BAB 31

1.4K 63 3
                                    

Venice, Italy

Tangan Iman dipegang dengan erat. Takut hilang isteri dia yang comel dan pendek ni. Sudahlah tinggi Iman hanya paras dadanya sahaja.

Destinasi pertama mereka dituju iaitu kedai gelato. Kata Iman tak lengkap honeymoon mereka kalau tak rasa aiskrim gelato di Itali! Idlan pun turuti sahaja permintaan isteri tercinta.

Idlan memilih gelato perisa strawberi untuk Iman dan perisa matcha untuknya. Selesai membayar dibawa Iman duduk di meja yang berada di tepi dinding kaca dan sedikit tersembunyi.

"Bismillahirahmanirrahim..." doa dibaca lalu Iman menikmati gelato miliknya.

"Abang..." seru Iman kepada Idlan. Tangannya masih sibuk menyuap aiskrim ke dalam mulut, gelato milik Idlan turut dirasa.

"Kenapa sayang?" Tisu dihulur kepada isterinya, namun Iman mendekatkan wajahnya kepada Idlan minta dibersihkan kesan comot dibibir. Saja nak bermanja dengan suami. Gedik kau Iman!

"Abang, are you matcha?" Tanya Iman sambil tersenyum. Idlan blur seketika dengan pertanyaan isterinya. Dah kenapa dengan isteri aku ni?

"Because I could only imagine matcha depan bersamamu" Iman tertawa sendiri dengan pickup line nya yang tak berapa nak romantik. Bolehlah asalkan mencuba haha.

Idlan yang dapat tangkap maksud pickup line tersebut ikut ketawa juga.
Haih, ada saja helah isterinya ini membuat dia terhibur.

"Sejak bila pandai buat ayat macam ni?"

"Sejak tahu yang suami kita ni pandai berpuisi. Kita pun nak juga ngorat suami kita dengan ayat-ayat romantis"

Idlan senyum mendengar kata-kata tersebut "Sayang tak payah nak ngorat abang. I'm already yours"

Iman tersenyum gedik. Cairlah tu...

"Lepasni jom naik gondola pula abang!" ajak Iman penuh semangat. Idlan angguk kepala tanda setuju. Akan dia turuti semua kemahuan isterinya sepanjang mereka di sini.









____________

Gondola mereka naiki mengelilingi perairan Venice. Waktu petang yang redup menghidupkan lagi suasana romantik berbulan madu bagi pasangan tersebut.

Sengaja Idlan memilih waktu hampir senja agar mereka boleh melihat sunset di atas gondola sambil menikmati pemandangan Venice.

Iman disebelah khusyuk mengambil gambar sambil sekali sekala mengajak Idlan foto berdua.

Iman menjengah kebawah melihat air, dilihatnya banyak juga gondola lain yang sedang membawa penumpang.

"Abang sini takde ikan ke?"

"Tak tahu. Kenapa, sayang nak tengok ikan ke? Nanti kita pergi tengok" balas Idlan serius. Tertawa Iman melihat ekspresi muka Idlan.

"Iman tanya je lah" Kepala disandar dibahu suaminya. Matahari mula melabuhkan tirainya. Langit mula berubah warna kejinggaan.

Idlan paut bahu isterinya agar lebih selesa bersandar padanya.

"Abang, ikan apa yang berhenti sementara?" Tanya Iman. Idlan mengerutkan alisnya. Tak habis lagi dengan ikan tadi rupanya.

"Ikan pause. Budak tadika pun tahu jawab" balas Idlan tertawa kecil. Dicuit kejap hidung mancung isterinya.

Iman turut tertawa lalu bertanya lagi "Kalau ikan yang tak berhenti? Hah cuba jawab!"

"Hmmm...ikan mati?"

"Salah! jawapannya ialah  Ikan't stop loving you" jawab Iman dengan senyumannya.

Idlan terkena lagi. Pandai pula isteri dia ni buat pickup line. Dilabuhkan ciuman didahi sang isteri.

Bahagia. Itu yang Idlan rasakan. Setiap saat Idlan mengucap syukur kerana dikurniakan isteri seperti Iman. Semoga hubungan mereka kekal selamanya.

Allah makes everything beautiful in His time kata Idlan dalam hati.

















TBC
Happy reading!

IDLAN: HIS WIFE [C] Where stories live. Discover now