Bab 14

688 51 79
                                    

"Apa?"

Adzim berlalu ke belakang dan membawa seorang gadis cantik yang mengenakan sleeveless backless dress berwarna merah menyala. Rambut panjang beralun lembut milik wanita itu dilepaskan mengurai. Paha wanita itu yang putih dan montok sengaja didedahkan untuk menambahkan lagi daya tarikannya khas untuk para lelaki.

Qayyum pandang tubuh si gadis atas bawah sebelum tekaknya tiba-tiba terasa mual!

"Hye, I'm Sharmilla. And you can call me...Mia." Kata wanita itu memperkenalkan dirinya. Tanpa segan silu wanita yang bernama Sharmilla itu melabuhkan punggungnya disebelah Qayyum dan menghulurkan tangannya untuk berjabat sebagai tanda perkenalan.

Qayyum dan Ghazi berpandangan antara satu sama lain. Ghazi tahan senyum. Banyak-banyak nama, nama adiknya juga yang sering dijadikan sebagai nickname.

Memandangkan Qayyum tidak memberi tindak balas, Sharmilla mengensotkan sedikit badannya sehingga dadanya tersentuh lengan Qayyum. Sharmilla terus mengambil peluang menggeselkan bahagian depan tubuhnya pada lengan kekar Qayyum yang hanya menggunakan kemeja lengan pendek mendedahkan lengan berurat dan bicepsnya.

Dengan kelajuan 0.0001 kilometer/second, Qayyum serta merta melompat dari atas badan Ghazi dan bersembunyi di belakang Eiyad. Rakan-rakannya yang lain terkedu melihat reaksi spontan Qayyum seperti kena renjatan elektrik.

Qayyum menepuk lengannya beberapa kali membuang kesan sentuhan atau kotoran yang dilakukan oleh Sharmilla!

"Oi perempuan! Kau ni memang tak tahu malu ke hah?!! Sentuh-sentuh lelaki bukan mahram! Pakaian dedah sana dedah sini! Dah macam pelacur je aku tengok! Disgusting!!" Hambur Qayyum dan terus keluar daripada kelab tersebut meninggalkan yang lain. Bukan setakat menyakitkan mata, sekali dengan hatinya sakit melihat spesies perempuan takda maruah macam tu!

Adzim pandang Ghazi dan Eiyad bergilir. "Mamat tu nak tukar profession jadi pencetus ummah ke?"

Ghazi dan Eiyad angkat bahu. Wanita yang bernama Sharmilla sudah lama melarikan diri setelah dipermalukan oleh Qayyum di depan kawan-kawan lelaki itu. Pandai pun malu! Pakai baju versi kain lap tak malu pula....

Tiba di kabin miliknya, Qayyum menghempaskan pintu dan merebahkan badannya di atas katil. Rambutnya diusap perlahan. Rindunya pada Mia tidak mampu dibendung lagi. Bila teringat balik kata-kata Aryan yang tidak membenarkan sesiapa tarik diri untuk misi kali ni, Qayyum mengeluh!

Ting!

Qayyum mengeluarkan telefon dari poket seluarnya sebelum bibirnya melorek senyuman. Instagram live daripada DRSophia.G.

Suara Mia yang mendayu-dayu di pendengaran Qayyum membuatkan lelaki itu terbuai. Mia sememangnya aktif dalam media sosial sering berkongsi maklumat tentang penjagaan kesihatan, jenis-jenis penyakit terutamanya yang berkaitan dengan masalah jantung.

"Takpalah kalau tak dapat jumpa depan-depan, dengar suara pun dah okey. I love you baby!" Ucap Qayyum perlahan sambil mata dan telinganya difokuskan tentang apa yang diterangkan oleh Mia dalam ig live nya. Jari Qayyum juga tidak berhenti menekan icon berbentuk hati sepanjang live tersebut berlangsung untuk menyatakan rasa rindu dan cintanya buat si gadis.

Qayyum akhirnya tertidur dengan diiringi alunan suara Mia yang seolah-olah mendodoinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Qayyum & Ghamiya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mia mengemas mejanya yang agak berselerak selepas beberapa hari on leave menjaga Inara yang tidak sihat setelah gadis itu pulang dari bercuti menaiki cruise tempoh hari.

My Love, Dr.Ghamiya Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang