Bab 24

543 44 34
                                    

Seorang jejaka melangkah masuk ke ruang makan yang agak luas dan dihadiri oleh ahli keluarga besarnya. Kini, semua pasang mata yang berada disitu tertumpu ke arahnya.

"Assalamualaikum nenda. Sorry lambat. Jalan jammed." Ucap Jejaka itu sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Tuanku Zaharina menepuk bahu cucunya menandakan 'tidak apa-apa'.

Lelaki tersebut kemudiannya mengambil tempat duduk disebelah ayahandanya sebelum tangan tua itu dicapai untuk disalam dan dikucup.

"Memandangkan semua dah ada ni, kita makan dulu ya." Semua mengangguk setuju.

Tuanku Zaharina tidak lepas menjeling cucu lelaki tunggalnya itu sambil tersenyum sipu.

'Dah kenapa pula nenda aku ni?' Bisik jejaka tersebut dalam hati.

"Ya nenda, ada apa-apa nak share ke?" Laju saja Tuanku Zaharina mengangguk. Sudu dan garfu serentak diletakkan di sebelah pinggannya.

Sang jejaka tertawa kecil melihat telatah Tuanku Zaharina yang kelihatan happy semacam.

"Ehemm..." Kotak suaranya diatur terlebih dahulu sebelum memulakan ceritanya.

"Semalam, masa nenda melawat ke rumah kebajikan orang-orang tua milik arwah atuk kamu, nenda terjumpa seorang perempuan ni. Cantik, manis, ayu, sopan je orangnya. Dan yang paling penting, masih belum berpunya."

Terjongket kening kirinya mendengar ayat terakhir nendanya. Apa kaitan dengan mereka semua jika perempuan itu belum berpunya.

"Nenda ingat, nenda berkenan nak jadikan dia menantu dalam keluarga ni." Sambung Tuanku Zaharina lagi. Serentak itu semua pasang mata beralih ke arahnya.

"Untuk siapa bonda? Rasanya semua anak-anak lelaki bonda dah selamat mendirikan rumah tangga." Ujar Tengku Raffiq Mukhtar Mahmood Al-Haj yang merupakan anak lelaki kedua Tuanku Zaharina.

"Ada ke aku cakap untuk anak aku?" Bidas Tuanku Zaharina dengan wajah bengangnya. Orang tak habis cakap dia dah mencelah!

Semua terdiam dan menunggu kata-kata Tuanku Zaharina yang seterusnya.

"Nenda ingat nak jadikan dia CUCU MENANTU dalam keluarga ni." Perkataan 'cucu menantu' ditekan. Kalau dah namanya 'cucu menantu', tak lain dan tak bukan, pasti untuk cucu lelaki tunggalnya.

Kini semua pasang mata beralih ke arah sang jejaka yang duduk berhadapan dengan Tuanku Zaharina. Suapan nasi ke dalam mulutnya turut terhenti.

Liur diteguk terasa kesat. Dah kenapa pula dia yang terlibat dalam hal-hal jodoh ni.

"Me?"  Telunjuknya di arahkan kepada diri sendiri. Tuanku Zaharina angguk bersama senyuman lebar.

Keluhan dilepaskan. "Tapi nenda---"

"Takda tapi-tapi. Nenda nak kamu terima pilihan nenda tu. Lagipun nenda yakin, sekali kamu dah jumpa dia pasti angau dua puluh empat jam. Macam nenda lah, dari semalam sampai sekarang asyik terbayang muka lawa budak tu. Dahlah lemah lembut, peramah, pendek kata memang sesuailah dengan kamu."

"Nenda kenal dia pun tak sampai dua puluh empat jam, lepas tu nak jodohkan perempuan mana tah---"

"Sophia. Nama dia SO-PHI-A." Sebut Tuanku Zaharina satu persatu membetulkan panggilan tersebut.

Badannya disandarkan. Putus selera makannya setelah mendengar khabar sebegitu. Tak kisahlah siapapun nama perempuan tersebut, yang pasti dia tidak mahu! Titik!

"Bonda... Biarlah dia buat keputusan sendiri. Soal jodoh ni bukan perkara yang boleh dibuat main bonda. Sophia tu sendiri, entah-entah dah ada pilihan sendiri. Mana kita tahu." Giliran Sultan Qasharman Qashaff Mahmood Al-Haj bersuara membantah cadangan daripada bondanya.

My Love, Dr.Ghamiya Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang