Semua pasang mata serentak beralih ke arah pemilik panggilan 'mommy' disertakan dengan laungan manja Yash dan Iris. Tidak menunggu lama, Iris turun dari kerusinya dan berlari ke arah ibunya yang masih tidak menyedari akan kehadiran dia dan Yash di dalam restoran.
Yash yang juga turut mengekori jejak langkah adiknya terhenti seketika sebelum berpaling ke belakang dan melorek senyuman lebar.
"Uncle, terima kasih jaga Yash dan Iris dan bawa kita tengok penyu hari ni. Kita orang balik dulu ye. Bye." Ucap Yash sopan sambil menundukkan kepalanya kepada Aryan dan kawan lelaki itu yang lain sebelum sambung berlari ke arah ibunya dan Iris.
Mia ketap bibir menahan rasa. Cecair jernih yang mengalir di pipinya dikesat. Perlahan bibirnya mengukir senyuman melihat susuk tubuh wanita yang sangat dirindui olehnya sejak beberapa tahun yang lepas. Tidak disangka, akhirnya takdir menemukan mereka semula.
Qayyum, Adzim dan Eiyad berpandangan antara satu sama lain. Faham dengan isyarat mata masing-masing.
Kecuali Aryan yang masih termenung memerhatikan wanita yang memeluk Yash dan Iris itu. Tidak berkedip matanya meneliti susuk tubuh wanita yang mengenakan blouse berwarna biru muda, mengenangkan skirt labuh berwarna putih gading dan bertudung labuh yang juga berwarna sedondon dengan skirtnya. Nampak cantik meskipun hanya pandangan dari belakang. Bisik Aryan yang hanya terluah di dalam hati.
Suasana hening seketika.
Adzim berdehem panjang menyedarkan kawan-kawannya termasuk Mia.
"Weiii, esok kita dah nak balik. Petang nanti kita parasailing nak tak? Or jet ski, snorkeling maybe?" Tanya Adzim apabila dirasakan keadaan yang tiba-tiba berubah canggung setelah melihat kehadiran Inara yang hanya terlihat dari pandangan belakang sahaja. Mujur wanita itu tidak menoleh ke arah mereka. Jika tidak pasti suasana restoran itu menjadi haru oleh drama si Aryan.
Aryan angguk setuju. "Yeah sure!"
"Sayang nak join tak?" Soal Qayyum mempelawa Mia untuk ikut serta.
Mia membalas dengan gelengan.
"Abang pergilah dengan yang lain. Mia ada hal." Ujar Mia ringkas berharap Qayyum tidak bertanya lebih lanjut. Sesekali bebola matanya menjeling ke arah Aryan.
"Hm, yalah sayang. Take care k! Macam biasa, kalau ada apa-apa call abang ya." Pesan Qayyum yang sentiasa merisaukan keadaan tunang kesayangannya. Dia tahu rancangan Mia selepas ini. Makanya dia dengan senang hati mengizinkan wanita itu pergi berjumpa dengan seseorang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Qayyum & Ghamiya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Mia termenung menghadap pintu kayu yang tertutup rapat dan tertera nombor bilik 4141. Kalau diikutkan, inilah nombor chalet yang diberitahu oleh Yash tempoh hari kepada mereka semua.
"Harap-harap aku tak salah bilik. Buat malu je kalau muka orang lain yang keluar", bisik Mia terkumat kamit disitu.
Tangan kanannya mulai naik dan diarahkan ke pintu utama.
Tok! Tok! Tok!
Nafasnya ditarik dalam-dalam sambil memerhatikan sekeliling. Gaya dah macam nak mencuri pun ya juga.
Mendengar derapan kaki dari dalam chalet tersebut membuatkan Mia berdiri tegak. Bersedia berdepan dengan segala kemungkinan terutamanya jika dia tersilap orang.
Ktakk!
Sebaik saja pintu terbuka luas, Mia sekaligus terkaku dan beradu mata dengan penghuni chalet 4141 itu.
KAMU SEDANG MEMBACA
My Love, Dr.Ghamiya
Romance***3rd story*** Status: on going Tengku Qayyum Qadir X Raja Ghamiya Sophia Kalau nak lebih faham jalan cerita, author sarankan pembaca semua baca cerita first dulu iaitu My Soul Cassandra dan kedua My Dear Lily. Tapi nak baca yang ni dulu pun, okey...