Ting!
Bunyi mesej yang masuk membuatkan Iman berhenti dari bacaannya. Khusyuk betul bila baca novel!
Iman melihat ada dua mesej baru dari sahabatnya.
'Qaisaraa'
-Selamat pagi jantung hati ku nak minta tolong boleh tak? Teman aku pergi satu tempat ni please please please
-Kalau kau free bagitau aku send location okay!
-Okay share location nnt jumpa kat sana
-Love u!
Iman terus bangun untuk bersiap. Nasib tak kerja hari ni! getusnya dalam hati. Kini Iman tidak lagi bekerja di hotel sebagai penyambut tetamu.
Dia telah berhenti dan menjadi penanam anggur yang berjaya di rumah! Dalam erti kata lain sudah tiga bulan Iman menganggur. Lagi pula dia hanya pekerja separuh masa waktu itu. Saja mengisi masa lapang sambil mencari pengalaman.
_____________________
Iman yang tiba di lokasi yang dijanjikan berasa pelik. "Qaisara nak buat apa dekat bangunan apartment mewah ni?"
Walaupun Iman rasa pelik dengan permintaan sahabatnya dia tetap menaiki lif menuju ke tingkat apartment yang diberitahu oleh Qaisara.
Iman mencari rumah yang bernombor 203 lalu menekan loceng. Gila kaya rumah apartment pun ada loceng bagai!
Muncul sahabatnya dari balik pintu lalu menarik tangan Iman untuk cepat-cepat masuk ke dalam rumah.
"Kita nak buat apa dekat sini? Ni rumah siapa? rumah baru kau eh?" Soal Iman bertalu-talu kepada Qaisara. Dah macam polis pencen pula Iman ni.
"Hish tak lah ni rumah abang aku" Qaisara membuka peti ais lalu menuang susu soya jenama f&n warna biru ke dalam gelas lalu diberikan kepada Iman.
Iman menyambut huluran tersebut lalu mereka duduk di sofa yang terdapat di ruang tengah. "Dah tu kenapa kau nak aku datang sini?"
Qaisara berdehem "Abang aku sebenarnya..."
Iman mengerutkan dahi "Sebenarnya? sebenarnya apa?"
"Dia nak minta aku tolong kemas rumah dia ni hehe sebab tu aku minta tolong kau hari ni" Terang Qaisara sambil tersengih-sengih.
Iman melihat keadaan sekelilingnya dan baru menyedari rumah tersebut agak berselerak. Tak perasan pula masuk tadi katanya dalam hati.
Iman pun membantu sahabatnya membersihkan rumah tersebut. Ketika sedang menyusun buku yang ada di sebuah rak mini pandangan Iman jatuh pada sebuah gambar yang diletakkan di atasnya.
Iman memegang frame gambar itu lalu terkejut kerana dia mengenali sosok wajah tersebut!.
Dia yakin lelaki di dalam gambar tersebut adalah kawan kepada Tengku Daniel anak bekas majikannya ketika bekerja di hotel dulu.
Iman melihat Qaisara yang menyusun bantal kecil di sofa bertanya "Err Qai ni abang kau ke?"
Qaisara berpaling lalu mengangguk mengiyakan pertanyaannya. Iman tahu sahabatnya mempunyai abang tapi tak tahu pula lelaki yang dekat hotel tu abang Qaisara kerana Qaisara sendiri jarang membuka cerita tentang kewujudan abangnya.
"Dia tu memang jarang balik Malaysia sebab tu aku tak pernah bawa kau jumpa abang aku" Terang Qaisara kepadanya. Iman hanya senyum lalu menyambung kerjanya.
TBC
Maaf atas segala typo yang ada. Happy reading!
YOU ARE READING
IDLAN: HIS WIFE [C]
Romance1st story in His series [RE-EDIT] Setelah percintaan yang dijalin bertahun lamanya musnah, Amad Idlan tidak lagi mempercayai kata cinta dan makhluk yang bernama perempuan. Baginya semua perempuan sama sahaja. Namun permintaan dari atok yang menjaga...