Qayyum menurunkan cermin keretanya untuk memudahkan rutin kebiasaannya apabila memandu iaitu merokok.
Jarinya mengetuk steering mengikut rentak lagu yang diputarkan di radio.
Rancak! Semuanya lagu-lagu rock lama.
Seketika kemudian, Qayyum menghentikan perbuatannya apabila terdengar telefon bimbitnya berdering menandakan ada panggilan masuk.
"Pehal pula minah ni call aku memalam buta?" Gumam Qayyum pada diri sendiri.
Earpod yang sememangnya melekap di telinganya ditekan.
"Ada apa?" Tanpa salam Qayyum menyoal malas.
"Tolong Farrah abang!
************
Wajahnya ditundukkan diatas meja dengan beralaskan kedua belah lengan kekarnya. Serabut memikirkan masalah yang dihadapinya, Qayyum mengambil keputusan untuk melarikan diri dan bersembunyi di R mansion tanpa pengetahuan kawan-kawannya yang lain.
Suasana yang pada mulanya hanya diterangi cahaya lilin mulai terang benderang apabila seluruh lampu diruangan luas itu dinyalakan.
"Haaa! Sini pun kau. Penat kita orang cari." Tegur Adzim lantas menarik kerusi di sebelah Qayyum. Bahu lelaki itu ditepuk dua kali.
Qayyum hanya membisu tanpa sebarang kata. Kepalanya masih ditundukkan.
"Apa yang dah jadi ni Qay?" Soal Aryan yang sudah mengambil tempat berhadapan dengan Qayyum dan Adzim.
"Kalau kau ada masalah kau citer kat kita orang. Jangan senyap je macam ni. Apa-apa hal kita settle sama-sama. Tu gunanya kawan." Tambah Eiyad yang berada di sebelah Aryan sambil menunggu respon daripada Qayyum.
Setelah mendapat khabar tentang apa yang berlaku kepada Qayyum dan Mia daripada Ghazi, mereka bertiga tanpa membuang masa terus mencari keberadaan lelaki itu untuk bertanya kejadian sebenar.
"Aku tak tahu macam mana nak mulakan. Dan kalau aku bagitahu pun bukan korang nak percaya aku. Yelah, aku ni kan jahat! Lelaki tak guna! Kaki perempuan! Penipu! Memang semua ni salah aku! Dah takda apa yang aku nak jelaskan lagi!"
Aryan, Adzim dan Eiyad berpandangan antara satu sama lain mendengar rintihan Qayyum yang benar-benar lemah ketika ini.
"Kau janganlah cakap macam tu. Kalau kau jahat, kita orang ni pun sama jahat. Yalah, kita ni kan dah macam kembar. Kembar tak seiras sebab mak bapak lain-lain." Gurauan daripada Adzim berjaya membuatkan Qayyum angkat muka dan tersenyum kelat sambil menahan pedih pada rahangnya yang hampir tercabut.
Alangkah terkejutnya reaksi masing-masing setelah melihat wajah Qayyum yang dah tak serupa orang. Dengan luka yang masih berdarah, lebam seluruh wajah. Rambut tak usah cakaplah. Serabai yang amat.
"Mak aiii! Dah kenapa pula dengan muka kau ni? Siapa yang tibai kau sampai jadi macam ni? Mia ke?" Soal Adzim bertubi-tubi.
Tangannya mulai bergerak dan membelek wajah yang dahulunya tampan tapi kini....hmmm...nak cakap pun rasa serba salah.
"Aku. Aku yang buat."
Aryan geleng kepala mendengar pengakuan seseorang yang baru tiba disitu. Dah agak dah mamat ni yang buat Qayyum sampai hancur muka si kawan.
Mendengar suara Ghazi. Qayyum sekali lagi membatukan diri.
Takut? Tidak sama sekali. Cuma Qayyum merasakan dirinya tidak layak untuk berdepan dengan Ghazi dan seluruh ahli keluarga lelaki itu.
"Aku minta maaf pasal siang tadi." Kini, giliran Ghazi menarik kerusi di sebelah kiri Qayyum. Tangannya naik menyentuh belakang lelaki itu sebagai tanda maaf.
KAMU SEDANG MEMBACA
My Love, Dr.Ghamiya
Romance***3rd story*** Status: on going Tengku Qayyum Qadir X Raja Ghamiya Sophia Kalau nak lebih faham jalan cerita, author sarankan pembaca semua baca cerita first dulu iaitu My Soul Cassandra dan kedua My Dear Lily. Tapi nak baca yang ni dulu pun, okey...