BAB 36

1.4K 59 0
                                    

Pintu bilik rawatan yang menempatkan isterinya ditolak, Idlan melihat Iman khusyuk dengan telefonnya. Haih, tak macam orang sakit pun.

Bagai hendak luruh jantung Idlan tadi ketika mendapat panggilan dari sekolah isterinya mengajar. Suara wanita yang menelefonnya memberitahu bahawa Iman pengsan.

"Sayang..." Iman didekati. Idlan duduk di samping isterinya diatas katil.

Iman yang sedar akan kehadiran suaminya tersenyum kepada Idlan lalu menyambung semula bermain game di telefon bimbitnya. Dah macam tak penting pula Idlan yang datang.

Idlan hela nafas perlahan, sejak kebelakangan ini memang memerlukan kesabaran yang tinggi melayan karenah isterinya.

Selain kuat merajuk, Iman juga mula bermain game seperti pubg dan mobile legend. Kadang kalau telefonnya kehabisan bateri, maka telefon Idlan pula yang akan menjadi mangsa keadaan

Telefon di tangan Iman dirampas oleh Idlan, bulat mata Iman melihat perlakuan tak dijangka suaminya. Kacaulah! baru nak dapat mvp tadi.

"Aaa abang bagi balik! Iman nak main!"

"No! Abang punya risau bila tahu sayang pengsan tadi boleh pula sayang ignore abang dekat sini"

Tangan di silang ke dada. Bibir di muncungkan. Merajuk dengan suami!

Nak tergelak Idlan tengok perangai isteri dia. Nasib comel!

Pintu yang ditolak dari luar membantutkan niat Idlan ingin memujuk Iman. Idlan berdiri bila melihat seorang doktor masuk ke bilik rawatan isterinya.

"Hello puan Iman, saya doktor Tan" perkenal seorang doktor wanita berbangsa cina kepada mereka.

"Hi doktor, isteri saya okay je kan?" Tanpa basa basi Idlan terus bertanya.

Doktor Tan senyum "Tahniah puan Iman dan suami! Isteri encik mengandung. Dah nak masuk dua bulan"

Idlan meraup muka setelah mendengar berita yang disampaikan oleh Dr.Tan.

"Alhamdulillah. Alhamdulillah ya Allah"

Doktor Tan berlalu pergi, memberi ruang kepada pasangan suami isteri tersebut.

"Terima kasih sayang" ujar Idlan. Tangan Iman dipegang dan dicium sekilas. Ubun-ubun Iman turut dilabuhkan ciuman. Tak sangka tak lama lagi dia akan menjadi seorang ayah.

Iman senyum. Dia turut gembira kerana tak sangka selera makan dia yang menjadi-jadi kebelakangan ini kerana bawaan baby.

"Patutlah perangai sayang sejak dua menjak ni makin manja. Sikit-sikit nak merajuk"

"Abang merungut ke? Dahlah pergi sana, tak nak kawan dengan abang!" Ditolak bahu Idlan menjauh.

Kan dah kata...Makin manja isteri dia ni! Kepala digeleng perlahan. Tabahlah Idlan. Isteri tengah mengandung memang ada saja perangai.

"Betul ni tak nak kawan? Takpelah, abang cari kawan baru. Dengar-dengar anak Mak Milah jiran sebelah tu single lagi. Janda pula tu" usik Idlan.

Berura-ura Idlan ingin keluar dari bilik namun gerakannya terhenti ketika mendengar tangisan Iman. Haa sudah...

"Sampai hati abang!"

"Sayang hey, abang gurau jelah. Dah dah jangan nangis. Kesian baby nanti keluar jadi cengeng sebab mama dia kuat nangis" Kalut juga Idlan memujuk. Dilap airmata Iman yang mengalir.

"Iman nak aiskrim, abang kena belikan sekarang juga! baru boleh jadi kawan balik" kata Iman. Amboi boleh pula gitu ya.

Terlepas tawa Idlan. Aduhai isteri, kenapa makin comel ni.

Perut Iman yang masih kempis dipegang "Anything for you Ariningsun. Semoga anak babah dengan mama terus sihat sampai tiba masa kita berjumpa"

Iman senyum mendengar kata-kata Idlan. Dipegang tangan Idlan yang mengusap perutnya. Duduk diam-diam dalam tu anak mama dan babah. We love you!


















TBC
Happy reading!

IDLAN: HIS WIFE [C] Where stories live. Discover now