Mia dan Inara berjalan beriringan menuju ke tempat letak kereta dimana Aryan sedang menunggu.
"Eh, tu bukan boyfriend kau ke? Dia buat apa kat sini?" Soal Inara sambil menunjuk ke arah figura seorang lelaki yang sedang berdiri di sebelah suaminya. Mia dan Inara berpandangan antara satu sama lain.
"Hmmm, entahlah. Takda pula dia inform apa-apa kat aku." Balas Mia dengan wajah berkerut.
Mia dan Inara meneruskan langkah menghampiri Qayyum dan Aryan.
"Abang Qay buat apa kat sini?" Tanya Mia yang sudah terpacak di hadapan dua jejaka itu.
"Sayang dah siap? Jum kita gerak sekarang." Ajak Qayyum tiba-tiba. Yelah, takda angin takda ribut tiba-tiba 'jum'. Lain yang dirancang lain pula jadinya.
Mia tayang reaksi bingung. Pelik pun ya. Wajah Inara dipandang sekilas dan kemudian menoleh semula pada Qayyum.
"Lahhh, kita nak pegi mana? Abang Qay tak cakap apapun kat Mia." Mia garu kepalanya yang tidak gatal.
Giliran Qayyum dan Aryan berpandangan antara satu sama lain. Aryan buat muka. 'Pandai-pandai kau lah nak berlakon macam mana, yang penting kau bawa Mia kau tu jauh-jauh dari Sandra aku'.
Qayyum kemudiannya menghampiri Mia. Sling bag wanita itu ditarik-tarik gaya memujuk. Terkepit-kepit gaya Qayyum mengalahkan mak nyah 'lima puluh'. Bibirnya sengaja dicebik meminta simpati.
"Sampai hati Mia lupa. Abang kan dah bagitahu semalam, minta Mia teman abang beli barang rumah abang." Jari telunjuknya diputar-putar pada bahu Mia.
Mia ketap bibir bawahnya. Geram! Apa kena dengan mamat sorang ni tiba-tiba nak menjambu dengan dia. Mia menepis bahunya daripada terus disentuh oleh Qayyum.
"Takda pun. Suka suki abang je buat citer. Dahla, Mia nak teman Nara jalan-jalan ni. Bye." Tanpa amaran, Mia terus meloloskan dirinya di tempat duduk penumpang belakang manakala Inara pula di hadapannya.
"Nampak gayanya Mia lebih tertarik nak tumpang kereta aku. Huhh! Tak boleh haraplah kau ni. Blahh ar kau!" Giliran Aryan memboloskan dirinya ke dalam perut kereta di bahagian pemandu.
Ting! Ting!
Mia mengorek handphonenya di dalam bag apabila terdengar dua notifikasi whatsapp masuk.
Abang Qay♥️
-Riz yang minta abang datang.
-Katanya nak berduaan dengan Inara.Matanya terpejam rapat. Rasa nak je hantuk kepala sendiri dekat cermin kaca disebelahnya itu. Kenapalah dia boleh tak perasan ya..
Dahinya ditepuk kuat sehingga mengeluarkan bunyi. Sengaja untuk menarik perhatian Inara dan Aryan di depan.
"Kau kenapa?" Inara menoleh ke belakang.
"Err, Nara. Aku minta maaf tau. Aku tak boleh nak teman korang lah. Baru aku ingat, semalam abang Qay ada chat aku minta temankan dia hari ni. Aku je yang lupa. Erm....kau...tak kesahkan aku teman abang Qay?" Pinta Mia perlahan. Aryan juga turut menoleh, bukan pada Mia tetapi isterinya. Melihat muncung Inara, Aryan tahan diri dari menggomol wajah itu yang terlihat comel pada pandangan matanya.
"Habis tu siapa nak teman aku jalan-jalan?" Inara buat muka merajuk. Aryan yang berada di sebelahnya diabaikan. Menyampah!
"Ni, abang Riz kan ada. Kau cakap je nak makan apa, nak beli apa, confirm abang Riz bagi. Kan abang kan?" Mia menepuk-nepuk bahu Aryan. Kepalanya dijenggul di antara kerusi hadapan, tengah-tengah Aryan dan Inara. Matanya dikedipkan beberapa kali dengan senyuman lebar. Melihat Aryan yang masih termenung, Mia menyiku lengan lelaki itu, memberi isyarat supaya menyokong kata-katanya.
KAMU SEDANG MEMBACA
My Love, Dr.Ghamiya
Romance***3rd story*** Status: on going Tengku Qayyum Qadir X Raja Ghamiya Sophia Kalau nak lebih faham jalan cerita, author sarankan pembaca semua baca cerita first dulu iaitu My Soul Cassandra dan kedua My Dear Lily. Tapi nak baca yang ni dulu pun, okey...