Idlan hanya diam dan fokus memandu sepanjang diperjalanan. Suasana dalam kereta hanya ditemani dengan bunyi radio yang dipasang.
Iman disebelah menikmati pemandangan waktu malam di luar kereta. Nak bersuara tapi takut Idlan tak selesa. Mereka pun baru malam ini berkenal lebih rapat jadi dia pun turut diam.
Tiba di perkarangan rumah, Iman cepat-cepat membuka tali pinggang kaledar sebelum keluar namun ditahan oleh Idlan
"Wait..." Iman toleh ke kiri dengan muka bingung
"I'm sorry sebab diam ja dari tadi."
"Takpa, saya faham" balas Iman dengan senyuman.
"Thank you Iman sudi temankan saya malam ni dan maaf sangat atas kejadian tadi harap awak tak ambil hati" sambung Idlan lagi dibalas gelengan oleh Iman.
"Saya okay, tak ambil hati pun, awak jangan risau lagipun saya enjoy juga tadi sebab first time pergi majlis mewah"
Idlan senyum lalu Iman keluar dari kereta miliknya. Dia turut keluar menghantar Iman sampai ke depan pintu.
Selesai berpamitan dengan ibu Iman yang membuka pintu, Idlan meneruskan pemanduan pulang ke rumahnya.
_________
"Assalamualaikum" salam diberi sebelum masuk ke dalam rumah. Idlan memilih untuk balik ke rumah atoknya memandangkan esok hujung minggu boleh lah dia meluangkan masa sekaligus menenangkan fikiran bersama keluarganya.Serabut otak bila memikirkan kejadian tadi.
"Abang Mad! Awalnya balik? Macam mana okay kan? Abang hantar Iman sampai rumah kan? Abang tak buat apa-apa yang menyakitkan kawan Qai kan?" bertubi-tubi soalan dilontarkan tepat dimuka Idlan.
"Salam pun tak jawab lepastu soal abang macam takda hari esok" Kecil besar kecil besar saja dia melihat adiknya ini. Nasib ada sorang ja adik.
"Hehe waalaikumsalam, hah cepatlah jawab" Tak puas hati selagi Idlan tidak berkongsi cerita dengannya.
"Okay ja. Kawan Qai tu pun senang nak bawa cakap so tak awkward sangat. Abang suka..."
"Suka apa hah?!"
Menyedari dia hampir memuji Iman lebih-lebih di hadapan Qaisara, Idlan segera menukar topik "Qai buat apa dekat bawah ni? Bukan selalu terperap dalam bilik waktu macam ni?"
Qaisara buat muka curiga. Tangan diletakkan di dagu. Gaya macam detektif sedang menyiasat sang pelaku. Tak boleh jadi ni! Abang dia selalunya tak cepat mesra dengan perempuan.
Itulah Qaisara menunggu dengan penuh kesabaran sejak tadi kerana risau dia telah meletakkan Iman di posisi yang salah. Abang dia ni baik tapi kadang tak boleh percaya sangat dengan sikap dingin dia tu. Kang nanti Iman terasa ke apa kan naya...
"Fine, Qai percaya tapi kalau Iman mengadu benda tak elok siap abang eh" ugut nya pula. Haih Qaisara kenapa comel sangat perangai ni. Tak padan dengan umur.
"Sudah lah abang nak naik atas rehat" Idlan berlalu meninggalkan Qaisara berdiri di depan pintu keseorangan. Pandai lah dia kunci pintu sendiri nanti.
Qaisara mencebik lalu menyambung semula menonton drama korea yang tergendala tadi.
Biasa dia akan maraton drama korea di dalam biliknya ketika cuti tapi gara-gara menunggu kepulangan abangnya maka dia maraton drama di ruang tamu rumah.
TBC
Happy reading. Terima kasih yang sudi membaca cerita ntah apa-apa ini. I really appreciate it.
YOU ARE READING
IDLAN: HIS WIFE [C]
Romance1st story in His series [RE-EDIT] Setelah percintaan yang dijalin bertahun lamanya musnah, Amad Idlan tidak lagi mempercayai kata cinta dan makhluk yang bernama perempuan. Baginya semua perempuan sama sahaja. Namun permintaan dari atok yang menjaga...