BAB 3

1.6K 76 1
                                    

Idlan yang berdiri di depan pintu rawatan menempatkan atoknya menarik nafas dalam-dalam sebelum membuka pintu.

Dia terus bergegas balik ke Malaysia semalam setelah mendapat mesej dari adiknya Qaisara dan kini dia melihat dengan mata kepala sendiri sekujur tubuh yang terbaring di atas katil hospital.

"Abang Mad dah lama sampai?" tanya Qaisara bila menyedari kehadiran Idlan.

"Dari airport abang terus ke sini" jawab Idlan berdiri di sebelah katil atoknya.

Melihat keadaan atoknya yang dipasangkan bantuan alat pernafasan membuat hati Idlan penuh dengan penyesalan.

"Macam mana atok boleh masuk hospital?" Tanya Idlan dengan suara datar.

"Atok pengsan dekat office, nasib baik waktu tu PA atok jumpa dia dan terus bawa ke hospital"

Mendengar penjelasan Qaisara semakin menambahkan rasa bersalah di dalam diri Idlan. Jika saja dia tidak meninggalkan tanggungjawabnya sebagai pewaris Que Holding pasti atoknya masih sihat sekarang.

"Qaisara nak cakap sikit" Idlan melihat wajah adiknya. Rasa tidak senang takut jika ada berita lain yang belum dia ketahui.

"Kita bincang dekat luar biar atok rehat dekat sini" Sambung Qaisara lagi lalu melangkah ke luar dari bilik.

Idlan mengikuti langkah adiknya. Mereka duduk di kerusi kosong di luar bilik rawatan.

Qaisara meletakkan kepala di bahu abangnya "Doktor kata atok stress jantung dia tak okay..." Airmata yang ditahan dari tadi akhirnya tumpah. Qaisara takut selama ini atok mereka menjaga dia dan Idlan.

Kejadian yang menimpa atok mereka membuat Qaisara tidak tenang. Dia belum bersedia untuk kehilangan orang tersayang.

"Abang minta maaf" Idlan mengusap kepala adik kesayangannya.

"Kalau abang tak buat hal tinggalkan office macam tu ja mesti semua ni takkan jadi"

"Qaisara pun minta maaf sebab tak jaga atok dengan baik" air mata dilap dengan tisu di tangan. Buat malu ja kalau crush nampak kita nangis! Sempat ya Qaisara...

"Lepasni abang akan balik uruskan syarikat" Tekad Idlan.

Qaisara senyum.

Gembira melihat Idlan yang semakin bahagia dan tidak seperti Idlan tiga bulan yang lalu.











TBC
Happy reading! Maaf atas segala typo yang ada. Walaupun bab ini agak mengarut dan cliche terima kasih yang sudi baca!

IDLAN: HIS WIFE [C] Where stories live. Discover now