Iman bangkit dari baringannya. Dielus perutnya perlahan. Iman rasa sakit dan tidak selesa. Jam menunjukkan jam sebelas malam.
Dilihat Idlan yang nyenyak tidur disebelah. Terbit rasa kasihan dalam diri Iman. Mesti Idlan penat melayan perangai manjanya selama mengandung. Namun tidak pernah sekali pun Iman melihat Idlan mengeluh. Emosi pula mak buyung ni.
Telefon diambil lalu aplikasi mobile legend dibuka. Volume dikecilkan agar tidak mengganggu Idlan yang sedang tidur. Iman cuba mengalihkan rasa sakitnya dengan bermain game.
Nampaknya, rasa sakit yang dirasai semakin kencang. Iman mengerutkan dahi menahan sakit. Dilihat seluar tidurnya juga sudah basah. Tak boleh jadi ni air ketuban dah pecah.
Bahu Idlan di tepuk-tepuk oleh Iman.
"Abang...abang bangunlah" Kali ini bahu Idlan ditampar dengan kuat. Bini tengah sakit nyenyak pula kau tidur ya Idlan.
Idlan masih belum berganjak dari tidurnya. Iman menarik nafas dalam-dalam lalu dengan kuat dia berteriak "Abang bangunlah! Anak abang nak keluar ni"
Siap dengan pakej tarik rambut suami dia Iman berteriak. Dia tak kisah dah, yang penting perut dia sakit sangat sekarang ni.
Idlan terus duduk dari baringannya sambil memegang rambutnya yang ditarik. Sakit wo bini dia tarik. Tak pasal-pasal jadi botak.
"Kenapa sayang?"
"Abang, perut Iman sakit" Mengalir juga airmatanya yang ditahan dari tadi.
Idlan apalagi kalut dia berdiri dan diangkat isterinya turun ke bawah. Tak lupa juga tudung sarung diletak elok di kepala isterinya. Aurat isteri kena jaga.
Nasib baik juga semua barang-barang persediaan telah lengkap diletakkan di dalam kereta.
Tiba di garaj, Idlan berhenti. Kunci kereta mana? Masa ni juga dia lupa bawa turun kunci kereta. Iman diturunkan lalu Idlan berlari semula naik ke atas mengambil kunci keretanya. Telefon turut diambil. Senang nak telefon mertua dia kejap lagi.
Sepantas kilat Idlan datang semula. Iman dipapah masuk ke dalam kereta. Belum sempat dia menutup pintu kereta, lengannya ditahan oleh Iman.
"Abang kenapa tak pakai baju? Abang nak tunjuk dekat siapa badan abang?! Tahulah badan elok tak payahlah show off" Tu dia sempat lagi Iman membebel.
Idlan tunduk melihat dirinya yang hanya mengenakan kain pelikat. Dia bukan tak pakai baju ketika tidur tapi sejak akhir-akhir ni, Iman tak nak tidur dengan penghawa dingin. Terpaksalah hanya kipas yang dihidupkan dalam bilik mereka. Idlan rasa panas dan kurang selesa bila tengah malam tapi demi isteri tak apa!
Idlan naik semula ke atas. Tidak sampai lima minit Idlan datang lagi dan memulakan pemanduan ke hospital.
Iman disebelah melihat pelik ke arah suaminya. Sah! mesti Idlan terlampau panik sampai tak perasan pakai baju kelawar miliknya.
Aduh, suami...
__________
Kejap Idlan bergerak ke kiri, kejap pula dia bergerak ke kanan. Dah macam orang berkawad. Doktor yang merawat Iman berkata, isterinya sudah sedia untuk melahirkan. Bukaan serviks dah sampai 8cm.
Nafas dihela perlahan. Idlan risau tapi dia percaya yang Iman pasti kuat.
Tak lama kemudian, Puan Fatimah dan Tuan Ihsan tiba. Di samping mereka juga ada Qaisara turut hadir. Sempat juga Idlan menghubungi keluarganya tadi.
"Idlan, macam mana dengan Iman?" Tanya Puan Fatimah dengan lembut. Kesian tengok menantu dia yang nampak serabut.
Anak pertama lah katakan. Rasa nervous itu pasti ada. Setiap pasangan suami isteri pasti akan mengalaminya.
"Doktor kata bukaan dah lapan meter...lepastu Iman kena sorong ke bilik bersalin tadi"
Qaisara ketawa sambil menutup mulutnya. Tuan Ihsan juga sudah tersenyum-senyum menahan diri daripada meletuskan tawa.
Gelabah sangat nampaknya Idlan ni sampaikan cakap bukaan lapan meter.
Bahu Idlan ditarik duduk oleh Puan Fatimah. Sebelum Idlan semakin melalut cakap benda bukan-bukan lebih baik ditenangkan. Tak pasal-pasal jadi bahan jenaka sampai tujuh keturunan. Belum lagi kes Idlan bawa bini dia ke hospital dengan baju kelawar dan kain pelikat.
"Idlan cuba bertenang. Ibu yakin semuanya pasti akan okay"
"Iyalah abang cuba rileks sikit. Iman pasti boleh dekat dalam tu. Ni apa melalut sampai cakap bukaan serviks lapan meter. Dahlah pakai baju kelawar bini dia" usik Qaisara dengan sisa tawanya.
Bukan selalu boleh tengok abang dia macam ni. Best juga! Boleh cerita dekat bakal anak buah dia nanti haha!
Idlan yang sedar diusik oleh adiknya terus melihat penampilannya. Patutlah nurse dengan doktor tadi macam nak ketawa tengok diri dia. Idlan pun tak tahu macam mana dia boleh tersalah ambil baju. Panik sungguh.
Hampir tiga jam berlalu, akhirnya doktor keluar dari bilik kecemasan menempatkan Iman.
Idlan drastik berdiri mendekati doktor wanita tersebut.
"Isteri dan anak saya baik-baik je kan doktor?"
"Tahniah encik! Isteri encik selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Sekarang nurse tengah bersihkan ibu dan bayi. Lepas kena pindah ke wad biasa baru keluarga boleh melawat" terang doktor itu kepada Idlan lalu berlalu pergi.
Rasa syukur tak lepas dari bibir Idlan. Dia dah jadi babah dan Iman jadi mama!
Puan Fatimah dan Tuan Ihsan turut mengucapkan tahniah. Begitu juga dengan Qaisara.
Semakin bertambah ahli keluarga mereka lepasni.
TBC
Happy reading! Maaf atas segala kewujudan typo dalam penulisan saya ><
YOU ARE READING
IDLAN: HIS WIFE [C]
Romance1st story in His series [RE-EDIT] Setelah percintaan yang dijalin bertahun lamanya musnah, Amad Idlan tidak lagi mempercayai kata cinta dan makhluk yang bernama perempuan. Baginya semua perempuan sama sahaja. Namun permintaan dari atok yang menjaga...