Aku terus berjalan ke rumah. Aku menghembus nafas berat. Hati aku rasa berat nak masuk ke dalam rumah. Aku tahu apa yang bakal jadi kalau aku masuk. Tapi takkan aku nak duduk luar ni pulak. Tombol pintu aku pulas perlahan. Aku jenguk sedikit ke dalam rumah. Mencari kalau- kalau kelibat Mama ada di dalam.
Aku menjengket masuk ke dalam rumah. Belum Lima langkah aku berjalan badan aku tersungkur ke lantai. Aku melihat ke belakang. Mama!
" Kau tahu Tak kau dah malukan aku. Sebabkan kau aku rugi tahu"
" Ma..maafkan Elis Ma. Elis Tak nak buat benda terkutuk tu Ma.. Kalau Mama Tak cukup duit Mama cakap je..Elis bagi asalkan Mama Tak suruh Elis buat kerja terkutuk tu"
Aku terus memegang kaki Mama. Aku meraung Dan merayu meminta simpati.
Kepala aku ditunjal kuat.
" Kau ingat duit kau tu cukup ke nak beri aku kehidupan yang aku nak hah! Itu Tak cukup bodoh!"
Aku lihat Mama mengapai tali pinggang arwah ayah. Tali pinggang itu elok mendarat ke atas tubuh aku. Sakit itu yang aku rasa. Diri aku seakan menerima. Ini yang selalu aku terima kalau aku menolak kehendak mama.
" Ma berhenti ma.. Sakit.."
Air mata ku bercucuran. Kenapa? Kenapa Mama? Kenapa Mama berubah macam ni? Tak sayang kah mama pada aku lagi? Kalau arwah papa Ada mesti papa akan halang mama.
"Berhenti! angkat tangan anda! Anda ditahan di bawah akta **** atas kes penderaan secara fizikal"
" Aku Tak salah! Lepas! Lepaskan aku lah"
" Mama.. Mama!"
Aku berlari ke arah Mama. Aku tarik tangan mama supaya tidak dibawa pergi.
" Tolong.. tolong encik polis, jangan bawa mama saya. Saya just Ada mama saya je. Jangan bawa mama saya"
" Maaf adik. Kami terpaksa bawa mama adik ke balai kerana mungkin mama adik bukan sahaja terlibat dengan kes penderaan tapi sindiket penjualan kanak2"
Aku terkejut mendengar penerangan encik polis. Sebegitu teruk kah mama aku? Aku jatuh terduduk. Aku menangis semahu-mahunya. Hujan mula turun renyai2. Aku masih statik di tempat ku.
Badan aku mengigil kesejukan. Kepala aku semakin pening. Mata ku Kian kelam dan akhirnya aku...rebah ke bumi.
----------------------
Aku mencelikkan sedikit mata. Sinaran matahari menerobos masuk. Aku mula menyuaikan diri dengan keadaan. Aku melihat sekeliling. Aku dalam bilik Dan siap atas katil. Siapa pula yang mengangkat aku ni? Gagah jugak orang yang mengangkat aku yang seberat 50 kg ni kn. Aku turun dari katil Dan mula melangkah keluar dari bilik dan menuruni tangga. Rumah syahirah? Aku dekat rumah dia?
" Ehh Elis kau dah bangun? Kenapa Tak rest je?"
" Macam mana aku boleh Ada Kat sini?"
" Semalam abang aku risau kau hilang tiba2. Habis mengamuk dia dekat Kak Yani sebab Tak tolong tenggok2 kan kau. Jadi merata abang aku Cari kau Tak jumpa2. Sampailah aku bagitahu yang kau ada kerja sambilan dekat rumah Aunty Edah. Pastu dia pergi rumah Aunty Edah. Nik kata kau balik rumah. Terus dia pergi rumah. Tengok 2 kau dah terbaring depan rumah. Terus dia buat balik kau kerumah. Terkejut jugak aku bila kau balik basah kuyup"
"Abang kau tu Cikgu Furqan ke?"
" Hehe ya"
Aku terus jatuh pengsan.
" Elis!"
------------------
Aku buka mata Dan duduk secara drastik.
YOU ARE READING
MY BOY MY LOVE
Storie d'amoreSelepas herdikan dari crushnya. Elisya Wardah membawa diri. Dia bencikan lelaki itu. Dia berjanji dia takkan mudah jatuh cinta lagi atau mencrushkan mana-mana lelaki lagi. Syed Zulhilmi, budak pang di kelasnya. Pang bukan sebarang pang ya, Lelaki it...