BAB 13

1.4K 62 3
                                    

Pintu bilik bacaan Dato Hisyam diketuk sebelum tombol diputar. Idlan melihat atoknya sedang duduk di sofa dengan buku di tangan.

Sofa di hadapan Dato Hisyam dia duduki. Idlan dapat rasa ada benda penting yang ingin dibincangkan oleh atoknya.

"Hal apa yang nak dibincangkan dengan Idlan?"

Buku ditangan ditutup. Cermin mata juga ditanggalkan oleh Dato Hisyam. Wajah cucu lelakinya dilihat dalam-dalam.

"Atok sebenarnya ada permintaan yang kamu kena tunaikan" bicara Dato Hisyam dengan tenang.

"Apa dia? Atok cakap je dengan Idlan. In shaa allah Idlan akan tunaikan selagi mampu"

"Atok nak kamu kawin"

Dang!

Idlan rasa dunia dia terhenti seketika. Ikan siakap dalam perut tadi juga tiba-tiba Idlan rasa hidup semula berlumba-lumba nak keluar dari perut dia. Tak lawak Idlan!

Idlan pejam mata mengumpul semangat dan cuba menyusun ayat agar atoknya tidak tersinggung.

"Tapi kenapa tiba-tiba? Idlan rasa semua ni tak adil untuk diri Idlan, Maaf tok, tapi Idlan belum sedia untuk berkawin" terangnya panjang lebar dengan harapan Dato Hisyam faham.

"Atok tukar balik ini bukan permintaan tapi satu arahan! Kalau kamu tolak baiklah tapi dengan syarat"

"Syarat?"

"Gugurkan jawatan kamu sebagai ceo dan atok akan serahkan pada sepupu kamu Ammar"

"No! Atok tak boleh buat macam ni" Serahkan jawatan dia pada Ammar? Hell no! Dia dari dulu dari tak sebulu dengan anak pak ngah nya itu.

Bukan Idlan tak tahu perangai Ammar yang suka berfoya-foya itu. Silap hari bulan muflis syarikat mereka.

"Okay Idlan terima permintaan atok, tapi bagi Idlan masa"

"Tiga bulan"

Bulat mata Idlan sekali lagi mendengar waktu yang diperlukan olehnya untuk mencari calon isteri.

Atok dia ingat cari calon isteri itu macam beli pokok bunga agaknya. Semudah satu dua tiga.

"Tapi tok..."

Tidak sempat Idlan ingin membantah lagi, Dato Hisyam berkata "Sudah lah Idlan, atok dah tua kalau kamu rasa kamu sayang atok tunaikan saja permintaan atok ni"

Nafas dihela "Baik. Idlan akan buat dan atok kena janji jangan sesekali ada niat lagi nak serahkan jawatan Idlan pada Ammar"

Dato Hisyam senyum kemenangan. Senangnya dalam hati apabila cucu dia selalu kalah dengan ugutannya.

Idlan meminta diri untuk pulang ke rumahnya. Tangan Dato Hisyam disalam sebelum berlalu keluar. Serabut sebenarnya tapi Idlan tak nak tunjuk depan Dato Hisyam.

Melihat cucunya keluar dari bilik Dato Hisyam berkata sendirian "Maafkan atok Idlan tapi ini semua demi kebaikan kamu"











TBC
Happy reading!

IDLAN: HIS WIFE [C] Where stories live. Discover now