"Semua dah beli ke Qai"?
"Dah! Cuma nanti balik kita drive-thru mcd tau aku mengidam mcflurry oreo"
Iman geleng kepala. Faham sangat dah dengan Qaisara yang obses dengan mcflurry oreo dia tu.
Memandangkan hari ini dia cuti jadi dia ingin melawat atok Qaisara sekaligus menemankan sahabatnya membeli barang dapur.
Seawal jam 10 pagi lagi Nur Qaisara sudah terpacak di depan rumahnya! Boleh saja Iman drive sendiri tapi lebih jimat katanya jika pergi bersama. Iman pasrah.
Selesai membayar semua barang, Iman dan Qaisara pun bergerak ke parking lot dan memasukkan barang mereka beli ke dalam kereta. Misi memenuhi craving Qaisara pula.
Iman menawarkan diri memandu bagi memudahkan sahabatnya menikmati mcflurry oreo.
Lagipula Iman sudah biasa dengan jalan ke rumah agam milik keluarga Qaisara.
"Kereta siapa sebelah ni?" Iman membantu sahabatnya membawa barang tadi ke dalam rumah.
Qaisara berpaling seketika melihat kereta yang dimaksudkan "Oh ni kereta abang aku, agaknya dia ada dekat dalam lah tu"
Tiba di dapur mereka disapa oleh pembantu rumah Qaisara iaitu Mak Jah
"Eh Iman pun ada sekali"
Iman senyum, tangan Mak Jah disalam "Iman datang nak melawat, lama dah kan tak datang rumah ni"
"Biasa lah kan Mak Jah orang tu dah tak sayang kita" sampuk Qaisara dengan penuh dramatik disambut tawa Mak Jah dan jelingan dari Iman.
"Atok mana Mak Jah? Qai nampak kereta bang Mad dekat luar tu, dorang dekat atas ke?" tanya Qaisara lagi sambil menyusun semua barang yang mereka beli tadi.
"Ada tu ha dekat belakang dengan abang Amad kamu"
Iman hanya menjadi pendengar setia sambil membantu Mak Jah menyediakan bahan masakan tengahari.
"Mak Jah nak masak apa? biar Iman tolong"
"Nak masak siakap tiga rasa favorite Amad"
"Mak Jah dah tak sayang Qai juga ke? Kenapa masak makanan favorite abang Mad je?" Mak Jah ketawa melihat cucu majikannya.
"Ayok Mak Jah cucu kesayangan merajuk tu" usik Iman.
"Ye la Mak Jah masak siakap tiga rasa dengan ayam masak kicap" Qaisara senyum kemenangan lalu memeluk Mak Jah. Saja usik tapi bonus dapat makan ayam kicap kuah pekat-pekat!
"Iman jom ke belakang jumpa atok" ajak Qaisara.
Iman membasuh tangannya lalu dilap pada kain kering yang tergantung di singki.
Iman mengikuti langkah sahabatnya ke belakang rumah. Samar-samar kedengaran suara lelaki seperti sedang mempertahankan dirinya dari kesalahan.
"Mana lah Idlan tau kenapa bunga orkid ni tak membesar" suara lelaki tersebut semakin jelas.
Iman melihat sosok lelaki yang membelakangi mereka berdiri disebelah Dato Hisyam.
'Mungkin ini kot abang Qaisara yang nama Amad tadi'
Dua sosok itu tidak menyedari kehadiran Iman dan Qaisara. Mereka menjadi penonton setia diantara perdebatan atok dan cucu.
"Mungkin kamu tak ikhlas tolong atok tanam orkid ni" Iman melihat Qaisara menjulingkan mata dengan gaya rolling eyes seperti sudah biasa dengan situasi sekarang.
Iman melihat bunga orkid yang tumbuh namun gelap warnanya.
"Bunga orkid tu gelap sangat warna dia, mungkin sebab kurang pencahayaan" kata Iman perlahan.
Dua sosok tadi akhirnya sedar akan kehadiran mereka. Iman melihat atok Qaisara tersenyum kepadanya.
Iman beralih melihat lelaki disebelah Dato Hisyam namun hanya riak dingin yang terpamer di wajah tersebut.
Erk mamat ni masa kecil dulu banyak sangat telan ais agaknya. Beku semacam!
Kini semua mata tertumpu kepada Iman. Err...siapa suruh menyampuk tadi!
TBC
Happy reading! Jangan lupa vote, komen dan share <3
YOU ARE READING
IDLAN: HIS WIFE [C]
Romance1st story in His series [RE-EDIT] Setelah percintaan yang dijalin bertahun lamanya musnah, Amad Idlan tidak lagi mempercayai kata cinta dan makhluk yang bernama perempuan. Baginya semua perempuan sama sahaja. Namun permintaan dari atok yang menjaga...