Mia berlenggang keluar dari bangunan hospital bersama Reen disebelah kanannya. Berborak sampai tak ingat dunia. Maklumlah, lama bercuti. Rindu nak dengar gelak tawa masing-masing.
"Eh, Tengku dah sampai tu. Saya balik dulu ya doc. Bye, jumpa lagi." Lambai Reen dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya.
"Hai sayang."
"Hai abang. Lama ke abang dah tunggu Mia? Sorry tau sebab dah susahkan abang kena jemput Mia pula." Ujar Mia perlahan.
Baru hari pertama. Belum lagi untuk hari-hari yang seterusnya. Sampai bila Qayyum nak hantar dan jemput dia balik kerja macam ni? Tahulah Qayyum tu sayang sangat kat dia, tapi takkan lah sanggup nak seksa diri sampai macam ni sekali. Kalau sakit nanti siapa yang susah? Hmmm....
"Sayang?"
"Hah?"
"Menung apa tu,hm? Dari tadi abang cakap dengan sayang, boleh pula ayang abang ni mengelamun? Fikirkan siapa tu? Teringat lelaki lain ke?!" Soal Qayyum dengan nada cemburu.
Qayyum kemudian menghidupkan enjin keretanya dan berlalu dari kawasan hospital itu.
"Mia fikirkan abang."
"Kenapa pula fikirkan abang? Abang ada buat salah ke?" Qayyum menyoal.
"Tak, abang tak buat salah apa pun. Cuma... Mia rasa bersalah sebab buat abang macam ni. Kesian abang penat ulang alik hantar Mia, ambik Mia balik kerja, lepas tu hantar balik rumah papa yang boleh tahan jauhnya tu. Tak sampai hati tau Mia nak susahkan abang sampai macam ni sekali." Luah Mia jujur. Tengok muka Qayyum pun dia dah tahu. Pasti lelaki itu letih menguruskan banyak benda.
"Habis tu? Apa yang perlu abang buat? Biarkan Mia drive sorang-sorang, lepas tu jadi macam kejadian hari tu? Itu ke yang Mia nak? Yes! Hari tu memang Mia bernasib baik, sebab terselamat dari kemalangan. Tapi esok lusa macam mana pula? Mia yakin ke boleh selamat? Kalau ada apa-apa jadi dekat Mia, ingat abang boleh tenang ke?" Mia menundukkan wajah apabila mendengar leteren Qayyum yang serupa dengan dialog Tengku Hanisah.
Setelah Tengku Hanisah mengetahui hal yang sebenar tentang dua orang anaknya itu, hampir saja beliau pitam. Serasa gelap dunianya bila dia dapati dua orang anaknya, lelaki dan perempuannya hilang dalam hutan. Hilang satu hal, lepas tu kemalangan sampai kereta meletup pula satu hal. Mujurlah dia mengetahui perkara tersebut setelah dua beradik itu selamat kembali ke rumah. Jika tidak, confirm Tengku Hanisah ni dah selamat terbaring di unit rawatan rapi.
"Ta-tapi, orang tu dah takda lagi kan..A-abang janganlah risau---"
"Giler tak risau! Macam mana Mia tahu orang tu dah takda? Mia kenal ke siapa yang hantar surat ugutan kat hospital masa tu? Tahu ke siapa yang buatkan Mia sampai kemalangan tempoh hari? Tahu?!" Perlahan Mia geleng.
"See? Mia sendiri pun tak tahu siapa, macam mana Mia boleh cakap orang tu dah takda?" Kepalanya digelengkan. Sabar Qay, bawa mengucap. Tahu je lah perangai Mia ni macam mana, degil!
"Kalau sayang nak tahu, orang tu masih lagi berkeliaran, berlegar-legar cari sayang. Berdiri, dekat dengan sayang. Cuma sayang je yang tak nampak, tak kenal siapa orang tu. Sebab tu lah abang buat semua ni untuk langkah berjaga-jaga. Abang tak nak kehilangan sayang. Cukuplah kejadian hari tu buat hidup abang haru! Pasal abang, sayang tak payah risau sangat. Abang tahu macam mana nak urus masa." Jelas Qayyum berjela berharap Mia faham akan situasi tidak selamat ketika ini.
Setelah mendapat maklumat daripada Rogy tentang kehadiran seorang lelaki misteri siang tadi, Qayyum semakin tidak sedap hati. Pasti esok lusa lelaki itu akan memunculkan dirinya semula di depan Mia.
KAMU SEDANG MEMBACA
My Love, Dr.Ghamiya
Romance***3rd story*** Status: on going Tengku Qayyum Qadir X Raja Ghamiya Sophia Kalau nak lebih faham jalan cerita, author sarankan pembaca semua baca cerita first dulu iaitu My Soul Cassandra dan kedua My Dear Lily. Tapi nak baca yang ni dulu pun, okey...