"Baiklah kelas itu saja pembelajaran kita untuk hari ini" Iman melihat jam di tangan kirinya masih ada lagi berbaki lima minit sebelum waktu habis.
"Kalau ada apa-apa soalan boleh tanya sebelum cikgu keluar"
Pelajar perempuan yang duduk di tepi jendela mengangkat tangan "Kerja rumah semalam cikgu kata kena hantar hari ni kan?"
Pelajar yang lain mula melihat ke arah pelajar perempuan tadi dengan muka yang kecewa.
Seorang pelajar lelaki bersuara "Alamak kau ni Ismi, tak sporting langsung, kan cikgu Dahlia tak minta lagi homework tu" Pelajar yang lain bersetuju dengan pelajar lelaki tadi.
Iman ketawa melihat pelajar-pelajarnya. Dia dulu pun pernah berada di situasi tersebut. Dalam kelas mesti ada seorang pelajar yang terpaling rajin akan ingatkan cikgu tentang kerja sekolah!
"Terima kasih Ismi tolong ingatkan walaupun cikgu tak lupa sebenarnya saja nak tengok sejauh mana kejujuran kamu dalam menuntut ilmu. Jangan risau homework yang cikgu bagi semalam boleh hantar esok hari okay!" Mendengar arahan tersebut pelajar yang lain pun mula bersorak gembira.
Mengundang nostalgia sungguh perangai pelajar-pelajar di kelasnya ini!
Keluar dari kelas Iman berjalan ke bilik guru. Baru hendak menolak pintu masuk ada figura lain yang membuka pintu tersebut dari dalam
"Eh! Hai Dahlia baru habis mengajar ke? Dah makan? Kalau belum jom teman Raid makan"
Iman mengeluh dalam hati. Dia masih tidak selesa dengan sikap Raid yang satu ini. Terlebih peramah! Nak mengelak susah, dah nama satu tempat kerja.
"Saya dah makan pagi tadi" tolak Iman singkat dan dia harap sangat makhluk di depannya ini faham!
"Ala..."
Belum sempat Raid selesai berkata cikgu Rahmah menyampuk dari belakang Raid "Amboi cikgu muda dua orang ni depan pintu bilik guru pun sempat ya nak bermanja"
Raid terkejut lalu keluar dan memberi laluan kepada cikgu Rahmah. Iman mengambil kesempatan tersebut masuk ke bilik guru dan duduk di mejanya. Nasib juga Raid tak ikut dia ke meja.
Dia menarik nafas dalam-dalam. Fuh tarik nafas, hembus.
Itulah salah satu sebab Iman menjarakkan dirinya dari Raid. Kalau boleh dalam sehari tu tak nak tengok muka Raid!
Iman bukan apa, beberapa orang guru lama dalam bilik gurunya ini mula membuat spekulasi yang dia bercinta dengan Raid. Salah satunya cikgu Rahmah tadi! Pernah minggu lepas dia berkata kepada Iman "Kamu dengan cikgu Raid tu nampak sepadan tahu Dahlia!"
Kerja dekat sini pun baru tiga minggu takde maknanya Iman nak jatuh cinta secepat itu. Kecuali...Iman menepuk pipi sendiri.
"Jangan berangan Iman! Fokus! Fokus!"
TBC
Maaf atas segala typo dan kehambaran. Happy reading!
YOU ARE READING
IDLAN: HIS WIFE [C]
Romance1st story in His series [RE-EDIT] Setelah percintaan yang dijalin bertahun lamanya musnah, Amad Idlan tidak lagi mempercayai kata cinta dan makhluk yang bernama perempuan. Baginya semua perempuan sama sahaja. Namun permintaan dari atok yang menjaga...