BAB 23

1.3K 64 1
                                    

Bunyi alarm dari telefon miliknya mengganggu lena seorang Iman yang sedang nyenyak tidur.

Sangat jarang Iman tidur lepas subuh tapi disebabkan hari ini cuti maka semalaman dia menonton drama korea sehingga pagi. Dah subuh baru tidur. Telekung pun tak buka lagi Iman ni..

Dengan telekung yang masih di badan Iman turun ke dapur. Lemah saja langkahnya nampak sangat masih mamai sampai tak perasan tunang sendiri yang duduk di meja makan

"Ibu masak apa pagi ni? Iman lapar..." sapa Iman lalu bersandar pada belakang badan Puan Fatimah. Saja nak bermanja tak lama lagi jadi isteri orang lepasni bermanja dengan suami pula. Iman tersenyum sendiri.

Pagi-pagi dah angau Iman ni.

Puan Fatimah berpusing ke belakang "Ya allah Iman, kalau iya pun buka lah dulu telekung tu. Kamu tak malu ke?"

"Kenapa nak malu bukannya ada orang pun"

Puan Fatimah geleng kepala. Sah anak dia lupa temu janji mereka hari ini dengan wedding planner. Idlan yang duduk dari tadi senyum melihat gelagat ibu dan anak itu. Iman pun satu dia punya besar dekat sini pun tak perasan.

Iman pelik dengan reaksi ibunya lalu dia berpaling barulah Iman perasan kewujudan Idlan.

"Selamat pagi?" ucap Idlan menahan tawanya melihat muka cik tunang yang macam nampak hantu

Iman apalagi terus lari pecut naik ke atas semula. Dalam hati dah membebel diri sendiri sebab lupa ingatan tentang janjinya hari ini.

"Idlan pun satu tak cakap pula nak datang awal pagi" Telekung dibuka lalu tudung sarung dipakai. Ditilik seketika pakaiannya. Okay kemas!

Iman turun semula melihat Idlan menikmati sarapannya bersama Puan Fatimah.

"Hah turun pun ingatkan tak nak turun dah" usik Puan Fatimah membuatkan Iman tunduk malu. Kerusi disebelah ibunya diduduki olehnya.

Puan Fatimah berlalu ke dapur meninggalkan mereka berdua.

"Makan lah, kata lapar tadi" pelawa Idlan melihat Iman yang masih teragak-agak nak makan. Idlan simpul senyum. Suka tengok tunang dia malu macam ni. Nampak comel!

"Semalam awak tengok drama korea sampai pagi kan?" Idlan bersuara lagi. Dia dah kenyang sekarang nak usik orang cantik depan dia ni pula. Haha.

"Mana awak tahu?" Iman kerut dahi. Rahsia dia dah bocor...

"Hmm sama ja dengan Qaisara" balas Idlan mengundang tawa Iman. Nampak sangat Idlan pun dah lali dengan hobi Qaisara yang suka drama korea sama macam dia.

"Lepas kita pergi fitting baju kawin nanti kita terus cari cincin nikah boleh? Saya risau nanti saya sibuk takda masa nak teman awak" ujar Idlan meminta pendapat dari Iman.

Perkawinan itu melibatkan dua orang jadi dia perlu bertanya juga pendapat Iman. Idlan faham bukan dia sorang saja yang sibuk kerana Iman juga bekerja. Jadi mereka perlu cari masa yang sesuai untuk persiapan majlis mereka.

"Boleh ja. Apa kata kita cari barang hantaran juga hari ni" cadang Iman pula.

Idlan angguk setuju "Kalau macam tu lepas makan ni kita gerak"

"Okay, saya nak bersiap jap"

"Tak payah bersiaplah pakai tudung sarung pun dah cantik" puji Idlan

Iman buat tak dengar walaupun dalam hati dah berdebar. Piring makanan mereka tadi dibawa ke dapur dan dicuci lalu dia bergerak naik ke atas.

Tak boleh lama-lama dekat bawah perut dia dipenuhi rama-rama dah ni. Haih hati jangan macam ni bisiknya lalu bersiap dengan cantik!













TBC
Happy reading! Terima kasih yang sudi baca >< Maaf atas segala typo yang ada.

IDLAN: HIS WIFE [C] Where stories live. Discover now