"Ya Allah!!"
Perlahan-lahan badannya melorot sehingga terduduk di atas lantai setelah mendapat perkhabaran buruk tentang sahabat baiknya, Inara yang terlibat dalam kemalangan jalan raya beberapa jam yang lepas daripada Ghazi.
"Mia.. Nara...Nara excident dik."
Air matanya dikesat. Dengan tubuh longlainya Mia berusaha berdiri dan bergegas menuju ke unit kecemasan dan trauma di tempatnya bekerja. Terasa lemah seluruh fizikalnya tika ini. Yang ada di mindanya hanya bayangan wajah Inara.
Tiba di ruangan menunggu, kelihatan semua ahli anggota keluarga Aryan sudah berkumpul berada di sana termasuk Ghazi, abangnya. Tangannya naik menyapa belakang Ghazi.
"Abang..."
Ghazi menarik tubuh Mia ke dalam pelukkannya. Tidak sangka kejadian buruk seperti ini akan menimpa Inara yang telah dianggap seperti adik sendiri oleh Ghazi.
"Abang, doktor cakap apa?"
"Doktor masih berusaha selamatkan Nara. Cuma...." Ghazi teguk liur. Terasa sesak dadanya hendak mengungkapkan ayat yang seterusnya.
"Cuma apa abang?" Gesa Mia yang tidak sabar menunggu jawapan Ghazi. Lengan kekar abangnya digoncang kasar.
"Doktor tak dapat selamatkan kembar Nara dan Riz." Ujar Ghazi senafas.
Mia menekup mulut dari mengeluarkan sebarang esakkan. Hanya air mata yang berjujuran menjadi saksi segala kesedihannya.
"Driver Nara, Baharuddin pun turut meninggal di tempat kejadian. Dan sekarang ni, doktor minta kita semua banyakkan berdoa untuk Nara. Doktor beritahu yang Nara sekarang dalam keadaan kritikal. Nara cedera parah di bahagian kepala disebabkan kemalangan tu dik." Terang Ghazi yang turut berduka akan nasib yang menimpa Inara.
"Allah!" Jerit Mia yang hampir saja rebah, tetapi sempat ditarik oleh Ghazi dan didudukkan di atas kerusi. Terasa berpinar penglihatannya.
Matanya dicelikkan beberapa kali. Nafasnya yang laju diatur untuk menenangkan dirinya.
Mia memerhatikan wajah-wajah yang berada disitu.
"Abang Riz mana?" Tanya Mia yang tidak melihat kelibat Aryan.
"Riz pengsan. Sekarang ni dia tengah rehat." Mia angguk. Faham apa yang dirasakan oleh Aryan kerana dia juga hampir mengalami nasib yang sama.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Qayyum & Ghamiya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Mia melangkah masuk ke ruangan ICU berseorangan. Setelah melepasi tahap kritikal, doktor mengesahkan bahawa Inara berada dalam keadaan koma dan tidak tahu akan mengambil masa berapa lama untuk dia sedar. Sama ada berhari, ataupun berbulan bahkan bertahun, semuanya bergantung pada Inara sendiri untuk terus kuat dan bangkit dari rasa sakit yang dialaminya tika ini.
Mia memerhatikan wajah Inara yang tampak tenang dan langsung tiada kesan luka.
'Impak dari kemalangan, saya dapati Puan Inara mengalami pendarahan otak yang menjadi punca utama beliau koma. Selain tu juga, terdapat tiga tulang rusuk pesakit yang patah dan satu lagi retak.'
'Berapa lama masa yang diambil untuk kawan saya ni pulih doc?'
'Untuk kes pesakit seperti Puan Inara, mungkin akan mengambil masa beberapa minggu bergantung dengan kondisi dan jenis rawatan yang sesuai untuk kita gunakan nanti.'
'Maksud doc?'
'Okey, macam ni. Untuk memudahkan Dr. Sophia faham, saya akan terangkan serba sedikit tentang pendarahan otak. As we know pendarahan otak ni dia ada berbagai jenis. For example, intracerebral hemorrhage, subarachnoid hemorrhage, subdural hematoma and epidural hematoma. Dan setiap jenis pendarahan otak ni ada rawatan yang tersendiri. Buat masa ni, kita akan terus pantau keadaan puan Inara dari masa ke semasa. Jika keadaan semakin teruk, kemungkinan besar kami akan melakukan pembedahan segera ke atas beliau.'
KAMU SEDANG MEMBACA
My Love, Dr.Ghamiya
Romansa***3rd story*** Status: on going Tengku Qayyum Qadir X Raja Ghamiya Sophia Kalau nak lebih faham jalan cerita, author sarankan pembaca semua baca cerita first dulu iaitu My Soul Cassandra dan kedua My Dear Lily. Tapi nak baca yang ni dulu pun, okey...