Qayyum ternganga untuk beberapa ketika. Kedua belah tangannya yang memegang sudu dan garfu turut berhenti bergerak. Satu badannya kaku setelah mendengar kejujuran yang satu itu.
Mia tertawa kecil melihat gelagat jejaka di hadapannya.
"Be-betul ke sa-sayang...?" Tergagap-gagap Qayyum menyoal.
"Hadi dan....Nara dulu....couple?" Serentak itu gelak tawa Mia pecah sekali bersama anggukkan.
"Yerrrr... Tapi tak lama. Sebab abang kantoi ada perempuan lain. Nara sendiri nampak abang keluar dengan perempuan siap peluk-peluk, kiss-kiss bagai. Bila dah jadi macam tu, Nara undur diri tinggalkan abang." Terang Mia panjang lebar.
"So sekarang ni, diorang bertiga ni cinta tiga segi lah ye?" Mia geleng.
"Tak juga. Sebab abang dan Nara memang dah lama putus sebelum Nara jumpa abang Riz." Qayyum angguk faham.
"Patutlah Hadi nampak cam care je kat Nara. Kata sebab hubungan abang dan adik angkat. Rupa-rupanya dua-dua pernah terangkat. Kalau Riz tahu tentang ni, confirm---"
"Huishhh! Abang janganlah bagitahu sesiapa! Tadi dah janji kan dengan Mia tak nak cakap hal ni kat orang lain!" Mia cebik. Menyesal dia buka rahsia tentang hubungan abangnya dan Nara yang telah berkurun lamanya.
"Taklah sayang, abang gurau je. Ermmm... Macam mana diorang kenal dulu sayang?" Soal Qayyum yang berminat menyertai persatuan acik-acik bawang sedunia.
"Abang Ghaz dan Nara pertama kali jumpa masa kitaorang sama-sama balik jumpa papa dan mama kat London. Banyak kali juga abang try tackle Nara, tapi tak dapat-dapat. Sampailah Nara naik bosan dengan pujuk rayu abang, last-last Nara terima je la. Terima sebab kesian. Bulan pertama, bulan kedua tu okey lagi hubungan diorang dan Nara masa tu pun dah mula suka abang."
"Bila dah mula sayang, masa tu lah abang nak buat hal. Hurmmm...lelaki. Semua sama." Sindir Mia tanpa sedar. Qayyum pula buat-buat pandang tempat lain. Elok buka rahsia Ghazi, karang dia pula yang kena nanti.
"Hadi tak pujuk ke?" Cepat-cepat Qayyum menyoal sebelum perkara lain dibangkitkan oleh Mia.
"Ada. Tapi tak jalan. Nara kata kat abang, dia nak fokus belajar dulu. Tak nak fikir bab cintan cintun. Kalau ada jodoh, takkan kemana. Nak tak nak, abang kenalah terima keputusan Nara. Dah dia yang jadi punca masalah. Tu pun abang tak serik lagi, masih gak keluar dengan perempuan tah apa-apa. Kalau dapat tahu kat mama ada yang kena piat telinga." Tambah Mia lagi.
"Mesti abang sayang stress bila dapat tahu Riz kahwin dengan Nara kan?" Kata Qayyum bersahaja.
Mia tepuk meja membuatkan bahu jejaka di hadapannya terhinjut sama.
"Giler tak stress! Tu lah, dah elok-elok bunga depan mata pegi buat hal pula, tu makan dia! Kan dah melepas." Kutuk Mia yang berpuas hati dengan tindakan Inara meninggalkan abangnya dulu sebelum menyambung ayat yang seterusnya.
"Sebenarnya.....abang Ghaz ingat, lepas Mia dan Nara habis belajar, abang nak hantar rombongan meminang Nara. Tapi tu arr..cinta tak kesampaian. Jodoh dah kena sambar dek orang lain. Padan muka. Hehehehe."
Qayyum senyum tipis. Tak sangka setelah bertahun lamanya, barulah dia tahu rahsia besar sebenar antara Ghazi dan Inara yang tersimpan rapi. Bahkan Aryan sendiri juga mungkin tidak tahu tentang hal ini.
Matanya kemudian tunak memerhatikan belahan jiwa di hadapannya. Manis, ayu... Eh! Ayu ke? Rasanya tak kut.
Qayyum membetulkan cecair yang tersangkut pada tekaknya.
"Ehemmm.. Asyik sembang pasal orang lain je kita ni kan yang. Hal abang dan sayang macam mana pula? Ibu dan nenda asyik tanya benda yang sama je bila nak langsungkan majlis tunang kita. Bila fikirkan balik, abang ingat abang tak nak tunang-tunang. Semak! Apa kata kita proceed untuk next step je? Kita dahulukan yang wajib. Pasal majlis tu nanti-nanti je la fikir. Nak tak?" Tanya Qayyum mencuba nasib. Hampir setiap hari dia bertanyakan hal yang sama pada Mia tapi jawapan gadis itu tetap sama, 'Tak sedia lagi'.
KAMU SEDANG MEMBACA
My Love, Dr.Ghamiya
Romance***3rd story*** Status: on going Tengku Qayyum Qadir X Raja Ghamiya Sophia Kalau nak lebih faham jalan cerita, author sarankan pembaca semua baca cerita first dulu iaitu My Soul Cassandra dan kedua My Dear Lily. Tapi nak baca yang ni dulu pun, okey...