"Siapa tu?"
Tiada sahutan...
Dengan perasan gementar dan takut, Mia memberanikan diri melangkah menghampiri pintu. Telinganya ditekap pada pintu terlebih dahulu cuba mengintai jika ada suara yang memanggil namanya. Tetapi tiada!
Mia menoleh ke arah pasu bunga yang menjadi hiasan ruangan bilik itu dan dicapainya.
Mia sudah bersedia mengangkat tinggi pasu bunga tersebut hingga paras bahu. Dalam kepala Mia, jika ada orang jahat yang tiba-tiba muncul di depan pintu ni, tiada jalan lain lagi selain melemparkan pasu bunga itu meskipun terlihat sayang untuk dijadikan senjata.
Ktakk!
Mia membuka kunci pintu dan terus menarik tombol pintu itu sehingga terbuka luas sebelum matanya dikerdipkan beberapa kali!
Tangannya yang memegang erat pasu bunga serta merta disembunyikan di belakang badannya.
"Cik Mia?"
Tegur satu suara lembut.
Mia angguk dengan sengihan lebar. Rambut yang mengurai ke depan diselit ke belakang telinga.
"Errr, ya saya. Ma-makcik ni siapa?" Tanya Mia tergagap. Nasib baik dia sempat menahan tangannya dari melemparkan pasu bunga itu. Sia-sia je kepala orang tua di depannya itu benjol. Benjol je takpa, kalau arwah? Nak tak nak, meringkuklah dia dalam penjara jawabnya!
"Nama makcik Jenab. Boleh panggil Mak Nab je. Makcik ni orang gaji kat rumah Tengku. Tadi Tengku ada call makcik minta makcik datang sini temankan Cik Mia, katanya Cik Mia tak sihat dan minta makcik bawakan ubat." Mak Nab menyerahkan dua beg kertas. Satu bersaiz kecil dan satu lagi bersaiz besar.
Mia kerut dahi. Bila masa pula dia sakit? Walau bagaimanapun Mia tetap menyambut huluran Mak Jenab itu tanpa banyak soal.
"Nah. Dalam ni ada ubat yang Cik Mia perlukan. Yang ni pula pakaian untuk Cik Mia. Maaflah kalau Mak Nab dah ganggu rehat Cik Mia." Kata wanita yang berusia lingkungan 60an itu sambil tertunduk.
Mia menyentuh bahu Mak Jenab dengan kepalanya digelengkan. "Tak payah minta maaf. Mak Nab tak salah apapun. Sepatutnya Mia yang minta maaf sebab dah susahkan Mak Nab."
"Ermmm...Takpalah, Mak Nab pergilah tidur. Dah lewat dah ni. Terima kasih ya untuk barang-barang ni semua." Ucap Mia sopan.
"Oh ya Mak Nab. Tengku belum balik lagi ke?" Mak Jenab berpaling semula menghadap Mia.
"Rasanya belum lagi Cik Mia. Kenapa? Cik Mia perlukan apa-apa ke?" Mia geleng. Senyuman tipis dihadiahkan buat wanita tua itu dan menutup semula pintu kamar tidur tanpa dikunci.
Mia merebahkan badannya di atas katil. Terasa lenguh tulang benulangnya. Sebelum Mia terlelap, dia sempat mengirimkan pesanan ringkas kepada Inara mengatakan dia tidak pulang ke rumah kerana ada hal kecemasan di hospital. Bagi Mia, cukuplah hanya dia dan Qayyum saja yang tahu tentang hal ini.
Mia akhirnya terlelap ditemani air matanya yang masih mengalir deras apabila terkenangkan kejadian ngeri yang berlaku pada malam itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Qayyum & Ghamiya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Tap! Tap! Tap!
Derapan kasut yang semakin lama semakin hampir dengan tempat persembunyian Mia menambahkan kegusaran hati wanita itu.
"Sophia? Awak kat mana Sophia?"
Mia menekup mulutnya daripada mengeluarkan sebarang bunyi. Peluhnya yang menitis sehingga terkena matanya diabaikan! Mia mengerekot disebalik dinding konkrit yang agak tersembunyi dari pandangan Thompson.
KAMU SEDANG MEMBACA
My Love, Dr.Ghamiya
Romance***3rd story*** Status: on going Tengku Qayyum Qadir X Raja Ghamiya Sophia Kalau nak lebih faham jalan cerita, author sarankan pembaca semua baca cerita first dulu iaitu My Soul Cassandra dan kedua My Dear Lily. Tapi nak baca yang ni dulu pun, okey...