Prolog

2.7K 46 24
                                    

Mia atau nama sebenarnya Raja Ghamiya Sophia salah seorang pelajar menengah atas yang bersekolah di sebuah private school iaitu Taylor's International High School. Pemilik nama Raja Ghamiya Sophia adalah seorang gadis yang berperwatakkan ceria, ramah dan tidak sombong. Sikapnya yang suka merendah diri membuatkan orang sekelilingnya merasa selesa bersahabat dengannya.  Walaupun dia anak orang kaya yang berketurunan kerabat, tapi penampilannya tidaklah seperti gadis lain yang suka berfesyen dan bergaya. Senang cerita pemakaian tersangatlah 'old school' ataupun kolot.

Pak!

Serta merta lamunan Mia terhenti. Bahu Mia turut terhenjut sama apabila sahabat baiknya itu menepuk lengannya dan mengambil tempat duduk disebelahnya. Mia membetulkan cermin mata ala-ala Harry Potternya itu. Tangannya sempat menggosok bahagian yang sedikit pedih akibat tamparan manja kawan baiknya yang bernama Dori itu. Haa! Bukan Dory dalam cerita finding nemo tu ya. Tapi Dorian!

Hahahah....tak tak gurau-gurau! Actually nama sebenar Dori ialah Dorina Syanella. Dia merupakan sahabat karib Mia sejak dari pra sekolah lagi hinggalah peringkat menengah tinggi ini.

"Ish kau ni! Sakit tau tak! Kalau berdarah tadi, aku report dekat abang aku baru padan muka kau!" Getus Mia tak puas hati. Dori ketawa lepas. Alaa, dia tepuk guna tangan sikit je pun, sampai nak berdarah tu apa cer? Lainlah kalau tangannya itu macam duri kaktus.

"Report aa kalau berani. Karang tak pasal-pasal kau yang aku report dekat abang Qay yang kau suka di---brrpp" Laju saja Mia menekup mulut Dori dari terus menyambung kata-katanya. Mia pandang kiri kanan. Nasib baik kedudukan dia dan Dori jauh dari pelajar lain yang turut menyaksikan latihan bola sepak itu.

Mia menjeling tajam ke arah Dori yang tersengih tak bersalah. "Lain kali nak cakap tu pakai mikrofon, bagi semua orang dengar suara buruk kau tu buat announcements! Jahatlah kau ni!" Mia cebik bibir dengan tangannya dilipatkan ke dada. Matanya difokuskan semula ke tengah padang. Senyuman Mia mulai terukir apabila bebola matanya dapat menangkap satu susuk tubuh seseorang yang mengenakan jersi merah putih bernombor 9 yang sedang menggelecek bola dari pihak lawannya.

"Aduhh! Handsomenya~"

Dori geleng kepala melihat perbuatan Mia yang sambung semula berangan. Matanya tidak berkedip langsung memerhatikan jejaka yang merupakan crush 'landing on you' nya itu.

"Tak bosan ke hari-hari tengok mamat tu main bola?" Tanya Dori ingin tahu. Mia geleng dengan senyuman miangnya. Euwww!

Hampir setiap hari selepas tamat kelas Mia akan mengajak Dori melepak di stadium sekolahnya itu sambil menyaksikan abang-abang senior membuat latihan sukan bola sepak untuk persediaan pertandingan mereka kelak.

"Tapi Mia, dia tu kan dah ada girlfriend. Kau tak cemburu ke?" Mia toleh ke arah Dori dengan wajahnya yang tiba-tiba berubah keruh.

"Tipulah kalau aku cakap tak jealous. Tapi nak buat macam mana, dah tu pilihan dia. Lagipun baru girlfriend boyfriend, bukan husband and wife, so rilex ar!" Balas Mia mudah. Jatuh kasihan Dori melihat sahabat baiknya itu yang hanya mampu pendam perasaan sejak dulu lagi.

"Kau nak aku tolong bagitahu dia yang kau suka dia tak?" Laju saja Mia menggeleng.

"Kau gila ke apa?! Kalau dia reject aku macam mana? Buat malu keturunan aje! Lagipun dia tak pandanglah perempuan macam aku ni. Aku ni sedar diri. Tak lawa, buruk. Lelaki gila je yang nak pandang aku..hmmm" Tutur Mia semakin perlahan di hujung ayatnya itu.

"Belum cuba belum tahu lagi. Mana tahu dia terima kau sebab kau adik kepada kawan baik dia, takkanlah dia berani tolak kau, betul tak?" Tambah Dori lagi yang masih berusaha memberikan kata-kata semangat buat Mia.

"Tu namanya tak ikhlas! Soal hati dan perasaan ni bukan perkara yang boleh dipaksa-paksa. Tak berkat hubungan kau tahu tak?!" Dori buat muka menyampah. Mula dah si Mia ni nak buka kuliah cintan cintunnya itu.

"Yelah! Apa-apa je lah. Bukan aku yang tersakiti, tapi kau. Eh! Dahlah.. Jom kita pergi kantin nak tak? Aku lapar lah.." Rengek Dori sambil menggosok perutnya yang sejak tadi mendendangkan lagu zapin.

"Nanti kau sambung usha abang Qay kau tu lagi ya. Pleaseeee, jomlah teman aku makan..jomlah..jomlah" Dori tidak putus asa memujuk Mia sambil menarik lengan kecil itu. Mia melepaskan keluhan.

"Yalah! Jom. Tapi dengan syarat, kau kena belanja aku. Harini aku nak makan banyak!" Pinta Mia dengan keningnya dijongketkan beberapa kali.

"Kau hari-hari pun makan banyak. Apapun, onzzzz!"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Qayyum & Ghamiya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Take five!"

Arah salah seorang jurulatih kepada para pasukannya. Lima orang jejaka yang menjadi perhatian para pelajar lain mulai mengatur langkah ke arah pondok untuk minum air dan berehat seketika setelah berpenat lelah mengejar bola kesana kemari.

"Qay?" Panggil satu suara. Qayyum menoleh ke arah suara tersebut sebelum senyuman terlorek di wajah kacaknya. Qayyum bangkit dan berlalu ke arah wanita itu.

"Hai sayang. Tak balik lagi ke?" Tanya Qayyum dengan nada yang paling lembut dan gemersik kalbu itu. Mana-mana perempuan yang mendengar alunan suara itu confirm seratus peratus akan cair dengan lelaki yang bernama Tengku Qayyum Qadir itu.

"Tunggu dear. Ingat nak balik sama-sama, boleh tak?" Qayyum menggerling sekilas jam tangan di pergelangan tangannya. Rasanya hari ini dia dan yang lain akan lewat pulang kerana lusa pasukan bolanya akan mulai bertanding dengan beberapa buah sekolah luar.

"I'm so sorry sayang. Hari ni tak boleh. Dear dan kawan-kawan yang lain masih praktis. Sayang balik dulu k? Next time kita balik sama ya?" Wanita itu mengangguk dalam keterpaksaan.

"Okey dear. Kalau macam tu sayang balik dulu. Jumpa esok dear. Love you." Gadis itu melambaikan tangan ke arah Qayyum sambil buat gaya flying kiss. Shoo shweetttttt......

"I love you too sayang" balas Qayyum dengan mata kirinya dikenyitkan. Fuh! Selesai satu masalah.

Telefon bimbit yang berada dalam beg sandangnya dicapai dan nombor telefon seseorang dihubungi olehnya.

"Hey baby, what are you doing?"

"Okey, I habis latihan pukul 5 petang. Tunggu I dekat gate, nanti I jemput you dekat sana okey baby. Love you. Mmmmuuarhhhh!" Qayyum menamatkan panggilannya dengan senyuman nakalnya.

Jeritan kapten pasukan memanggil masuk semua ahlinya mematikan lamunan Qayyum. Qayyum dan kawan-kawannya yang lain berlari masuk padang semula dan mengambil posisi masing-masing.

 Qayyum dan kawan-kawannya yang lain berlari masuk padang semula dan mengambil posisi masing-masing

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
My Love, Dr.Ghamiya Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang