Bab 17

687 42 68
                                    

Selesai sarapan bersama, Qayyum kembali berbaring di sofa dan sambung semula tidurnya yang tergendala. Mia yang baru saja selesai membantu Mak Jenab mengemaskan dapur menjenguk ke ruang tamu.

Langkahnya diatur mendekati Qayyum.

"Pemalaslah abang ni! Asyik tidur je! Cubalah semangat sikit!" Gumam Mia perlahan menyangka Qayyum tidak mendengar omelannya.

"Abang mengantuk sayang. Semalam ada orang tu mengigau sampai tak nak lepaskan abang. Last-last abang juga yang kena berjaga!" Balas Qayyum dengan matanya yang masih terpejam. Hanya bibirnya yang bergerak membalas fitnahan yang dilemparkan oleh Mia.

"Mengigau? Siapa? Mak Nab ke?" Tanya Mia dengan wajah polosnya.

Mak Jenab yang kebetulan lalu di ruang tamu sambil membawa baldi dan mop itu terus angkat muka apabila namanya diseru oleh seseorang.

'Cik Mia yang mengigau, Mak Nab pula yang kena. Bertuah punya budak!' Getus Mak Jenab dalam hati dengan kepalanya digelengkan beberapa kali.

"Bukan Mak Nab lah yang. Tapi anak perempuan auntie Nisa. Dahlah Mia! Pergi main jauh-jauh! Jangan kacau abang. Abang ngantuk sangat ni. Tak larat nak jawab soalan sayang lagi. Shuhhh shuhhh!" Halau Qayyum dan seketika kemudian, terdengar dengkuran kecil menandakan jejaka itu selamat tiba di bulan.

"Abang 'shuhhh' kan Mia?!! Sampai hati! Eee, dasar kepala buaya betullah abang ni!" Mia berlalu dengan kakinya dihentak-hentak gaya anak kecil merajuk tidak mendapat mainan.

Mia merebahkan badannya di atas katil sambil mengenangkan kata-kata Qayyum tadi.

"Anak auntie Nisa? Siapa tu? Hmmmm..." Dagunya diketuk gaya berfikir.

"Auntie Nisa? Setahu aku dalam rumah ni cuma ada dia, Mak Nab, aku----" Bicara Mia terhenti. Matanya membulat sebesar bola golf setelah dia dapat mengagak pemilik nama 'auntie Nisa' itu.

"Nisa...Nisa...Hanisah--"

"Hah! Ha...ni...sah. Hanisah kan mama. Jadi, kalau anak perempuan Hanisah, aku lah kan. Takkan abang Ghaz kot. Abang Ghaz tu lelaki. Ya Allah! Aku ke yang mengigau semalam?!!!" Setelah jenuh berfikir, Mia serta merta angkat dari perbaringannya dan duduk bersila di atas katil. Matanya dipejamkan rapat cuba mengingati apa yang berlaku malam tadi.

"Lepas mandi, Mak Nab bagi baju, baring, tertidur..." Berkerut dahi Mia apabila bayangan Thompson yang menindihnya semalam muncul semula.

Eeeuww!

"Lepas tu abang Qay muncul selamatkan Mia dan....O....M....G!" Mia menekup mulutnya!

'Semalam ada orang tu mengigau sampai tak nak lepaskan abang.' Kini Mia ingat sepenuhnya apa yang terjadi!

"Astagfirullahalzim! Apa aku dah buat ni?!" Wajahnya diraup kasar dan tunduk memandang badan sendiri. Sudahlah pakaiannya semalam bukan main seksi! Terasa berbahang muka Mia tika ini mengingat semula kejadian yang berlaku antara dia dan Qayyum yang tersangatlah intim dan romantik sampai tak ingat dunia! Ni kalau abang Ghaz serta kedua ibu bapanya tahu apa yang dia dah buat, tujuh hari tujuh malam dia kena leter dan piat telinga! Mampus! Harap-haraplah Qayyum tak buka mulut tentang hal memalukan ini.

Mia termenung seketika! Entah apalah yang Qayyum fikir tentang dia. Mesti Qayyum ingat dia sengaja nak ambil kesempatan ke atas lelaki itu.

"Ahhh! Tidak!!!"

Mukanya disembam pada bantal! Malu bukan kepalang. Kalau boleh nak saja Mia menyorok dalam almari pakaian tak keluar-keluar selama setahun. Macam mana dia hendak berdepan dengan Qayyum selepas ni? Pasti lelaki itu akan sering mengusiknya tentang kejadian semalam. Ish!

My Love, Dr.Ghamiya Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang