BAB 4

1.5K 70 4
                                    

Iman membaca berulang kali emel yang dia dapati. Dekat setengah jam juga dia duduk terpaku di atas katil sambil mengulang-ulang ayat

'Tahniah permohonan anda diterima...'

"Alhamdulillah ya allah" Tak sangka dia lulus temuduga menjadi seorang pendidik.

Dua minggu yang lalu dia menghadiri temuduga untuk menjadi cikgu di sebuah sekolah tingkatan enam. Kebetulan sekolah tersebut kekurangan cikgu dalam bidang geografi dan Iman pula seorang degree holder dalam bidang pendidikan khusus geografi. Rezeki memang tak salah alamat.

Iman berlalu keluar lalu turun mencari ayah dan ibunya. Berita gembira kena kongsi!

Tuan Ihsan dan Puan Fatimah yang sedang berehat di sebuah gazebo Iman dekati dengan senyuman.

"Ehem! Iman ada benda nak bagitau ni"

"Kenapa Iman nak bawa calon suami kamu jumpa ayah dengan ibu ke?" Seloroh Tuan Ihsan.

"Ayah ni...lambert lagi nak kawin-kawin tu" Iman melabuhkan duduk di sebelah ibunya.

"Iman dah dapat kerja" Tuan Ihsan dan Puan Fatimah mengucapkan rasa syukur dan tahniah kepada anak mereka.

"Iman dapat kerja dekat mana?"

"Dekat sekolah menengah kebangsaan cempaka tapi Iman ajar budak tingkatan enam. Tak jauh pun ibu dari rumah kita"

Puan Fatimah yang mendengar penjelasan Iman tersenyum. Risau juga kalau satu-satunya puteri mereka ini dapat kerja jauh.

"Jadi bila kamu nak lapor diri masuk mengajar?"

"Hari isnin minggu depan" Jelas Iman kepada ayahnya pula.

"Iman naik atas dulu, ayah ibu boleh sambung dating"

Tuan Ihsan dan Puan Fatimah tertawa mendengar usikan dari anak mereka.

________________

"Petang ni atok dah boleh keluar hospital"

Dato Hisyam melihat Idlan yang duduk disebelahnya "Ni kamu balik sini terus ke atau nak sambung lari lagi dari tanggungjawab kamu?"

Serasa seperti baru dihempap dengan batu apabila mendengar soalan tersebut. Idlan tahu atoknya masih terasa dengan tindakan tidak matangnya.

"Idlan minta maaf"

"Idlan janji lepasni Idlan tak buat hal lagi. Maafkan Idlan tok sebab lalai"

"Tok maafkan" Idlan menarik nafas lega. Fuh lega! Atok dia kalau marah lama-lama memang jenuh Idlan nak pujuk nanti.

"Tapi tok nak makan roti canai keluar dari hospital nanti" Idlan terkejut mendengar permintaan atoknya.

Atok dia memang terpaling random kadang-kadang.

"Doktor suruh jaga makan minum tok. Idlan tak janji boleh bawa atok tu baru nak sihat"

"Kamu nak jadi cucu derhaka ke?"

Idlan tepuk dahi. Apa kena mengena pula tak bagi makan roti canai dengan cucu derhaka ni atok ku...

Tanpa Idlan sedari Dato Hisyam menyembunyikan senyuman dalam diam melihat cucunya yang gelabah. Saja nak testing cucu!












TBC
Happy reading! Maaf atas kehambaran dan segala typo yang ada. Terima kasih yang sudi baca.

IDLAN: HIS WIFE [C] Where stories live. Discover now