"Aku baru hilang kejap kau dah bertunang? Wah laju juga member aku ni cari calon isteri"
"Correction bakal isteri ya! dah jadi tunang dah pun" balas Idlan bangga kepada Tengku Calief Daniel.
Tengku Calief Daniel buat-buat muka meluat. Lepasni tinggal dia saja yang belum berpunya. Padan muka haha!
Kadang Idlan terfikir macam mana Tengku Calief Darius boleh percayakan Tengku Calief Daniel menjadi pewaris empayar perniagaan mereka. Tengok saja lah sekarang waktu kerja pun menyempat datang kacau dia di pejabat.
Semenjak kebelakangan ini juga sahabatnya ini selalu menghilang. Bila ditanya ke mana katanya ada urusan kerja. Nama pun Tengku Calief Daniel tak sah kalau tak pelik.
"Kau cakap hari tu kau dah jujur dengan bakal isteri kau pasal permintaan dari atok kau kan? Macam mana dia boleh setuju?" perkataan bakal isteri sengaja ditekan oleh Tengku Calief Daniel.
"Sebab tu aku kata Iman ni perempuan baik. Aku risau sebab aku tak jujur semua perkara dengan dia"
"Kau jangan Id..." amaran diberikan kepada sahabatnya. Sejak bila ntah si Idlan ni jadi pengecut. Kesian anak orang nanti.
"Aku tahu apa aku buat. Aku akan jujur dengan dia lagipun makin hari aku rasa makin suka pula dengan tunang sendiri" tersenyum Idlan berkata demikian
"Mestilah makin hari makin suka kalau makin benci tu dah tak betul. Dah lah kawin je lah semua orang biar aku sorang yang single dalam dunia ni" balas Tengku Calief Daniel kedengaran penuh dramatik di telinga Idlan.
Nak sepak tapi kawan sendiri pula...
Perbualan mereka terganggu apabila pintu pejabat Idlan dibuka dengan kasar dari luar. Serentak Idlan dan Tengku Calief Daniel melihat ke arah pintu
Kelihatan Nadia yang melangkah masuk dengan penuh angkuh.
"Maaf Encik Idlan saya dah halang dia masuk tapi cik Nadia berkeras tak nak dengar" takut-takut PA Idlan itu menyampaikan cerita.
"Dia tak kisah pun kalau I yang datang" Nadia buat gaya flip hair lalu berjalan ke meja Idlan. Melihat Tengku Calief Daniel yang turut berada di situ Nadia menjeling.
Tengku Calief Daniel apa lagi dijeling nya juga si Nadia. Baguslah dua-dua tak nak kalah lepastu yang peningnya Idlan juga.
"Takpe Zara awak boleh keluar sambung kerja awak" Pembantu Idlan itu pun menutup pintu bilik majikannya meninggalkan tiga sosok yang berada di dalam.
"Kau nak apa datang sini? I'm warning you Nadia this will be the last time you disrespect my personal assistant like that"
"Id! sampai hati cakap macam tu dekat I! selama ni okay je" beg sandangnya dihentak ke meja
"Betul ke you dah tunang dengan perempuan tak guna tu" tanya Nadia lagi dengan kasar
"Betul betul betul" Tengku Calief Daniel menyampuk dengan meniru suara upin ipin.
"Yang kau sibuk kenapa?! Aku tak tanya kau lah!" Merah muka Nadia menahan amarah. Dia sangat bencikan Tengku Calief Daniel. Gara-gara Tengku Calief Daniel kecurangannya terbongkar.
Tengku Calief Daniel cuba untuk tidak melepaskan tawanya melihat muka Nadia yang macam nak telan dia hidup-hidup.
Idlan hanya mampu geleng kepala. Memang silap orang kalau nak cari gaduh dengan Tengku Calief Daniel. Makin sakit hati saja nanti.
Idlan berdiri lalu berjalan ke arah pintu. Pintu dibuka seluasnya lalu dia berkata "Aku takda masa nak layan drama kau. We are over. So kau pilih nak keluar sendiri atau nak aku panggil security guard tolong heret kau keluar?"
Nadia seakan tidak percaya lelaki yang ada di hadapannya saat ini adalah lelaki yang pernah mencintainya.
"Hah tunggu apa lagi keluar lah. Kenapa nak aku tolong bentang karpet merah lagi baru nak keluar?" sempat lagi Tengku Calief Daniel menyindir Nadia.
Beg sandangnya diambil lalu Nadia berjalan keluar. Rasa terhina bila dihalau seperti ini.
"Oh lupa" suara Idlan menghentikan langkah kakinya
"Perempuan yang kau kata tak guna tadi jauh lebih baik dari kau dan perempuan tu ada nama. Iman Dahlia, bakal isteri aku simpan tu dalam ingatan kau lepasni" pintu ditutup dengan kuat tepat didepan muka Nadia.
Terkebil-kebil Nadia dia depan pintu. Dia berpusing lalu melihat pekerja-pekerja Idlan yang melihat je arahnya.
"Apa pandang-pandang?! Bodoh!"
Panas hatinya diperlakukan seperti orang asing oleh Idlan.
TBC
Thank you yang sudi baca >< Maaf atas segala typo yang ada.
YOU ARE READING
IDLAN: HIS WIFE [C]
Romance1st story in His series [RE-EDIT] Setelah percintaan yang dijalin bertahun lamanya musnah, Amad Idlan tidak lagi mempercayai kata cinta dan makhluk yang bernama perempuan. Baginya semua perempuan sama sahaja. Namun permintaan dari atok yang menjaga...