Baju kerja Idlan diletakkan di atas katil. Hari ini mereka berdua masuk kerja semula kerana cuti Iman telah habis. Semalam juga Idlan telah membawanya pindah ke apartment miliknya. Kata Idlan sementara dia mencari rumah idaman mereka Iman dan dia akan tinggal di sini.
Idlan tak tahu yang isterinya itu dah pernah jejak kaki ke apartment miliknya. Iman gelak jahat dalam hati haha!
Iman sebagai isteri akur. Meja mini yang terletak di tepi katil dituju mencari telefonnya. Iman melihat ada nota kecil di belakang telefonnya.
'Morning Ariningsun,
They said choose a good face not a good heart but you have bothI love you my beautiful wife'
Iman tertawa kecil membaca nota dari suaminya. Pintu bilik air dilihat seketika lalu Iman geleng kepala. Sempat pula suami dia tulis nota ni tadi sebelum mandi.
Inilah nasib bila dapat suami yang bahasa cintanya words of affirmation! Setiap masa ada saja nota tulisan tangan dari suaminya yang penuh dengan ayat-ayat romantis. Kadang tu Idlan suka puji dia. Iman pula dah ada hobi baru iaitu kumpul nota dari suaminya!
Iman tahu Idlan ada cara yang tersendiri untuk mengatakan isi hatinya dan Iman hargai sisi suaminya itu. Sebenarnya semalam semasa mengemas bajunya ke dalam almari, Iman menjumpai satu buku yang penuh dengan tulisan tangan dan dalamnya penuh puisi.
Iman menyangka yang suaminya itu seorang yang minat dengan puisi. Patut pun hebat dalam berpujangga. Iman senyum dengan kenakalan dirinya. Baca buku orang tanpa izin!
Tak sabar dia nak kenal Idlan dengan lebih dalam. Kalau Idlan suka puisi dia pula suka buku. Apa ingat kerja Iman marathon drama korea saja ke? Dia pun suka buku atau lebih tepat lagi novel! Lepasni boleh bawa suami pergi bookstore date!
Iman menyimpan nota tadi lalu dapur dituju. Dua cawan diambil satu kopi untuk Idlan dan teh untuknya. Maklumlah Iman tak minum kopi. Setelah dibawah ke meja. Roti bakar juga disediakan oleh Iman.
Roti ja yang ada, semalam Iman buka peti sejuk langsung takda bahan basah nak dimasak. Idlan hanya senyum bila di ceramahi oleh Iman. Adakah patut Idlan ajak dia makan samyang? Bukan itu saja dengan bangga pula Idlan tunjuk laci kabinet dia yang penuh dengan stok maggi samyang!
Tak sihat betul pemakanan suami dia. Takpa dah kawin ni Iman akan pastikan Idlan jatuh cinta dengan masakannya! Nampaknya lepasni kena bawa Idlan beli barang dapur.
Iman duduk menunggu suaminya sambil-sambil membaca tentatif program acara sukaneka yang diadakan hari ini. Dia dikejutkan dengan ciuman lembut di tepi kepalanya. Dilihat Idlan yang kemas mengenakan office attire "Fokus sangat tu baca apa?"
"Baca tentatif program. Iman nak pastikan semua berjalan lancar ja nanti" Walaupun setakat sukaneka bagi menghilangkan stress pelajar namun Iman ingin buat sehabis baik kerjanya.
"Don't worry wife, semuanya akan berjalan lancar macam sayang harapkan. Jangan fikir sangat" Dielus pipi mulus isterinya. Iman senyum. Lega juga bila dengar macam tu.
Selesai sarapan mereka bergerak ke tempat kerja masing-masing. Memandangkan hari sukaneka jadi Iman jalan jam lapan hari ni. Sekolahnya dari tempat Idlan mengambil masa 40 minit juga nak sampai.
"Elok-elok memandu, Ariningsun." pesan Idlan lalu dicium pipi isterinya kiri kanan. Iman balas dengan mencium tangan suaminya.
Doa memandu kenderaan dibaca lalu keretanya dipandu ke tempat kerja.
TBC
Happy reading!
YOU ARE READING
IDLAN: HIS WIFE [C]
Romance1st story in His series [RE-EDIT] Setelah percintaan yang dijalin bertahun lamanya musnah, Amad Idlan tidak lagi mempercayai kata cinta dan makhluk yang bernama perempuan. Baginya semua perempuan sama sahaja. Namun permintaan dari atok yang menjaga...