Didekati katil yang menempatkan isterinya. Sekarang sudah masuk enam pagi namun Iman masih belum sedarkan diri. Kata doktor, mungkin isterinya terlalu penat. Kejap lagi pasti akan sedar.
Ibu dan ayah mertuanya juga sudah pulang ke rumah. Mereka akan datang semula tengahari nanti.
Qaisara juga pulang awal selepas Iman melahirkan namun dipaksa datang semula oleh Idlan. Kenapa? Sebabnya dia suruh Qaisara hantar baju salin untuk dirinya.
Takkan nak berbaju kelawar dengan kain pelikat satu hari ni. Memang habislah dia ditertawakan oleh orang-orang dekat hospital.
Kini dia telah selesai menukar baju dengan persalinan lebih selesa. Dahi isterinya dielus perlahan.
Ariningsun...
Dilihat mata Iman bergerak-gerak perlahan sebelum terbuka luas.
Iman yang baru sedar cuba untuk bangun namun ditahan oleh Idlan.
"Eh sayang jangan bangun terus" perlahan-lahan Iman di baringkan semula.
"Abang, baby mana? Baby okay kan?"
Idlan senyum mendengar pertanyaan isterinya. Pipi Iman dipegang "Alhamdulillah, baby selamat. Perempuan. Kejap lagi abang bawa sayang jumpa baby okay. Sekarang, sayang rehat dulu"
Iman mengalirkan airmata kegembiraan. Tak sangka dia dah jadi mama.
Airmata isterinya disapu perlahan. Cengeng isteri dia tak berubah langsung. Idlan senyum.
"Abang, Iman nak air..." pinta Iman. Baru terasa dahaga selepas berperang melahirkan seorang bayi tadi.
Idlan tuang air ke dalam gelas dan disua ke bibir isterinya. Dengan lafaz bismillah, air diteguk hingga habis.
Iman baring semula dengan selesa. Wajah Idlan dipandang.
"Abang nak letak nama apa?" Suara diceriakan walaupun mukanya masih kelihatan pucat.
"Ikut nama yang sayang suggest sebelum ni"
"Irena Raisya"
"Irena Raisya binti Amad Idlan"
Mereka saling berbalas senyuman. Rasa cinta dizahirkan melalui pandangan mata.
Eyes never lies.
"Terima kasih sayang sebab berjuang lahirkan anak untuk abang"
"Terima kasih juga sebab selalu sabar dengan Iman. Tahniah abang dah jadi babah. Abang dah ada dua wanita yang perlu dimanjakan lepasni" kata Iman sambil tersengih.
Idlan senyum. Lepasni dia kena lebih banyak bersabar. Pasti perangai Irena akan ikut manja macam mama dia!
TBC
Happy reading!
YOU ARE READING
IDLAN: HIS WIFE [C]
Romance1st story in His series [RE-EDIT] Setelah percintaan yang dijalin bertahun lamanya musnah, Amad Idlan tidak lagi mempercayai kata cinta dan makhluk yang bernama perempuan. Baginya semua perempuan sama sahaja. Namun permintaan dari atok yang menjaga...