Bab 22

534 45 57
                                    

Kelopak mata yang terasa berat untuk dibuka, dicelik perlahan. Rasa menyesal sebab lupa off alarm. Memandangkan hari ini hari cutinya, dia ingat nak berhibernasi hingga ke petang tetapi bunyi alarm mematikan niatnya. Mia bangun dan duduk di atas katil sambil meregangkan badannya ke kiri dan ke kanan.

Meja belajarnya ditenung lama sebelum mata kuyunya terkatup perlahan-lahan sehingga badannya direbahkan semula. Mia akhirnya terlena sekali lagi. Demi assignment, Mia sanggup bersengkang mata hingga pukul empat pagi.

Mia terbangun dari lenanya apabila dirasakan dia mendapat tidur yang cukup.

Telefon bimbitnya yang berada dalam mode silent dicapai.

"Fuyooo! Enam puluh lapan missed call!"

Apabila dibuka, nama Qayyum berada di tempat yang paling teratas iaitu enam puluh satu missed call, kemudian diikuti Tengku Hanisah, empat. Seterusnya Inara, dua dan akhir sekali Raja Ghazali satu missed call. Mia geleng.

Nanti-nanti je lah dia call back insan-insan bertuah ni semua. Mia meletakkan semula handphone di atas bedside table tanpa dia sedar salah satu jari jemari runcingnya tertekan sesuatu pada skrin telefon bimbitnya itu.

Dua bingkai gambar kaca atas meja belajarnya dicapai. Sebelah kanan tangannya ialah bingkai gambar dia dan ahli keluarganya semasa bercuti di Korea beberapa tahun yang lalu.

"Rindunya Mia kat mama dan papa. Mia janji, hujung bulan ni Mia balik rumah jenguk mama dan papa ya." Frame gambar tersebut dibawa ke bibirnya, kemudian diletakkan semula di tempat asalnya.

Bingkai gambar yang berada di sebelah kiri tangannya pula dibawa menuju katil. Gambar yang diambil secara curi-curi bertahun yang lepas ditenung lama.

"Hmmm, kenapalah abang ni handsome nak mateyy?! Kalau handsome je takpe lah juga. Ni siap dengan pakej playboy, benci tau tak! Huhh!" Mia menjetik frame tersebut melepaskan geram.

Tidak lama kemudian, jari jemari halusnya mengusap lembut bingkai gambar Qayyum yang sedang membaca buku di perpustakaan itu.

"Mia mengaku, Mia sebenarnya masih sayang dan cintakan abang. Dari dulu perasaan Mia pada abang tak pernah berubah. Mia cuba nafikan hati sendiri sebab Mia tak nak perkara lama berulang kembali. Mia bukan tak cuba untuk lupakan abang, tapi entahlah. Susah. Lebih-lebih lagi dengan layanan baik abang sampai buatkan jiwa Mia tak tenteram."

Keluhan berat dilepaskan.

"Mia minta maaf sebab masih tak mampu terima abang. Mia takut kalau semua tu cuma ilusi dan khayalan Mia semata. Mia takut bila Mia serahkan hati Mia pada abang, lepas tu abang cari perempuan lain, dan Mia pula abang tinggalkan macam sampah. Mia tak sanggup tanggung rasa sakit tu lagi." Luah Mia pada gambar milik Qayyum. Air jernih mulai menitis dari tubir matanya.

Matanya dipejam erat.

"Ya Allah. Berikanlah aku petunjuk dan jalan yang terbaik dari Mu. Kuatkanlah hatiku untuk menerima ketentuan takdir hidupku ini Ya Allah."

Mia meletakkan semula bingkai gambar Qayyum di atas meja sambil berlalu ke bilik air. Sesi bercakap seorang dengan gambar tak bernyawa dah tamat. Sekarang giliran Mia untuk membersihkan dirinya.

Tuala yang tersangkut pada ampaian besi ditarik dan langkahnya diatur menuju ke tandas yang terdapat dalam bilik tidurnya.

"Jangan dipaksa bila semua telah berbeda~ Untuk apa pertahankan jika kita tak sejalan~ Jangan salahkan untuk semua kenangan perpisahan ini..pilihan yang terbaik~"

Dengan penuh semangat Mia menyanyikan lirik lagu yang menggambarkan perasaannya ketika ini tanpa dia sedar ada telinga lain yang mendengar celoteh dan luahan hatinya sejak tadi.

My Love, Dr.Ghamiya Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang