Bab 26

534 39 88
                                    

Tengku Ariyana menyisip perlahan teh chamomile panas yang disediakan oleh pembantu rumahnya sambil menikmati langit malam yang dipenuhi bintang germelapan.

"Indahnya suasana malam ni kan bonda."

Tuanku Zaharina yang duduk bersantai disebelahnya mengangguk setuju. Gazebo buaian yang ditempati dua beranak itu digerakkan perlahan.

"Bonda, Yana nak tanya sesuatu boleh?" Tuanku Zaharina menoleh sekilas ke arah menantu sulungnya itu.

"Apa dia?"

"Yana pelik, kenapa bonda bahasakan diri bonda 'Tok Wan' masa jumpa Sophia? Setahu Yana, semua cucu bonda panggil bonda 'nenda'. Panggilan 'Tok Wan' tu dah macam kita ni duduk kat kampung pula." Soal Tengku Ariyana disertakan tawa nipis.

"Masa mula-mula aku kenal dia dulu, dia ingat aku ni tinggal kat rumah orang-orang tua. Kamu tahu tak Yana, ada ke patut orang tua berkedut macam aku ni dipanggilnya makcik. Muda benor aku ni dimata dia. Tu pasal aku minta dia panggil aku 'Tok Wan'. Dah itu je ada dalam kepala aku masa tu. Karang kalau aku suruh dia panggil 'nenda', tak ke pelik budak tu nengok aku. Dengan muka aku yang serabai, baju aku yang tak seberapa nak orang, lepas tu nak ber'nenda' bagai. Tak sesuai langsung." Jelas Tuanku Zaharina panjang lebar.

"Betul juga tu. Erm... Bonda rasa, dia tahu ke kita ni siapa?" Tuanku Zaharina menggeleng. Hanya Tengku Hanisah saja yang mengenali mereka. Itupun setelah diberitahu semasa mereka bertandang ke rumah keluarga tersebut tempoh hari.

"Hanisah kenal kita tapi dia tak kenal anak kamu. Maklumlah Qayyum tu, jarang munculkan diri. Bukan setakat jarang, memang tak pernah langsung. Entah macam manalah anak kamu tu nak gantikan bapaknya nanti. Sudahlah satu-satunya pewaris lelaki dalam keluarga kita, tak kahwin-kahwin lagi satu hal! Heyy! Risau aku dibuatnya. Kalau dapat dengan perempuan baik macam Sophia tak apa lah juga." Tuanku Zaharina melepaskan keluhan berat.

Benar apa yang dikatakan oleh Tuanku Zaharina. Tiada siapa yang mengetahui kewujudan Tengku Qayyum sebagai pewaris takhta Sultan Qasharman Qashaff Mahmood Al_Haj dan semuanya atas permintaan lelaki itu sendiri yang tidak mahu identitinya didedahkan kepada umum.

"Tapi kan bonda, bonda ingat tak Qay cakap yang dia cuma pilih 'Mia'. Mia tu siapa bonda? Bonda kenal ke? Tak pernah pula Yana tahu dia ada girlfriend sebelum ni." Tengku Ariyana buat gaya berfikir. Rasanya dia tak silap dengar bila anak lelakinya itu mengatakan bahawa dirinya hanya mahukan wanita bernama 'Mia'.

"Eh! Eh! Anak kamu, aku pula yang ditanya! Manalah aku tahu Mia tu siapa." Cantas Tuanku Zaharina laju. Dia sendiri juga bingung mendengar kata-kata Qayyum mengenai wanita yang bernama 'Mia' itu. Anak siapa entah dia sendiri pun tak kenal.

"Hurmmm, nampak gayanya melepaslah kita nak bermenantukan anak Raja Ghazali tu ye bonda..." Keluh Tengku Ariyana perlahan tanpa sedar insan ditepinya sedang menjeling tajam ke arahnya!

Ni lah gaya orang muda zaman sekarang. Cepat sangat mengalah. Desis hati tuanya.

"Kamu ni, cepat sangat putus asa." Cebik Tuanku Zaharina.

"Apa maksud bonda? Bukan bonda cakap tak nak paksa Sophia ke kalau Sophia tak nak?" Wajah bondanya dipandang penuh minat. Agak-agak bondanya itu ada plan sesuatu tak?

"Aku tak cakap pun aku nak paksa Sophia. Lagipun Phia tu anak perempuan, anak orang bukan anak kita. Takkanlah anak perempuan pula yang terhegeh-hegeh nak cari timba. Buat malu kaum namanya. Memandangkan anak kamu tu berjantina lelaki, kita paksalah dia kenal-kenal dulu dengan Phia. Minta dia mulakan dulu mengurat si Phia tu. Alaa, Phia tu baru je couple dengan boyfriend dia. Bila-bila masa je boleh putus." Tengku Ariyana mengangguk setuju mendengar pendapat dan cadangan bonda mertuanya itu.

My Love, Dr.Ghamiya Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang