BAB 37

1.4K 61 1
                                    

Dengan perut memboyot ke depan, Iman menuruni tangga perlahan-lahan. Pejam celik pejam celik kandungannya sudah masuk lapan bulan.

Dicari kelibat Idlan namun suaminya tiada di ruang tamu. Iman mengorak langkah ke dapur. Haus pula anak tekak, rasa nak minum yang sejuk-sejuk. Air sejuk diambil dan dituang ke dalam gelas. Air kosong ja yang ada kerana Idlan melarangnya mengambil air manis.

Selesai minum, Iman meneruskan pencariannya ke belakang rumah pula. Selipar dinasour miliknya disarung ke kaki.

Di situ, Iman melihat Idlan yang sedang duduk mencangkung sambil memasukkan tanah ke dalam pasu bunga. Tergelak Iman melihat suaminya.

Idlan berpaling ke arah isterinya yang sedang mentertawakan keadaannya. Gelakkan orang, padahal ini semua berpunca dari dia.

Jika dulu sebelum kawin Idlan menjadi mangsa orang suruhan atoknya untuk menjaga tanaman di rumah mereka, kini dia menjadi mangsa pula kepada isterinya.

Sejak mengandung Iman mengidam nak ada tanaman bunga. Idlan sebagai suami mithali siap menuruti segala permintaan isterinya. Bukan apa, dia tidak sanggup melihat Iman berpenat lelah menanam bunga-bunga sendirian.

Hasil kerja keras Idlan setiap hujung minggu selama lapan bulan ini, kini rumah mereka dipenuhi dengan pelbagai jenis tanaman bunga. Ada juga yang baru mekar kerana baru ditanam.

Walaupun penat menjaga tanaman dengan kerjanya di pejabat lagi, namun rasa penat itu hilang tiap kali melihat wajah bahagia Iman.

Idlan didekati. Dengan sebelah tangan menampung perutnya, Iman berkata "Abang...jom keluar makan. Iman teringinlah nak makan dekat warung Pak Abu lagi"

Warung Pak Abu yang dimaksudkan ialah warung tempat dia dan Tengku Daniel selalu lepak. Warung Pak Abu yang terletak di pinggir bandar itu memang menjadi tempat favorite mereka berdua. Jauh sikit dari kesesakan bandar sebab itu mereka suka lepak sana.

Tapi kini, Iman isterinya juga selalu mengajak Idlan makan di sana.

Idlan berdiri dari mencangkung. Tangannya yang kotor dengan tanah dibasuh lalu dilap. Kaki melangkah semula ke arah isterinya.

Mak buyung sorang ni degil betul. Orang suruh rehat, boleh pula Iman turun mencarinya sampai ke sini. Dengan dress ibu mengandung dia tu plus selipar dinasour menyerlahkan lagi kecomelan isterinya.

Dipandang wajah isterinya yang semakin berseri. Susah nak tolak permintaan isterinya bila Iman pandang dia dengan muka comel.

"Okay. Abang nak mandi kejap. Penat tahu bila awal pagi lagi sayang suruh abang tanam orkid ni"

"Sorry lah abang...Iman janji bunga orkid ni last! Lepasni Iman tak suruh abang tanam bunga lagi" Jari telunjuk dicantumkan ke depan persis anak kecil. Taktik mencairkan hati encik suami!

Idlan senyum melihat perangai kebudakkan isterinya. Dah nak jadi mak budak pun comel lagi. Lepasni dalam rumah mereka akan ada dua makhluk comel, Iman dan anak mereka yang bakal lahir.
















TBC
Happy reading!

IDLAN: HIS WIFE [C] Where stories live. Discover now