BAB 18

1.3K 63 3
                                    

Berita hangat telah tersebar mengenai dirinya dan Iman. Idlan membaca headline berita yang dihantar oleh Tengku Daniel kepadanya untuk kesekian kali

-CEO MUDA YANG TERKENAL AMAD IDLAN AKAN SEGERA BERNIKAH

:Jejaka tampan merangkap cucu kepada usahawan terkenal Dato Hisham mengakui akan bernikah dalam masa tiga bulan dengan pilihan hatinya seorang gadis biasa. Hal ini diakui olehnya sendiri dalam majlis annual dinner yang berlangsung semalam. Maka dengan itu desas desus jejaka tampan tersebut telah putus hubungan dengan model terkenal Nadia adalah benar.

Telefon dibaling ke atas katil. Tidak sanggup menghabiskan masa membaca berita tersebut.

Baru hendak bersiap biliknya telah dirempuh oleh Qaisara dari luar.

"Explain sekarang! Apa ni abang? Kenapa babitkan kawan baik Qai?" Qaisara cuba menahan diri dari menghamburkan kemarahannya. Dia tahu Idlan juga tidak akan menyangka berita seperti tersebut tersebar luas.

Qaisara risau dengan sahabat baiknya yang tidak biasa dengan dunia seperti ini.

" Qaisara look, abang akan cerita semuanya tapi sekarang abang nak pergi rumah Iman dulu"

Tanpa menghiraukan adiknya Idlan segera masuk ke dalam bilik air. Qaisara dibiar lagi terpinga-pinga.

Dia tak nak Iman fikir bukan-bukan tentang berita tersebut. Dia ingin segera berjumpa dengan Iman dan keluarganya untuk menceritakan hal sebenar dan meminta maaf.

Idlan tahu kejap lagi atoknya pula pasti akan meminta jawapan dari dirinya.

_________________

Iman duduk berkurung dalam bilik sejak kedatangan Idlan ke rumahnya. Kata Idlan dia ingin berbincang dahulu dengan ibu dan ayahnya. Iman hanya pasrah menunggu.

Pertama kali dalam hidupnya kena hadap benda seperti ini. Dunianya dan Idlan sungguh berbeza.

Pintu biliknya dibuka. Muncul Puan Fatimah lalu duduk disebelah anak perempuannya "Iman turun lah. Idlan dah terangkan semuanya dekat ayah dan ibu. Dia nak jumpa Iman dekat bawah"

Iman gigit bibir perlahan. Namun dia turuti juga arahan sang ibu lalu bergerak ke bawah. Dia melihat Idlan duduk bersama ayahnya di ruang tamu.

Idlan yang menyedari kehadiran Iman berkata "Err saya nak cakap dengan awak berdua. Jangan risau saya dah minta izin ayah awak" ujarnya perlahan dan agak gugup.

Pftt. Nak tergelak Iman dalam hati. Semalam tak macam ni pula. Iman angguk kepala lalu membawa Idlan ke gazebo di luar rumah.

Iman ambil duduk manakala Idlan hanya berdiri di depannya namun masih berjarak.

"Duduklah" pelawa Iman. Idlan turut duduk disebelahnya dan masih menjaga jarak. Dia tahu Iman bukan perempuan sembarangan. Ikthilat pasti selalu terjaga.

Idlan mula bersuara "Saya datang nak minta maaf" Jeda seketika lalu dia berkata lagi "Saya dah explain semuanya dekat parents awak. Saya tak sangka paparazzi semalam yang ada dekat meja kita tu akan buat semua ni. Saya ingat dia dah serik tapi rupanya tak"

Iman diam mendengar. Dia tahu masih ada banyak yang ingin dikatakan oleh Idlan.

"Iman...saya nak awak kawin dengan saya" tutur Idlan membuatkan Iman berpaling secara drastik.

"A...awak merepek apa ni. Tak lawak lah"

"Saya dah minta izin dekat ibu dan ayah awak tadi, mereka serahkan semuanya kepada awak" Idlan melihat wajah dihadapannya dengan penuh harapan.

"Sebelum tu saya nak cakap...saya buat semua ni demi kita berdua dan juga demi atok saya. Awak tahu kan keadaan dia macam mana sekarang. Saya tak nak berita ni buat kesihatan dia semakin merundum"

Idlan tarik nafas sebelum berkata lagi "Dan...saya sebenarnya nak minta tolong awak satu perkara"

Iman membalas pandangan Idlan mencari kejujuran di dalam diri jejaka tersebut "Nak tolong apa?"

Akhirnya Idlan menceritakan tentang permintaan atoknya yang meminta dia mencari calon isteri. Namun Idlan tidak jujur tentang penarikan harta sekiranya dia gagal mencari calon isteri dalam masa yang telah ditetapkan.

Idlan merasakan ini peluang yang baik untuk dia meminta pertolongan dari Iman.

"Tapi perkawinan bukan benda main-main. Awak tak cintakan saya" Iman tunduk saat menuturkan ayat terakhir.

"Kita boleh cuba"

Iman yang tunduk sejak tadi memandang Idlan semula. Idlan kerut dahi seolah berharap mendapat jawapan yang dia harapkan.

"Okay...saya setuju" Idlan tarik nafas lega. Dalam hati dia mengucap syukur. Senyuman dihadiahkan kepada Iman.

"Terima kasih Iman, awak dah banyak tolong saya. Minggu depan juga saya akan hantar rombongan"

"Hah minggu depan?!"

"Ya Iman, minggu depan" perkataan minggu depan sengaja ditekan satu persatu.

"Awak jangan risau kita bertunang dulu. Parents awak pun dah setuju" jelas Idlan kepada Iman.

"Hmm okay"

"Okay bakal tunang saya..." usik Idlan sambil tertawa kecil.

Iman yang malu terus berlalu masuk ke dalam rumah. Dalam hati dah menjerit suka! Gedik kau Iman! Tak sabar nak bagitahu sahabatnya.










TBC
Happy reading!

IDLAN: HIS WIFE [C] Where stories live. Discover now