BAB 34

1.3K 61 1
                                    

"Iman, best tak kawin?" Qaisara bertanya kepada sahabatnya. Takda angin takda ribut, seketul Qaisara yang selama ini tak berminat dengan lelaki tiba-tiba tanya pasal kawin.

"Kenapa kau tanya? Kau demam ke Qai? Bukan kata nak setia dengan oppa kau ke?" ujar Iman pula.

Hari ini mereka berdua meluangkan masa bersama kerana Qaisara mengidam nak makan sushi. Craving satu hal, lepastu diheretnya pula dia sekali. Nasib sayang.

Memandangkan dia juga cuti, jadi Iman setuju menemankan adik ipar merangkap bestfriend nya ini jalan-jalan.

"Kau ni! Tak support kawan langsung. Aku ni ada hati dan perasan nak bercinta juga macam orang lain. Sedangkan ais di kutub utara boleh cair inikan pula hati aku. Mestilah boleh berubah"

"Err...asal jauh sangat menyimpang bunyinya tu"

Dia macam tak kena tapi takpalah. Kata bestfriend jadi sokong saja lah.

Qaisara buat muka cemberut. Sejak Iman kawin dengan abangnya ni dah berjangkit perangai Idlan. Kuat menyakat!

Chopstick di tangan dimain-mainkan oleh Qaisara. Dia pun tak tahu kenapa boleh tanya soalan macam tu. Selama ni dialah orang yang paling tak suka dengan perkawinan. Nak period agaknya sebab tu tak betul sikit.

"Qai...kawin ni bukan sehari dua. Kita akan hidup dengan pasangan kita bertahun lamanya. Jadi tak payah nak rushing kawin hanya sebab orang lain semua kawin. Jodoh tu akan sampai pada waktunya." Iman cuba menasihati Qaisara walau dia sendiri pun baru mengharungi alam perkawinan.

"Faham..." balas Qaisara lalu menyumbat sushi roll ke dalam mulutnya. Air mukanya kembali ceria. Mungkin tadi lapar sangat sampai melalut tak tentu.

Iman hela nafas. Macam tu je mood Qaisara okay balik.

Siapa yang bakal jadi suami sahabatnya ini memang kena sabar banyak dengan perubahan mood Qaisara yang tak menentu. Iman tahu walaupun Qaisara anak manja tapi dia seorang yang senang menerima nasihat.

___________

Idlan menggerakkan kepingan warna merah miliknya memakan kepingan warna putih milik pihak lawan.

"Muram je, bukan selalu dam haji ni memang makanan kau ke? Kata pro" provok Idlan kepada Tengku Calief Daniel.

Kebetulan Qaisara culik isteri dia, maka di sinilah Idlan menemani Tengku Calief Daniel pula lepak warung pagi-pagi.

Tengku Calief Daniel hanya diam. Lepak warung ni pun cadangan dia juga. Buang tebiat agaknya. Dari pagi sampai nak masuk tengahari mereka masih di sini.

"Kau nak dengar pantun tak?" Tanya Idlan lagi. Yang ni pun satu member tengah sedih boleh pula dia nak buka pantun.

Tengku Calief Daniel menaikkan alisnya sebelah. Hari ni dia takda mood nak buat lawak bodoh. Sekali sekala biar Idlan pula yang nampak kurang siuman sikit.

"Ikan emas di kolam udang, patut pun asyik lemas sebab kau takde ayang" ujar Idlan membuka pantun sambil ketawa.

"Tak guna" balas Tengku Calief Daniel.

Mentang-mentang dah ada isteri, macam tu ja Idlan kenakan dia. Function betul jadi kawan.

"Cuba cerita kenapa?" ujar Idlan lagi.

"Tak ada apalah" dalih Tengku Calief Daniel. Tidak mahu serabutkan orang baru balik dari bulan madu itu. Nanti sajalah Tengku Calief Daniel beritahu masalahnya pada Idlan.












TBC
Happy reading!

IDLAN: HIS WIFE [C] Where stories live. Discover now