BAB 27

1.5K 62 0
                                    

"Assalamualaikum" salam diberi oleh Idlan sebelum masuk ke dalam rumah. Beg bagasi isterinya yang dibawa dari rumah mertuanya tadi diletakkan di hujung tangga.

Idlan dan isterinya telah bermalam dua hari di rumah keluarga Iman maka hari ini pula tiba giliran di rumah Idlan.

Bukan rumah Idlan sangat sebenarnya tapi lebih kepada rumah atoknya kerana selepas ini Idlan akan membawa Iman tinggal di rumah miliknya.

Dilihatnya Mak Jah yang muncul dari bahagian dapur.

"Sampai pun pengantin baru ni" usik Mak Jah.

Iman menyambut tangan Mak Jah lalu disalam lalu bertanya "Sunyi je rumah ni, Qaisara mana?"

"Keluar tadi nak jumpa kawan katanya"

"Atok mana Mak Jah?" tanya Idlan pula. Tujuan balik sini pun sebab risaukan atok dia tu.

"Macam biasalah Dato ada dekat belakang sibuk dengan bunga dia tu" ujar Mak Jah kepada Idlan. Rajin sungguh majikannya itu menjaga tanamannya. Kalau boleh tak nak orang lain sentuh sikit pun segala hasil tanamannya.

"Kalau macam tu takpelah Mak Jah" balas Idlan lalu naik ke biliknya. Dibawa sekali bagasi isterinya tadi. Boleh tahan berat juga. Tak tahu apa bini dia letak dalam beg ni.

Dah dipesan tak payah bawa barang banyak sangat tapi...dah nama pun perempuan kalau boleh nak angkut satu rumah pindah. Kata Iman barangnya yang lain akan diambil kemudian.

Mak Jah meminta izin untuk menyambung kerjanya di dapur sementara suami isteri tersebut naik berehat.

"Ni bilik abang?"

"Eh taklah bilik jiran sebelah" jawab Idlan sengaja mengusik isterinya.

"Tak lawaklah abang" balas Iman. Kuat mengusik juga rupanya suami aku ni. Iman sengaja bertanya kerana bilik Idlan kelihatan sangat kemas dengan hiasan minimalis. Kalah bilik bujang dia dekat rumah tu!

Idlan ketawa melihat wajah isterinya yang kelihatan marah itu. Sebab tu suka usik! Idlan suka tengok muka isteri dia yang macam tu

Tangan Iman ditarik lembut lalu dibawa berbaring di atas katilnya. Iman apalagi gelabah terus haha

"A...abang lepas. Jom kita turun nak? Kita boleh tolong atok dekat bawah" Dengan sedaya upaya dia melepaskan lengan Idlan yang melilit pinggangnya. Apalah sangat tenaga dia nak dibandingkan dengan tenaga suaminya itu.

"Tak nak! Abang nak claim upah sebab penat drive tadi" Sedaya upaya Idlan menahan tawanya dari terlepas melihat muka merah isterinya. Nasib Iman lah dapat suami kuat mengusik ni.

"Tapikan siang lagi ni. Abang dah janji akan tunggu Iman sedia dulu" Balas Iman dengan perlahan. Suara pun macam nak tak nak saja keluar. Tak berani nak tengok muka suami sendiri. Malu malu!

Kali ini Idlan ketawa dengan kuat mendengar balasan isterinya. Alahai polosnya isteri aku ni. Melihat Idlan yang sengaja mengenakan dirinya Iman mencubit perut suaminya. Rasakan!

"Aduh sayang sakitlah" Terlerai pelukan dipinggang sang isteri. Nampak je kecil tapi tangan isterinya yang mencubit boleh tahan sakit.

"Bergurau lagi macam tu!" Iman bangkit dari baringnya lalu berdiri

Dengan sisa tawanya tadi Idlan memeluk Iman "Abang gurau je sayang" Pipi Iman dicium sekilas.

"Tapi abang serius nak claim upah" Kali ini bibir merah isterinya dicium. Iman pasrah. Suami siapa ni kuat sangat goda isteri dia

"Okay jom turun!" Ajak Idlan selamba. Dia buat tak tahu Iman yang malu dengannya

"Abang ni kan..."

"Abang apa? Hmmm?"

Iman diam tak tahu nak balas apa. Idlan senyum lalu berkata "Abang akan pastikan sayang lupa dengan Lee Min Ho sayang lepas ni"

Iman ketawa lalu mengikuti langkah suaminya turun ke bawah mencari keberadaan Dato Hisyam

Sempat dia berbisik di telinga sang suami "Jangan risau sebab Iman pandang abang sorang je lepas ni"

Dicuit hidung mancung isterinya itu. Comel! Kalau dia tahu kawin sebahagia ini dari dulu lagi dia kawin.

Tiba di belakang rumah, kelihatan Dato Hisyam yang berehat di kerusi sambil mengipas-ngipas mukanya.
Idlan bersuara "Kan Idlan dah pesan atok kena banyak rehat"

"Atok masih kuatlah, lagipun tak sabar atok nak tengok semua bunga ni tumbuh mekar dengan cantik" balas Dato Hisyam kepada cucunya. Hasil tanamannya mula menampakkan hasil tu yang dia gembira. Idlan dan Iman duduk di kerusi kosong yang terdapat di situ.

"Kamu berdua dah bincang nak honeymoon ke mana nanti?" tanya Dato Hisyam pula.

"Tunggu Iman ada cuti panjang sikit" balas Idlan bagi pihak isterinya. Dia memang dah rancang nak bulan madu ke mana tapi cuti isterinya tak panjang. Kata Iman kena tunggu lepas acara sukan sekolahnya habis barulah Iman akan minta cuti lama sikit.

"Baguslah kalau macam tu" Perbualan mereka terhenti apabila Mak Jah menjemput mereka masuk untuk makan tengahari. Iman terus berdiri masuk lalu membantu Mak Jah apa yang patut. Sudahlah tadi dia tak turun awal tolong, semua salah Idlan!

Idlan pula membantu Dato Hisyam mengemaskan barang-barang yang digunakan oleh atoknya tadi. Dato Hisyam disuruh masuk terlebih dahulu membersihkan diri.

"Haih, atok aku ni dah dilarang jangan buat kerja berat tapi tetap juga tak didengarnya kita" bebel Idlan sendirian sambil menyimpan segala peralatan di satu sudut di ruang tersebut. Selesai menyusun, Idlan pun masuk semula ke dalam rumah.






















TBC
Happy reading!

IDLAN: HIS WIFE [C] Where stories live. Discover now