul, kau marah aku?"
Lirih suara gadis itu bertanya. Zul adalah kawan paling ia rapat di sini. Memikirkan dia mungkin akan kehilangan Zul, membuatkan dia takut. Kediaman Zul membuatkan hatinya semakin perih. Air matanya mula berjurai.
Esakkan yang makin kuat itu mula sampai ke halwa telinga Zul. Kakinya berhenti melangkah. Badannya mula menghadap ke arah gadis itu.
"Aku hantar kau balik" kata Zul.
Tiada tanda Zul ingin memujuknya. Malah kakinya makin laju menghampiri motosikalnya sambil memegang tangannya supaya mengikut langkah kaki lelaki itu.
Sepanjang perjalanan pulang lansung tiada nada bicara dari mereka berdua.
Zul memberhentikan motornya apabila sudah sampai di hadapan rumah flatnya itu. Turun sahaja dia dari moto itu terus motor itu laju menghilang.
Dia terpana di situ. Air matanya mula menitis kembali. Kakinya terus berlari ke rumahnya. Sampai sahaja di dalam rumahnya, kakinya terus melangkah ke bilik dan dirinya terus mengurung dirinya. Tangisannya makin lebat apabila tubuhnya menghempap katil.
Fikirannya bercelaru mengenangkan sikap Zul kepadanya. Dia lebih rela Zul menghamburkan amarahnya kepada dia daripada Zul mendiamkan diri macam ni. Makin dia mengingat makin lebat pula air matanya.
**********
Kakinya melangkah ke dalam farmasi itu. Segala ubat sapu untuk luka, lebam diambilnya. Ubat panadol turut di ambil, takut pula jika gadis itu demam akibat kejadian yang menimpannya hari ini.
Dia terus membayar barangan di dalam bakulnya. Kakinya terus melangkah masuk ke 7e yang terletak bersebelahan farmasi itu. Beberapa pek jajan dan coklat diambil dan terus dia membayar.
Naik saja motosikalnya, terus dia memecut laju ke rumah gadis itu. Sesampai di depan pintu rumah gadis itu, terus pintu di ketuk.
Tersengih dia melihat Mak Una yang membuka pintu untuk dirinya.
"Assalamualaikum Mak Una "
"Hah Zul, nak apa ni? Dah nak maghrib nih buat apa lagi dekat rumah Mak Una nih?"
Lelaki itu terus tersengih. Dia tahu sudah lewat tapi dia risaukan Wawa. Kang tak pasal nanti dia mengetuk pintu rumah gadis itu pada tengah malam nanti pula.
"Wawa ada Mak Una?"
"Ada dalam bilik tuh. Entah apa dibuatnya dalam bilik tuh. Kamu pergilah masuk tenggok"
Dia mengangguk dan melangkah masuk. Pintu bilik Wawa diketuk. Bila tiada sahutan dia terus memulas tombol.
Bonjolan di atas katil itu membuat dia ingin ketawa. Comel sahaja melihat keadaan Wawa yang merengkok dalam comforter. Tubuhnya terus duduk di birai katil.
YOU ARE READING
MY BOY MY LOVE
Storie d'amoreSelepas herdikan dari crushnya. Elisya Wardah membawa diri. Dia bencikan lelaki itu. Dia berjanji dia takkan mudah jatuh cinta lagi atau mencrushkan mana-mana lelaki lagi. Syed Zulhilmi, budak pang di kelasnya. Pang bukan sebarang pang ya, Lelaki it...