"Kamu tak paksa anak orang untuk kawin dengan kamu kan Amad Idlan?" tegas Dato Hisham bertanya kepada cucunya.
"Tak. Idlan tak seteruk tu, lagi pula atok suruh Id cari isteri kan? Idlan rasa Iman calon yang sesuai untuk diri Id" terang Idlan kepada Dato Hisham.
Pulang saja dari rumah keluarga Iman tadi dia terus menghadap Dato Hisham. Dia perlu terangkan semuanya termasuk lah niatnya untuk masuk meminang Iman.
Idlan mengeluh dalam diam.
Dia berasa senang kerana akan terlepas dari ugutan atoknya sebelum ini tapi dalam masa yang sama Idlan juga takut akan mengecewakan Iman kerana hatinya masih kosong saat ini untuk mengisi mana-mana wanita.
'Tch! Kau kena cuba Idlan' getusnya dalam hati.
"Jadi bila kamu nak hantar rombongan?" tanya Dato Hisham
"Minggu depan. Idlan dah bincang semuanya dengan keluarga Iman dan mereka dah setuju"
"Baiklah kalau macam tu. Ingat Idlan, jangan kecewakan harapan atok dan jaga Iman sebaiknya. Kamu tahukan dia juga kawan baik adik kamu"
Idlan angguk kepala. Lepasni dia kena hadap budak Qaisara tu pula.
Haih...Masaklah kau Idlan lepas ni. Dahlah Qaisara tu susah nak bawa bincang
__________
"Qai?"
Pintu bilik Qaisara dibuka tanpa izin. Biasalah adik beradik memang macam ni lepastu keluar tak tutup pintu. Eh eh...
Qaisara segera duduk dari baringnya apabila melihat sosok Idlan yang masuk ke bilik.
Muka tak payah cakap memang cemberut habis. Nak protes lah tu...
"Tak payah cakap dengan Qai" Idlan angkat kening sebelah mendengar kata-kata adiknya
"Iman dah call Qai tadi dan dia pun dah terima abang...Qai tak nak dengar apa-apa dari abang" sambungnya lagi
"Dah tu? Kenapa buat muka macam baru kehilangan suami?" Ucapan Idlan sungguh tak membantu langsung sekarang ini. Qaisara baling bantal ke muka abangnya.
'Cis! tak kena pula' monolog Qaisara geram dalam hati.
"Abang kenapa rampas bestfriend Qai! Lepasni Iman akan berkepit dengan abang je. Dah lah Qai tak ada kawan"
Idlan geleng kepala. Ingatkan apalah tadi "Patut Qai happy tahu, sebab nanti Iman dah naik pangkat from bestfriend to kakak ipar Qai"
Qaisara diam. Dia tahu dia tak patut buat perangai. Tapi Qaisara risau jika Iman dah kawin dengan abangnya dia takda kawan dah nak gosip-gosip. Siapa nak teman dia pergi shopping? Huh!
Qaisara tak ramai kawan dari dulu hingga sekarang kerana digelar budak manja. Kawan sekolahnya hingga ke universiti semua talam dua muka bagi Qaisara. Mereka tak ikhlas berkawan dengan dirinya kerana itulah Qaisara sangat menyayangi Iman.
Iman tidak seperti orang lain. Iman layan dia dengan baik dan tahan dengan perangai manja plus gedik Qaisara.
"Okay, tahniah abang" balasnya perlahan.
Idlan ambil duduk di hujung katil. Tangan didepakan lalu Qaisara pun masuk ke dalam pelukan abangnya.
"Manja betul adik abang ni. Lepasni tak boleh manja macam ni lagi abang Iman punya tahu" usik Idlan mendapat pukulan dibahu oleh Qaisara
"Macam mana nak cari calon suami kalau manja macam ni? Tak laku lah adik abang nanti. Qai tu sama umur dengan Iman tau"
Qaisara lepas pelukan "Siapa cakap Qai nak kawin"
"Habis tu nak membujang sampai tua?"
"Eee abang! Qai ni tunggu Lee Jong Suk ambil Qai jadi isteri dia" balas Qaisara sambil membuat gaya flip hair.
Idlan tepuk dahi "Kalau macam tu memang jadi andartu lah Qai"
"Eleh, abang tu bersyukur sikit Iman pilih abang jadi suami dia. Iman dulu pernah kata dia tak nak kawin kalau bukan dengan Lee Min Ho"
Idlan geleng kepala tanda mengalah. Dia akan pastikan nanti bakal isteri dia akan minat dia sorang ja nanti.
Yakinnya kamu wahai Idlan...
TBC
Happy reading!
YOU ARE READING
IDLAN: HIS WIFE [C]
Romantizm1st story in His series [RE-EDIT] Setelah percintaan yang dijalin bertahun lamanya musnah, Amad Idlan tidak lagi mempercayai kata cinta dan makhluk yang bernama perempuan. Baginya semua perempuan sama sahaja. Namun permintaan dari atok yang menjaga...