BAB 20

1.4K 64 2
                                    

Iman menilik cincin tunang yang tersemat elok di jarinya.

Cantik! Puji Iman dalam hati.

Tak sangka dia dah jadi tunangan orang.

Alhamdulillah majlis tunangnya dan Idlan berjalan lancar hari ini. Hanya keluarga terdekat dari kedua belah pihak yang hadir.

Tiga bulan dari tarikh yang telah ditetapkan dia akan jadi isteri orang pula.

Tangan dibawah ke dada lalu Iman pejam mata. Siapa tak gembira kan bila dapat kawin dengan lelaki idaman.

Iman ukir senyuman bahagia. Dia tekad akan cuba memikat hati bakal suami!

Deringan dari telefon bimbitnya mematikan angan-angan Iman yang sudah setinggi langit. Dia bangun mengambil telefon di atas meja soleknya.

Iman kerut dahi melihat nombor yang tidak dikenali terpapar di skrin. Butang hijau ditekan lalu kedengaran suara garau yang sangat dikenali olehnya.

Siapa lagi kalau bukan cik tunang!

"Hello Iman. Maaf ganggu just nak bagitau ni nombor saya" terang Idlan disebalik talian

"Eh tak, tak ganggu pun" Hari ni tunang baru masing-masing bertukar nombor.

Itupun Idlan minta nombor Iman dari Qaisara tadi. Sempat juga Idlan mendengar bebelan Qaisara yang mengata dia tak romantik kerana nombor tunang sendiri tak ambil tahu.

Idlan buat tak dengar saja dengan bebelan Qaisara. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri hah begitulah.

"Jangan tak save pula, nombor bakal suami ni" Iman ketawa mendengar kata-kata Idlan.

"Okay"

"Okay"

Jeda.

Dua-dua tak tahu nak cakap apa namun talian masih berjalan.

"Selamat malam Iman, esok dah mula mengajar balik kan? Apa-apa you can call or text me" pesan Idlan cuba menghalau suasana sepi seketika tadi.

Idlan ukir senyum disebalik talian. Tahu sangat perangai Iman yang pemalu kadang memang tak boleh bawa bincang.

"Haa okay awak. Good night too" balas Iman lalu talian dimatikan. Iman tekup muka.

Malu! Haih Iman lepasni Idlan tu akan jadi suami. Cuba rileks sikit.

Iman dan gelabah berpisah tiada!













TBC
Happy reading!

IDLAN: HIS WIFE [C] Where stories live. Discover now