Idlan keluar dari bilik mesyuarat setelah selesai berbincang tentang projek baru bersama pekerja-pekerjanya. Tiga bulan tak masuk office Idlan tidak menyangka selama ini atok dan adiknya berjaya menguruskan semua hal syarikat tanpa dirinya. Jujur Idlan pun penat!
Idlan membuka butang blazer yang dipakai lalu duduk di kerusinya. Terpampang papan hitam yang bertulis Chief Executive Officer Amad Idlan diatas meja.
Idlan pejam mata seketika. Nak recharge tenaga. Kemudian dia duduk dengan tegak semula lalu menyambung kerjanya. Fail di atas meja dibuka lalu dibaca satu persatu sebelum ditandatangani.
Setengah jam berlalu fokus Idlan terganggu apabila telefonnya berbunyi. Nama Qaisara terpampang di panggilan.
"Hello"
"Abang Mad atok pesan jangan lupa balik rumah hujung minggu ni"
Sejak masuk bekerja Idlan pindah semula ke apartment miliknya. Lebih selesa hidup sendiri walaupun berat hati meninggalkan atoknya di rumah utama. Nasib ada Qaisara dan pembantu rumah mereka yang menjaga Dato Hisyam.
Lagipula keadaan Dato Hisyam semakin sihat. Malah terlebih sihat sampai mula bercucuk tanam di halaman rumah.
"Dan atok pesan lagi katanya nak tanam orkid pula tambah koleksi bunga dia nanti abang Mad tolong eh tanam hujung minggu ni" Pesan Qaisara panjang lebar.
"Okay" balas Idlan singkat. Redha dapat atok terlebih aktif. Penat ditegah suruh rehat namun Dato Hisyam tetap ingin melakukan hobi barunya itu. Agaknya rumah utama mereka boleh dah jadi taman bunga tak lama lagi.
Selesai berbual dengan adiknya, Idlan membuka aplikasi whatsapp, mesej dari sahabatnya Tengku Calief Daniel dibaca.
Sudah dua minggu dia di Malaysia namun belum lagi bersua muka dengan sahabatnya. Sah budak ni merajuk! Dah tua pun merajuk. Dasar Calief Daniel!.
'Okay jumpa weekend ni' Balas Idlan kepada Tengku Calief Daniel.
Idlan senyum dalam diam. Dia dah tahu nak angkut siapa teman dia pergi beli benih bunga orkid nanti haha!
TBC
Maaf atas segala typo yang ada. Selamat membaca!
YOU ARE READING
IDLAN: HIS WIFE [C]
Romance1st story in His series [RE-EDIT] Setelah percintaan yang dijalin bertahun lamanya musnah, Amad Idlan tidak lagi mempercayai kata cinta dan makhluk yang bernama perempuan. Baginya semua perempuan sama sahaja. Namun permintaan dari atok yang menjaga...