Dua jejaka tinggi lampai yang tiba-tiba muncul di meja receptionist mengejutkan pekerja wanita yang sedang bertugas. Wajah lelaki tersebut kelihatan sedang menahan marah manakala seorang lagi tersenyum manis macam terlebih gula.
"Selamat datang ke Hotel Armada ada apa yang boleh saya bantu?" tanya Iman dengan sopan tersenyum seperti biasa.
'Lelaki jatuh dari langit mana hensem sangat ni' sempat dia berbisik dalam hati.
"Ok macam ni cik adik manis, boleh saya tahu tak penghuni yang bernama Nadia berada di bilik nombor berapa?" kata lelaki yang tersenyum kepadanya dari tadi.
"Maaf encik kami tak boleh berkongsi maklumat penghuni hotel di sini bagi melindungi privasi mereka" balas Iman.
Lelaki yang diam dari tadi mula bersuara "Cepatlah bodoh aku takde masa nak tunggu kau mengorat perempuan ni". Iman terkejut mendengar jerkahan lelaki tersebut.
"Rilekslah, bagi girlfriend kau tu puas dulu dekat atas baru kita serbu" jawab lelaki yang bertanya tadi. Iman mula rasa tidak sedap hati dengan dua lelaki di depannya ini.
Lelaki tadi berpaling kepada Iman semula lalu menghulurkan sekeping kad business. Melihat nama yang tertera Iman terus berkata "Maafkan saya encik Calief eh Tengku Calief Daniel saya tak tahu tengku anak kepada pemilik hotel ni".
Tengku Calief Daniel tertawa melihat pekerja tersebut gelabah tak tentu pasal. Comel!
"Takpe tak perlu minta maaf bagi je maklumat yang saya nak tadi." Tengku Calief Daniel melihat sahabat baiknya namun hanya jelingan maut yang dia dapat. Cis! tak guna punya member aku dah tolong dia!
"Nadia anak Dato Othman ke?". Mendengar nama tersebut Tengku Calief Daniel menganggukkan kepala.
"Dia ada dekat bilik 206 tingkat 3" sambung Iman lalu menghulurkan kunci pendua bilik tersebut.
Belum sempat Tengku Calief Daniel mengambil kunci tersebut dari tangan Iman telah dirampas oleh tangan di sebelahnya. Tengku Calief Daniel hanya pasrah sebelum berlari anak mengejar langkah kawan baiknya itu.
Iman menghembuskan nafas lega. Fuhh! Dia dah dapat agak apa akan jadi dekat atas nanti. Haih drama orang bercinta tak kena curang kena tinggal.
"Eh tak baik sibuk hal orang lain Iman" katanya lalu menyambung pekerjaan yang tergendala.
__________
"Sampai bila kita nak macam ni honey." Lelaki tersebut mengusap rambut teman wanitanya. Dia penat bercinta diam-diam dengan Nadia.
"Kenapa, you dah bosan dengan I ke?" Nadia semakin mengeratkan pelukan pada teman lelakinya atau lebih tepat lagi teman lelaki simpanan. Kesian jadi lelaki goda sikit dah tersungkur.
Siapa saja yang tak tergoda dengan Nadia anak kepada Dato Othman. Seorang model terkenal yang cantik seksi serta menawan mata yang memandang. Tapi sayang disebalik kecantikannya dia melakukan satu dosa besar demi kepuasan diri sendiri.
"Mestilah I sayang." Lelaki tersebut mula mencium bibir teman wanitanya dan mereka kembali hanyut dalam nafsu masing-masing.
Aktiviti hangat pasangan tersebut terhenti apabila pintu bilik mereka dibuka dari luar. Melihat figura yang berdiri di hadapan mereka membuat Nadia menolak lelaki di sebelahnya lalu duduk sambil cuba menarik selimut menutup tubuhnya yang terdedah.
"Wow ada aksi dibawah umur, mata aku dah tak suci." Tengku Calief Daniel berkata sambil pura-pura menutup muka dengan tangannya.
"Ini kerja kau selama ni kat belakang aku?" Idlan memandang ke arah teman wanitanya. Sakit hati mengenangkan teman wanita yang dicintai selama ini curang depan mata sendiri.
"Baby dengar dulu apa I nak cakap I tak..." belum sempat Nadia habis berkata Idlan meluruh ke arah lelaki yang berada di sebelah Nadia lalu menghayunkan penumbuknya.
Tengku Calief Daniel hanya melihat dengan wajah kosong. Tak kuasa nak masuk campur urusan cinta cintun orang lain cukuplah dia dah sedarkan kawan baiknya bahawa wanita yang selama ini dipuja membuat onar di tanpa diketahui.
"Idlan sudah! Cukup!" Jeritan Nadia membuatkan Idlan melepaskan lelaki tersebut.
"Kau dengar sini Nadia mulai hari ini kita putus!" Idlan berdiri mengusap rambutnya ke belakang. Tak guna! Buang tenaga aku je belasah mamat ni nasib tak mati.
"Aku tak nak bekas orang dan aku jijik tengok muka kau!" Nadia mendengar hal tersebut mula menangis meraih simpati.
Kalau dulu mungkin Idlan akan terpedaya dengan airmata tersebut namun sekarang tidak. Penat diperbodohkan!
"Dah la jom tak payah layan monyet-monyet ni" Tengku Calief Daniel menarik sahabatnya keluar dari bilik tersebut.
"Oh ya lagi satu korang berdua jangan lupa bertaubat pula takut nanti jadi ahli keluarga setan kat neraka" Kata Tengku Calief Daniel lalu menutup pintu bilik tersebut.
Nadia kembali menangis teresak-esak menyesali perbuatannya selama ini. Salah sendiri tidak menghargai lelaki sebaik Idlan.
TBC
Bismillah!
Hi! this is my first time writing story on wattpad. Terima kasih kepada yang sudi baca cerita cliché dari saya ><
Jangan lupa vote, komen and share. Maaf atas segala typo yang ada. Happy reading!
YOU ARE READING
IDLAN: HIS WIFE [C]
Romance1st story in His series [RE-EDIT] Setelah percintaan yang dijalin bertahun lamanya musnah, Amad Idlan tidak lagi mempercayai kata cinta dan makhluk yang bernama perempuan. Baginya semua perempuan sama sahaja. Namun permintaan dari atok yang menjaga...