Mia terkaku melihat sepasang kaki yang menggunakan kasut tumit tinggi menuruni kereta milik Qayyum dari bahagian penumpang depan. Jantungnya berdebar laju menunggu siapakah gerangan wanita berkenaan.
Dan kini, Mia melihat jelas susuk tubuh wanita itu berserta dengan raut wajahnya yang bergerak menghampiri Qayyum. Bergelak ketawa, bertepuk bahu bagai membuatkan jiwanya terbakar!
Yang paling membuatkan Mia benci apabila tangan wanita itu naik menyentuh dan membetulkan rambut Qayyum! Malah lelaki itu langsung tidak menghindar atau menepis. Suka lah tu main pegang-pegang!
Luruh hatinya melihat situasi yang berlaku di depan matanya tika ini!
Tidak tunggu lama, Mia berlalu meninggalkan tempat tersebut melalui arah yang bertentangan. Tidak mahu Qayyum sedar akan kehadirannya disitu.
"Sayang?"
"Arghhh!"
Kakinya berhenti melangkah. Mata dipejam rapat cuba menghalau perasaan dibang dibu yang menguasai dirinya! Mendengar derapan kasut yang semakin hampir, Mia tidak terus menoleh. Dua belah kakinya hanya terpasak membelakangi pemilik suara yang memanggilnya sebentar tadi.
"Sayang dah selesai?"
Sunyi.
Qayyum kerut dahi tatkala tidak mendengar sebarang respon daripada Mia.
"Sayang?" Sekali lagi Qayyum memanggil Mia dan kini dia beralih posisi, berdiri tepat dihadapan Mia.
"Hey kenapa ni? Abang panggil sayang tak jawab pun? Sayang marah abang ke? Atau sayang dah tunggu abang lama kat sini?" Mia memalingkan pandangnya ke arah rumput-rumput yang tumbuh menghijau di sekitar kawasan hospital itu. Sebagai terapi mata dan jiwanya yang sedang memberontak marah.
Qayyum mulai tidak sedap hati. Bibirnya tetap menguntum senyuman meskipun hatinya dipagut rasa bersalah yang dia sendiri tidak tahu apa kesalahan yang telah dilakukan olehnya.
"Okeylah. Abang minta maaf ya sayang. Abang ingat sayang masih lama tadi, sebab tu abang keluar kejap dengan se---"
Mia terus berlalu meninggalkan Qayyum yang tidak sempat menghabiskan butir bicaranya.
Mia menaikkan sedikit skirt baju kurungnya ke atas untuk memudahkan bukaan langkah kakinya lebih laju. Berharap Qayyum tidak mengejarnya. Walaupun satu badannya lenguh, Mia tetap gagahkan dirinya untuk berjalan kaki menuju ke perhentian bas yang terletak di seberang jalan hospital. Naik teksi atau bas pun takpa, janji bukan kenderaan milik Qayyum!
Air jernih yang sedari tadi bertakung di tubir matanya kini merembes laju menuruni membasahi kulit wajahnya yang mulus.
Tidak semena-mena, Mia menghentikan gerakkan kakinya secara mengejut apabila Qayyum melintangkan keretanya di hadapan wanita itu.
"Eee dia ni kan! Sengaja nak langgar aku ke apa?!" Dengus Mia geram. Beg laptopnya yang hampir melorot dari bahu dibetulkan. Bila teringat semula kejadian beberapa minit yang lepas, benar-benar membuatkan hatinya terbakar!
Qayyum menghampiri Mia. Pelik melihat perubahan drastik buah hatinya itu. Siang tadi okey je senyum, bergelak ketawa bagai. Bila masuk petang, tiba-tiba muncul awan hitam. Kaum perempuan memang macam ni eh?
"Sayang kenapa ni? Abang ada buat salah ke? Atau sayang marah sebab abang tak tunggu sayang tadi?" Soal Qayyum dengan kepalanya disengetkan mencari wajah Mia yang tidak sudi memandangnya.
"Okey macam ni. Kalau abang ada buat salah abang minta maaf ya." Ucap Qayyum lembut. Biarlah kali ini dia yang mengalah meski hakikatnya, setiap kali Mia tarik muka pasti dia juga yang akan rendahkan ego untuk memujuk wanita itu. Hurm..Dah biasa dah.
KAMU SEDANG MEMBACA
My Love, Dr.Ghamiya
Romance***3rd story*** Status: on going Tengku Qayyum Qadir X Raja Ghamiya Sophia Kalau nak lebih faham jalan cerita, author sarankan pembaca semua baca cerita first dulu iaitu My Soul Cassandra dan kedua My Dear Lily. Tapi nak baca yang ni dulu pun, okey...