Qayyum meraba setiap poket jaket kulit dan jeansnya mencari sesuatu. Yang lain pandang Qayyum semacam!
"Kau kenapa?" Tanya Adzim sambil menilik tubuh Qayyum depan belakang atas bawah. Manalah tahu ada benda yang menumpang badan si kawan. Masing-masing berpatah balik menghampiri Qayyum yang berdiri disebelah keretanya.
"Phone aku. Korang ada tengok tak?" Aryan berfikir sejenak. Sebelum keluar dari rumah Ghazi tadi dia ternampak ada satu objek segi empat tepat berada atas meja di ruang tamu. Tapi Aryan tak hiraukan. Apa yang penting bukan dia yang punya.
"Rasanya aku ada nampak tadi. Atas meja kat ruang tamu. Tapi tak pasti ar siapa punya." Ujar Aryan tenang.
"Korang gerak arr dulu! Tunggu aku kat sana!" Tidak tunggu lama, Qayyum terus berlalu semula naik ke tingkat atas mencari barang peribadinya yang tertinggal di rumah Ghazi.
Qayyum memasukkan kata laluan sebelum masuk ke rumah Ghazi. Mengikut informasi yang diberikan oleh Aryan, Qayyum terus menuju ke bahagian ruang tamu sebelum matanya tertumpu ke arah satu susuk tubuh kecil yang berdiri tegak tidak berkutik di sebelah meja kecil itu. Hanya bebelen halus yang kedengaran.
Qayyum bergerak perlahan mendekati si gadis yang masih tidak sedar akan kehadirannya di situ. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa single sambil memerhatikan tubuh Mia yang membelakanginya.
Berkerut dahi Mia membaca notifikasi yang terpapar di skrin tersebut. Bulu ayam yang digunakan untuk membersihkan debu-debu dikepit di celah lengannya. Kain lap pula diampaikan di atas bahunya. Sekali pandang sebijik bibik-bibik.
Unknown:
- Qay where are you? Kenapa tak jawab call i....
- Qay i miss you....Mia terangguk-angguk! Dari situ dia tahu, phone tersebut milik siapa. "Sampai sekarang tak pernah nak berubah! Perempuan sana sini! Dasar lelaki miang! Otak kuning!" Kutuk Mia geram dengan suara lantangnya tanpa menoleh kiri kanan.
Part yang paling Mia tak puas hati apabila gambarnya menjadi hiasan wallpaper telefon bimbit milik lelaki itu. Dah kenapa pula nak letak muka dia?
"Mana dia dapat gambar aku ni?!" Mia meneliti gambar tersebut. Kot dia salah orang ke apa. Manalah tahu tu gambar girlfriend terbaru Qayyum yang sebijik muka dia, pelanduk dua serupa lah katakan.
Beberapa saat kemudian, Mia geleng! Tak! Tak mungkin baju, kasut, handbag pun nak join trend pelanduk dua serupa juga! Mia yakin gambar itu adalah dirinya.
Qayyum merehatkan kaki kanan di atas kaki kirinya. Tangannya dilipatkan ke belakang kepala. Rasa seronok pula mendengar bebelan daripada buah hatinya itu. Seakan mendengar alunan muzik berirama yang menenangkan.
"Eeee! Benci benci benci benci bencinya Mia dengan abang!!" Qayyum tahan senyum melihat tingkah laku Mia yang menggigit dan mengetuk handphone milik Qayyum melepaskan geram.
Qayyum bangkit dari duduknya dan berdiri tegak dibelakang Mia. Tidak betah Qayyum melihat Mia mendera telefon bimbitnya yang tidak bersalah itu. Badannya ditundukkan sedikit menyamai ketinggian Mia yang separas bahunya.
"Kalau nak marah, marah abang sayang. Bukan phone abang tu..." Bisik Qayyum penuh kelembutan di sisi telinga kanan Mia.
Bukan setakat handphone Qayyum yang terbang, sekali dengan Mia juga terbang akibat terperanjat yang amat apabila disergah sebegitu oleh Qayyum.
"Ya Allah! Huhh! Huhh!" Mia mengurut dadanya. Seminit kemudian, barulah Mia tersedar. Alamak, Qayyum!
Mia hilang kosa kata melihat kehadiran Qayyum yang kini berdiri tegak sambil menyeluk poket ripped jeansnya di depan Mia. Bibirnya melorek senyuman nakal.
KAMU SEDANG MEMBACA
My Love, Dr.Ghamiya
Romance***3rd story*** Status: on going Tengku Qayyum Qadir X Raja Ghamiya Sophia Kalau nak lebih faham jalan cerita, author sarankan pembaca semua baca cerita first dulu iaitu My Soul Cassandra dan kedua My Dear Lily. Tapi nak baca yang ni dulu pun, okey...