Selesai saja menjalankan tugasnya di dewan bedah, Mia bergegas kembali ke ruangan kerjanya dan keluar semula naik ke tingkat atas dimana terletaknya wad yang menempatkan Inara.
'Dr. Sophia, tadi saya dapat info dari misi Jenny. Katanya kawan baik doc...aaa, apa nama dia eh? Aaahhh! Dr. Inara? Haa.. Dia dah sedar dari koma. Sejak semalam lagi doc.'
Sambil berlari, Mia menyeka air matanya yang mengalir. Gembira yang tidak terkata. Beribu kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi atas peluang yang diberikan dan dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t kepada sahabat baiknya itu
Keluar saja dari lift di tingkat khas untuk vvip, sekali lagi Mia membuka langkah seribu. Mata-mata yang memerhatikannya diabaikan. Yang penting dia tidak sabar bertemu dengan Inara.
Tolak saja pintu wad......
"Naraaaaaaaa!!!" Panggil Mia bersama air mata kegembiraan yang berlinangan membasahi wajahnya.
Inara menoleh dan tersenyum lebar.
Tubuh lesu Inara dipeluk kemas. Melepaskan rasa rindu yang sekian lama mencengkam dadanya.
"Aku rindu kau Nara! Kenapa kau buat aku macam ni?! Apa kau ingat tidur lama-lama ni bagus ke untuk kesihatan?! Jahatlah kau ni!" Hambur Mia bersama tangisan.
Inara turut membalas dakapan Mia. Belakang badan Mia diusap bagi menenangkan si gadis.
"Sorry. Aku takda niat nak tidur lama-lama. Aku janji lepas ni aku tak buat lagi dah." Tubuh Mia ditolak sedikit. Pinky promise ditayangkan di hadapan Mia lalu disambut oleh wanita itu. Keduanya serentak tertawa sambil menyeka air mata masing-masing.
"Oh ya! Aku ada bawa sandwich ni. Made with love by Dr. Ghamiya. Hehehehe.." Mia mengeluarkan box bekalannya dari bakul rotan yang dibawanya dari rumah.
"Kau buat semua ni? Macam tak caya je."
"Yerrrr... Aku yang buat. Tak caya sudah!" Bibirnya dicebikkan. Ni yang malas nak masak ni, ade je orang tak caya ngan kita.
"Alololo.. Janganlah merajuk. Aku gurau je la. Mestilah aku percaya. Kau mana pernah tipu aku kan kan..." Pujuk Inara lembut. Bawah dagu Mia digaru seperti kucing.
Mia kembali tersenyum dan terus melabuhkan duduknya di atas katil Inara tanpa dipelawa. Kaki pendeknya dibiarkan berjuntai dan dihayunkan ke depan dan ke belakang.
"Nah, rasalah. Makan banyak-banyak tau. Penat aku bangun awal sedia makanan ni semua. Tapi kan, aku ni macam ahli silap mata lah. Tau-tau je nak sediakan sandwich banyak-banyak macam ni sebab nak ajak kau makan sekali." Inara tertawa kecil. Melihat wajah dan mendengar suara ceria milik Mia, barulah dia ada selera nak menjamah makanan. Dari semalam dia tidak berselera meskipun beberapa kali di pujuk oleh suaminya.
"Sedap tak?"
Inara angguk laju.
"Sedap. Mana kau dapat resepi? Facebook ke?" Soal Inara ingin tahu. Tangannya mencapai sandwich yang kedua.
Mia geleng.
"Nope. Aku dapat dari IG Khairul Aming. Aku tengok dia masak tu kan, cam sedap je. So aku follow lah. Nasib baik menjadi tau. Sedap pula tu. Next time aku nak try resepi dia yang lain pula." Cerita Mia dengan penuh semangat. Gigih cik Mia kita ni nak belajar masak sekarang ya.
"Ye ke? Nanti kau share kat aku eh. Dah sihat nanti aku nak try jugalah." Balas Inara sambil mencapai sandwich yang kelima. Mia tahan senyum melihat Inara yang begitu berselera menikmati hidangan bekalan yang dibawanya dari rumah.
KAMU SEDANG MEMBACA
My Love, Dr.Ghamiya
عاطفية***3rd story*** Status: on going Tengku Qayyum Qadir X Raja Ghamiya Sophia Kalau nak lebih faham jalan cerita, author sarankan pembaca semua baca cerita first dulu iaitu My Soul Cassandra dan kedua My Dear Lily. Tapi nak baca yang ni dulu pun, okey...