"Wah tak sangka cikgu ni tunang ceo hensem tu" kata salah seorang pelajar perempuan di kelas Iman.
Iman hanya senyum. Sejak melangkahkan kaki di pagar sekolah tadi pagi Iman banyak mendapat ucapan tahniah dari rakan guru dan pelajar.
Tak sangka pula tunang dia tu famous sampai satu Malaysia kenal haha!
"Untunglah cikgu lepasni dapat suami kaya, helok pula tu! Nanti cikgu kawin jangan lupa jemput kami tau!"
"Eleh kau ni Bella, kau nak datang majlis cikgu sebab nak cuci mata tengok suami cikgu kan kan kan" usik seorang pelajar lelaki pula
"Diamlah Ali!"
Iman geleng kepala melihat telatah pelajarnya.
"Itu namanya rezeki Bella. Cikgu pun tak sangka dapat bakal suami full package" Tergelak pelajar-pelajarnya mendengar balasan dari Iman.
Sudah kebiasaan bagi Iman meluangkan masa sepuluh minit terakhir waktu kelasnya untuk bersantai bersama pelajarnya.
Selain memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya soalan waktu sepuluh minit juga digunakan untuk Iman mendengar aduan atau keluhan dari pelajarnya.
Belajar kena santai...Dia tidak mahu pelajar form six di kelasnya terlalu stress dengan pelajaran. Iman faham dengan suasana pembelajaran tingkatan enam kerana dia juga bekas pelajar tingkatan enam.
Salute dengan semua pelajar yang berani memilih jalan tingkatan enam!
_____________
"Tahniah cikgu Dahlia dah jadi tunang orang. Ingatkan selama ni kamu dengan cikgu Raid" ucap cikgu Siti merangkap table mate Iman a.k.a jiran sebelah meja
"Saya dengan cikgu Raid memang kawan ja" balas Iman dengan senyuman kekok. Balas lebih-lebih kang cikgu Siti ni tak berhenti nanti ajak dia bergosip.
Iman tak kuasa nak kumpul dosa mengata orang lain. Dosa sendiri pun tak terkira
Baru hendak fokus membuat kerja sosok tubuh Raid telah berdiri di hadapan meja Iman.
"Hi Iman, err tahniah. Saya dengar awak dah bertunang dan akan kawin tak lama lagi"
"Ya. Terima kasih" balas Iman lalu kembali sibuk menyiapkan kerjanya.
"Kenapa tak jujur sebelum ni? Kalau saya tahu awak dah berpunya saya takda lah nak beria ngorat awak. Patutlah buat tak layan ja"
Iman cuba menahan diri dari membuat muka annoying. Sabar Iman...
"Itu urusan hidup saya. Lagipun saya tak pernah bagi harapan pada awak. Tolong hormat sikit! Ni tempat kita bekerja" tegas Iman membalas
Cikgu Siti disebelah yang memasang telinga dari tadi menyampuk "Betul tu cikgu Raid ni tempat bekerja. Baik awak kembali ke tempat awak. Jangan ganggu tunang orang lagi"
"I'm sorry Dahlia" kata Raid lalu berlalu pergi.
Iman mengucapkan terima kasih juga kepada cikgu Siti yang sudi membantu. Rasa bersalah pula ignore dia tadi.
Iman melirik jam tangannya. Huwaa nak balik jerit Iman dalam hati. Ada lagi lima jam waktu persekolahan sebelum tamat.
TBC
Happy reading!
YOU ARE READING
IDLAN: HIS WIFE [C]
Romance1st story in His series [RE-EDIT] Setelah percintaan yang dijalin bertahun lamanya musnah, Amad Idlan tidak lagi mempercayai kata cinta dan makhluk yang bernama perempuan. Baginya semua perempuan sama sahaja. Namun permintaan dari atok yang menjaga...