"Aku terima nikah Iman Dahlia binti Ihsan dengan mas kawin lima ratus ringgit tunai"
"Sah?"
"Sah"
"Sah"
"Alhamdulillah"
Berwalikan ayah kandungnya, dengan sekali lafaz Iman Dahlia sah menjadi hak mutlak kepada Amad Idlan.
"Congrats kak ipar" bisik Qaisara yang duduk disebelah Iman. Tak sangka sahabat sendiri berjodoh dengan abangnya.
Majlis akad nikah Idlan dan Iman berlangsung dengan sempurna di sebuah masjid ditemani dan dihadiri oleh keluarga dua pihak.
Selesai membaca doa, acara pembatalan air sembahyang pun dimulai. Idlan pusing lalu bergerak duduk di hadapan sang isteri
'Cantik' monolognya dalam hati sambil senyum. Sah! Amad Idlan angau dengan isteri sendiri.
Cincin yang diberikan oleh ibu mertuanya diambil lalu dipakaikan pada jari manis sang isteri.
"Sejuknya tangan" usik Idlan kepada isterinya sambil tersenyum.
Iman yang malu diusik begitu memukul peha Idlan dengan bunga di tangan sebelum tunduk mencium tangan sang suami. Ala pukul-pukul manja gitu hihi.
"Ehem! Main pukul-pukul pula hormat sikit orang single sini" ujar Qaisara. Geram pula tengok dua ketul ni bermanja di depannya. Maklumlah masih belum berpunya nak bermanja dengan siapa?
Selesai giliran Iman memakaikan cincin ke jari suaminya, Idlan membaca doa untuk kesejahteraan rumah tangga yang mereka bina.
Selesai berdoa dengan teragak-agak Idlan akhirnya memberanikan diri mencium dahi sang isteri. Iman pejam mata menerima kucupan hangat di dahinya. Dalam hati Iman mengucap syukur lelaki yang dia minati selama ini telah sah menjadi suaminya.
__________
"Cantiknya! Aaaa nak kawin nak kawin!" teriak Qaisara setelah melihat Iman yang selesai dihias untuk majlis resepsi pula.
Majlis malam ini diadakan di salah satu hotel milik Idlan. Untung dapat suami kaya nak buat majlis tinggal pilih nak hotel lima bintang yang mana. Jangankan lima bintang sepuluh bintang pun juga pasti ada.
Iman melihat pantulan dirinya di cermin. Dia tersenyum melihat dirinya dalam persalinan gaun warna baby blue. Nampak macam cinderella!
Bunyi ketukan di pintu bilik mengejutkan mereka berdua. Qaisara bergerak membuka pintu.
Terkejut dia melihat sosok abangnya yang segak dengan persalinan suit lengkap warna putih keemasan.
"Abang Mad tahu tak yang pengantin lelaki dilarang ke sini. Sabarlah tak lari pun Iman ni, kejap lagi nak mula dah majlis. Sabar kan separuh dari iman ke abang Mad ni takde iman?" bebel Qaisara panjang lebar. Dia punya protektif tu sampaikan pintu bilik hanya dibuka sipi-sipi nampak kepala saja.
Just Qaisara being Qaisara.
"Siapa cakap abang takde iman? Tu hah dekat dalam dah jadi isteri dah pun. Dah tepi sikit" pintu bilik ditolak dengan selamba. Terundur Qaisara kebelakang nasib tak jatuh.
Iman hanya mampu melihat gelagat dua beradik itu. Tak sah kalau tak gaduh!
"Five minutes! Lebih-lebih Qai lapor dekat ibu mertua abang Mad biar padan muka" selesai berpesan Qaisara keluar meninggalkan pengantin baru itu.
Melihat Qaisara yang sudah keluar Idlan pusing melihat Iman yang berdiri di hadapannya.
"Awak nak apa?" tanya Iman pula kali ini.
"Call me abang"
Iman kerut dahi "Tapi Qaisara pun panggil awak abang. Awak suami saya takkan nak panggil abang juga?"
Idlan tersengih mendengar jawapan dari isterinya. Kenapa comel sangat ni wahai isteri ku.
"Qai panggil abang Mad lah mana sama. Cepatlah abang nak dengar Iman panggil abang, abang" pinta Idlan dengan lembut.
"A...abang"
Idlan senyum puas hati "Can I hug you wife?"
Iman angguk lalu Idlan memeluk isterinya. Dari lepas akad tadi mereka tiada peluang berduaan. Nak peluk isteri sendiri pun tak dapat lagi.
Betullah kata Qaisara tak menyabar sungguh Idlan ni.
Pelukan dilepaskan. Idlan memegang kedua tangan Iman sambil berkata
"Abang sebenarnya nak bagi something"
Iman sabar menanti. Idlan menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan sesuatu yang kelihatan seperti lipatan kertas.
Iman menyambut huluran tersebut lalu bertanya "Surat? surat untuk apa?"
"Surat cinta untuk isteri abang. Mungkin nampak macam old school tapi abang nak Iman baca tau" terang Idlan kepada Iman.
Dah macam budak sekolah baru bercinta pula dua ekor ni siap ada surat cinta bagai.
"Okay abang" balas Iman sambil tersenyum melihat wajah Idlan. Handsome betul suami dia ni. Tak tahu dah berapa kali dia jatuh cinta dekat suami sendiri.
Baru hendak menikmati suasana romantik itu mereka disergah semula oleh Qaisara.
"Masa tamat! Abang Mad dipersilakan keluar"
Idlan hembus nafas perlahan. Sabar Idlan sabar, nak marah tapi adik sendiri maka bersabarlah haha!
"Kacaulah Qai"
"Takde takde keluar cepat kejap lagi nak mula dah majlis"
Idlan pasrah. "See you soon my beautiful wife" bisiknya di tepi telinga Iman.
Idlan berjalan ke arah pintu. Sempat dicubit pipi adiknya sebelum berlari meninggalkan bilik tersebut.
Qaisara apalagi mengamuklah "Tak guna punya abang! Macam mana ntah Iman boleh terima dia jadi suami"
Iman tergelak mendengar amukan Qaisara. Surat tadi diletakkan di meja lalu dia mengikuti adik iparnya itu ke dewan tempat majlis mereka diadakan.
TBC
Happy reading everyone! Terima kasih yang sudi baca story ini >< Maaf atas segala typo yang ada
YOU ARE READING
IDLAN: HIS WIFE [C]
Romance1st story in His series [RE-EDIT] Setelah percintaan yang dijalin bertahun lamanya musnah, Amad Idlan tidak lagi mempercayai kata cinta dan makhluk yang bernama perempuan. Baginya semua perempuan sama sahaja. Namun permintaan dari atok yang menjaga...