BAB 15

1.4K 69 0
                                    

Iman melihat penampilan dirinya untuk kali terakhir di depan cermin. Dress labuh berwarna navy blue dipadankan dengan shawl warna senada menjadi pilihan.

"Okay Iman Dahlia tarik nafas...hembus...kau boleh!"

Tiba-tiba Iman rasa menyesal pula setuju menggantikan tempat Qaisara pada malam ini.

-Flashback

"Tolong lah Iman" Qaisara paut lengan sahabatnya. Muka comel dipamerkan biar Iman cair tengok.

"Aku tak nak lah. Aku malu plus bercakap dengan abang kau pun tak pernah, takkan aku nak jadi tunggul kayu sepanjang masa nanti" balas Iman jujur.

"Jangan risau aku dah bagitau abang aku dan dia pun dah setuju asalkan ada teman" pujuk Qaisara tidak berputus asa.

"Kalau dia pergi sorang je tak boleh ke?"

"Kan aku dah biasa temankan abang aku jadi rasa lain pula nanti bila dia pergi sorang-sorang"

"Tapi dia kan dah tua kenapa nak..."

"Kau tak nak lah ni?" Potong Qaisara laju sambil membuat muka sedih. Mari dah drama dia...

"Okay fine! aku setuju tapi abang kau kena minta izin ayah aku dulu. Risau nanti ayah tak bagi keluar"

Qaisara bersorak gembira. Siap pakej tepuk tangan macam baru menang anugerah.

"Okay! Thank you so much! Kau memang sahabat dunia akhirat aku"

-End Flashback

Kalau dia berlakon sakit perut boleh tak? Tiba-tiba rasa nak pengsan.

"Buat macam biasa je Iman. Anggap je dia macam Qaisara"

Dengan lafaz bismillah Iman turun ke ruang tamu. Kelihatan Tuan Ihsan sedang berbual dengan Idlan.

"Hah turun pun Iman, kesian Idlan lama tunggu kamu"

Iman senyum. Nampak kekok sungguh senyuman Iman.

Iman perasan warna tuxedo yang dipakai Idlan sedondon dengan dress yang dipakainya. Dah macam berjanji pula.

Idlan melihat jam di tangan "Kalau macam tu kami gerak dulu lah pakcik. Saya janji akan hantar anak dara pakcik sebelum jam 9 malam"

Tuan Ihsan tersenyum "Pakcik izinkan Idlan"

Iman dan Idlan pun menuju ke luar rumah dan menaiki kereta menuju ke annual dinner yang diadakan oleh rakan syarikat Idlan.

Suasana sunyi dalam kereta dipecahkan dengan suara Idlan bertanya "Awak teman saya malam ni...Qaisara tak ugut awak benda bukan-bukan kan?"

Kenal sangat dengan perangai adiknya itu. Umur saja dah tua tapi masih nakal! Ada ja muslihatnya.

"Eh tak! saya memang nak tolong dia gantikan tempat untuk teman awak" kalut Iman membela Qaisara.

Idlan angguk "Terima kasih sebab sudi temankan saya malam ni dan saya nak minta maaf juga kalau perangai saya masa dekat rumah minggu lepas buat awak terasa"

Iman geleng kepala lagi "Takpe saya okay tak terasa pun"

"Okay so sekarang kita dah jadi kawan juga"

Iman memandang Idlan yang sedang memandu "Siapa kata saya nak jadi kawan awak?"

"Tak nak ke? Takpe saya tetap nak jadi kawan awak juga" balas Idlan lagi. Haih tak pernah-pernah Idlan berperangai begini dengan perempuan.

Iman akhirnya tertawa. Kuat mengusik juga abang Qaisara ni. Sekurang-kurangnya suasana awkward tadi dah hilang.

Tiba di destinasi, Iman melihat hotel gah yang dipenuhi oleh wartawan dari luar.

"Awak, kenapa ramai sangat wartawan ni?"

Tali pinggang kaledar dibuka, Idlan berpusing menghadap Iman "Sebab malam ni ramai orang ternama datang hadir"

Iman hanya angguk. Gugup yang hilang tadi datang kembali sampai dia tak perasan Idlan sudah berdiri di luar membukakan pintu kereta untuknya

"Shall we miss cinderella?"

"Cinderella?" tanya Iman turut keluar dari kereta.

"Ha ah sebab nanti kena hantar awak balik rumah tepat waktu yang dijanjikan. Takut nanti kalau tak hantar on time awak berubah jadi tak cantik macam sekarang"

"Thank you for the compliment mister"

Mereka bergelak ketawa menuju ke pintu utama tanpa menghiraukan mata para paparazi yang memerhati mereka sejak keluar dari kereta tadi.










TBC
Thanks for reading.

IDLAN: HIS WIFE [C] Where stories live. Discover now