Kuih seri muka diletak elok ke dalam piring. Teko dan cawan juga disusun ke atas tray. Air teh dan kuih seri muka menjadi menu minum petang mereka.
Iman tidak lagi bekerja sebagai seorang guru. Walaupun sedih melepaskan pekerjaannya namun Iman lebih memilih untuk fokus menjaga keluarganya.
Idlan hanya turut dengan keputusan isterinya. Dia tidak pernah membantah Iman bekerja namun keputusan yang diambil oleh Iman adalah keputusan yang tepat untuk mereka.
Sekarang Iman dah jadi fully housewife. Menjaga suami dan anak mereka menjadi keutamaan kini. Anak mereka juga sudah masuk satu tahun lebih. Kejap ja masa berlalu.
Selesai menyusun, tray dibawa ke ruang belakang rumah. Di situ, kelihatan Idlan dan Irena anak mereka sedang duduk di taman mini miliknya.
Ya taman mini, kerana bunga-bunga di rumah mereka semakin tumbuh dengan mekar.
Tray diletakkan di gazebo yang baru dibina oleh Idlan. Kaki melangkah ke arah anak dan suaminya.
Iman turut duduk bertinggung disebelah suaminya. Irena di dakapan babahnya seronok memegang sekuntum bunga orkid putih.
Ni mesti babah dia tolong petik! Nak marah tapi Idlan juga yang tolong dia tanam semua bunga ni. Takpalah anak sendiri juga.
"Abang..."
"Hmmm...sayang nak apa? Rindu ke?" Hobi Idlan suka usik isteri dia dari mula kawin sampai ada anak satu tak berubah langsung!
Iman ketawa diusik begitu. Faham sangat dengan perangai suami dia.
"Abang, forever does exist" ujar Iman singkat. Dia tahu Idlan faham dengan maksud kata-katanya.
"Our forever, Ariningsun" balas Idlan tersenyum manis kepada isterinya. Ya, dia faham maksud disebalik kata-kata Iman.
Dulu dia pernah menulis surat cinta kepada isterinya. Ariningsun, If forever does exist please let it be you.
Tangan Idlan bergerak memetik sekuntum lagi bunga orkid lalu diselitkan ditepi telinga isterinya. Iman senyum dengan perlakuan suaminya. Nampak romantik pula!
"Surat cinta untuk Iman hari ni mana?"
Idlan berdiri kejap lalu diseluk poket seluarnya. Dibawa keluar sekeping kertas dan dihulur ke arah Iman. Setelah itu dia duduk semula mendakap Irena. Anak manja babah.
Iman membuka kertas yang dilipat dengan bentuk love itu. Isi surat dibaca dengan suara yang cukup untuk didengari olehnya dan Idlan.
"Ariningsun, in your eyes I have found the world I want to live in, and in your heart, the place where I want to be. I love you forever wife. "
Iman tersenyum gembira selepas membaca surat dari suaminya. Pipi Idlan dicium sekilas. Suami dia tak pernah jemu tulis surat cinta untuknya.
"Iman cintakan abang juga. Cinta banyak-banyak! I love you too abang" balas Iman penuh semangat.
Idlan senang melihat Iman bahagia. Makin sayang. Makin cinta.
"Jom, minum petang dah siap" ajak Iman. Irena di dakapan suaminya diambil lalu didukung.
Idlan turut berdiri mengikuti langkah isterinya. Bahu Iman ditarik rapat ke arahnya. Jalan sama-sama baru sweet!
Bahagia. Sungguh Idlan bahagia.
Siapa sangka selamanya untuk mereka itu memang ada. Setiap hari Idlan bersyukur kerana dikirimkan Iman dalam hidupnya.
Janjinya akan membahagiakan Iman dan anak mereka hingga ke akhir hayat.
THE END
Happy reading! Jangan lupa vote dan share story ni >< Kepada yang sudi baca cerita pendek ni dari awal sampai akhir thank you so much! Ada juga yang vote setiap bab. Thank you! Thank you! It means a lot to me! Maaf atas segala kekurangan yang ada hehe. Yang sudi follow acc pun thank you juga!
Kisah Amad Idlan dan Iman Dahlia melabuhkan tirai! Till we meet again in next story!
Start: 25.04.2023
End: 13.06.2023
YOU ARE READING
IDLAN: HIS WIFE [C]
Roman d'amour1st story in His series [RE-EDIT] Setelah percintaan yang dijalin bertahun lamanya musnah, Amad Idlan tidak lagi mempercayai kata cinta dan makhluk yang bernama perempuan. Baginya semua perempuan sama sahaja. Namun permintaan dari atok yang menjaga...