Selesai membersihkan diri, Iman duduk di hadapan meja solek di bilik tersebut. Habis saja majlis tadi dia terus naik ke bilik mereka. Kata Idlan biarlah mereka bermalam satu malam di hotel ini.
Tapi keluar dari bilik mandi tadi tak nampak pula batang hidung suaminya.
'Mungkin ada dekat bawah kot' katanya dalam hati. Iman jungkit bahu lalu sambung mengeringkan rambutnya dengan tuala.
Teringat akan surat pemberian Idlan tadi, Iman pun mulai membuka surat tersebut dan dibaca bait-bait yang tertulis
Hi wife,
You made the happiest man alive when you agree to marrying me. Terima kasih kasih Iman sebab sudi terima abang jadi suami.
Iman, abang tak reti nak cakap depan-depan dengan Iman so abang tulis surat cinta ni untuk isteri abang. Sweet kan suami Iman?
Iman tergelak membaca ayat dari suaminya. Suami saya memang sweet dan romantik! Bacaan diteruskan
Mungkin cara kita dipertemukan tidak begitu indah macam orang lain, but I want you to know that I love you wife. Abang sendiri tak pasti sejak bila hati abang jadi milik Iman hahaha cliche betul abang ni
Ariningsun, if forever doest exist, please let it be you...
-Suami Iman Dahlia
Surat pemberian Idlan dibaca kali kedua. Iman macam tak percaya yang suami dia sekarang dah jatuh cinta dengan dirinya.
Walaupun cara mereka dijodohkan lain dari yang lain, Iman sangat menghargai usaha Idlan selama ini.
Tanpa dia sedari airmata mengalir di pipi. Haih semua salah encik suami siapa suruh mengayat isteri dengan penuh romantik kan dah cair hati seorang isteri.
Pintu bilik yang dibuka membuatkan Iman berpaling. Idlan yang baru masuk pelik melihat muka isterinya yang merah seperti baru lepas menangis.
Segala beg kertas di tangan diletakkan di atas meja yang terdapat di sudut bilik. Iman yang melihatnya dengan airmata yang masih mengalir dipipi didekati. Idlan jatuhkan duduk di depan isterinya
"Kenapa ni? Abang ada buat salah apa sampai Iman nangis macam ni" pipi sang isteri dipegang dengan kedua tapak tangan. Risau dia melihat Iman begini.
"Abang Iman nak cakap juga..." wajah Idlan dipandang.
"Iman pun cintakan abang"
Tahulah Idlan yang isterinya pasti telah membaca surat luahan isi hatinya. Malu pula tiba-tiba aduhaii
Idlan senyum lalu dicium dahi isterinya lama. Ingatkan kenapalah sampai nangis tadi
"Abang...I don't know if I can fix your broken heart but you can take mine because it's already yours" ujar Iman lalu bersembunyi di dada suaminya.
Malu! Idlan lainlah tak malu sebab dia guna surat luahkan isi hatinya. Tak aci sungguh Idlan ni.
"I will love you till the end of time. Thank you wife" balas Idlan pula.
Iman angkat wajah dari dada bidang suaminya "tapi abang apa maksud ariningsun? Iman tak faham"
Idlan ketawa dengan pertanyaan Iman "Ariningsun means adindaku dalam bahasa klasik"
"Oh...macam mana abang tahu?"
"Kita ada banyak masa lagi untuk saling kenal. Abang akan cerita nanti tapi sekarang jom makan abang ada beli makanan tadi. Your favorite food!"
Iman bangkit mengikuti langkah suaminya. Sempat pula suami dia cari makanan jam begini.
"Mana abang tahu Iman suka makanan dari cafe ni?" Tanya Iman dengan penuh penasaran. Siapa tak pelik sekarang dah nak jam dua belas tengah malam.
Makanan Idlan beli memang semua kegemarannya siap ada cheese cake lagi! dua slice pula tu.
Sudahlah tadi dia tak lalu nak makan. Penat melayan tetamu yang datang. Perut pun tak lalu nak makan asyik senyum saja.
"Apa guna ada adik kalau tak berfungsi kan? Ni semua abang suruh Qaisara beli tadi awal lagi lepastu suruh dia letak dekat dapur hotel ni. Senang abang dah panaskan tadi semua"
Semudah itu bagi Idlan. Nasib juga mood adik dia baik tadi.
Iman geleng kepala. Dia dah boleh bayangkan muka Qaisara yang pasti nak meletup bila kena suruh-suruh tapi Iman tahu dengan Idlan tak beraninya Qaisara buat hal.
Teringat Iman yang sahabatnya itu pernah berkata 'Abang pun ada seorang saja mestilah aku hormat dan sayang'
"Our first date as husband and wife" ujar Idlan sambil tertawa.
Iman turut ketawa mendengar kata-kata suaminya. Rare betul first date dorang ni!
Malam itu mereka menjamu selera sambil bercerita. Kata suaminya sesi untuk mengenal diri masing-masing.
TBC
Happy reading! Maaf atas segala typo dan kesalahan grammar dalam ayat english ><
YOU ARE READING
IDLAN: HIS WIFE [C]
Romance1st story in His series [RE-EDIT] Setelah percintaan yang dijalin bertahun lamanya musnah, Amad Idlan tidak lagi mempercayai kata cinta dan makhluk yang bernama perempuan. Baginya semua perempuan sama sahaja. Namun permintaan dari atok yang menjaga...