Mia berlalu ke bilik tidur sambil membawa mug di tangan. Tekaknya yang terasa dahaga membuatkan dia terbangun dari lelapnya.
Ting Tong!
Kaki Mia berhenti melangkah. Dahinya berkerut sambil menoleh ke belakang.
"Siapa pula yang datang rumah aku malam-malam buta ni? Abang Qay ke? Eh jap! Bukan dia takda kat sini ke? Habis tu siapa pula ni?"
Gulp!
Liurnya diteguk. Bayangan filem-filem seram yang pernah ditontonnya sebelum ini mulai belayar di mindanya. Dengan perasaan gugup, Mia memberanikan diri mengatur langkah ke pintu utama apabila tiada tanda-tanda loceng pintu itu berhenti daripada terus menjerit.
"Bismillahirrahmanirrahim."
Ktakkk!
"Laa, abang ke. Nak apa?" Mia menghela nafas lega setelah melihat wajah abangnya yang muncul di situ. Ingatkan momok mana yang main loceng malam-malam buta macam ni.
"Kau siap sekarang! Lepas tu ikut aku! Cepat sikit!" Hampir jatuh rahangnya mendengar arahan Ghazi yang tiba-tiba itu.
Datang tak dijemput, lepas tu senang-senang nak keluarkan arahan. Ingat ni kem askar ke apa?
Asal ada masalah je cari dia, asal cari dia je mesti ada masalah. Ke dekat dahi dia ni ada tertulis 'Doktor Pakar Motivasi Membantu Menyelesaikan Masalah Anda' tak?
"Woi! Aku suruh cepat kan! Yang kau termenung lagi kat sini mengalahkan tiang letrik pehal?!" Tempik Ghazi geram. Ada adik pun lembab, kutuk Ghazi dalam hati.
"Apa 'woi woi woi'?! Orang ada nama lah! Sabar ar sikit. Mana orang nak touch up dulu, nak sanggul rambut bagi cantik, pakai dress lawa-lawa---"
"Tengkorak kau! Aku bukan nak ajak kau pergi dinner! Tak payah nak belawa sangat! Aku cakap cepat tu cepatlah!! Kita takda masa dah ni! Bawa purse dan phone kau dah la!" Hambur Ghazi yang semakin hilang sabar melayan karenah Mia yang sambil lewa.
"Yelah! Kejap aa." Mia mencapai kunci rumahnya dan berlalu keluar bersama Ghazi dengan baju tidur satinnya yang masih tersarung.
"Abang ni membebel macam mak nenek arr! Ni, abang nak bawa adik pergi mana? Tahu tak adik penat? Esok adik kerja tau. Abang senanglah, lewat masuk kerja pun takda yang marah. Kalau adik buat macam tu silap haribulan boleh masuk rekod disiplin. Tak pun kena potong gaji." Leternya sepanjang perjalanan ke destinasi yang Mia sendiri tidak tahu ke mana.
Ghazi tidak membalas dan hanya buat pekak.
"Abang, kita nak kemana ni? Jauh lagi ke? Adik ngantuk ni. Adik tidur dulu eh?" Mia menekup mulutnya yang terbuka luas. Masuk ni dah kali yang kesepuluh dia menguap. Matanya juga semakin lama semakin layu dan akhirnya dia tertidur di dalam pacuan empat roda milik abangnya.
Ghazi jeling sekilas ke arah Mia. Kepala adiknya yang terlentok ke kiri dan kanan ditarik bersandar pada bahunya. Jatuh kasihan dia melihat keadaan adiknya sebegitu.
Marah-marah pun, sayang juga Ghazi pada Mia.
"Mia, bangun Mia. Kita dah sampai ni."
Matanya perlahan dicelikkan melawan silau yang memancar terus ke wajahnya. "Kat mana pula ni? Syurga ke?" Gumam Mia separa sedar.
Tatkala kelopak matanya terbuka luas, Mia memerhatikan sekeliling. Eh! Macam kenal je tempat ni.
"Ni rumah Nara kan? Kita buat apa kat sini?" Soal Mia pelik. Bangun je dari lena, sampai pula kat rumah orang.
"Kita masuk dulu, cari Nara." Mia angguk.
"Assalamualai----" Belum sempat menghabiskan salam, pintu terlebih dahulu ditolak dari dalam sehingga terbuka luas. Tanpa amaran, tubuhnya didakap kemas oleh seseorang.
KAMU SEDANG MEMBACA
My Love, Dr.Ghamiya
Romance***3rd story*** Status: on going Tengku Qayyum Qadir X Raja Ghamiya Sophia Kalau nak lebih faham jalan cerita, author sarankan pembaca semua baca cerita first dulu iaitu My Soul Cassandra dan kedua My Dear Lily. Tapi nak baca yang ni dulu pun, okey...